Hye all.
tiada apa nak update sangat. cuma gua rasa bosan arini. bosan menunggu detik ketibaan peperiksaan. sangat perit apabila hendak menunggu waktu peperiksaan. OK. ini adalah kali ke-4 gua menempuh alam peperiksaan di USM. nak dikatakan kat sini, gua dah expert lah dengan peperiksaan semua ni di USM. senang cerita, apa hari yg paling best, tak best exam semua gua taw. gua HATE exam hari jumaat petang. start pukul 3, pukul 6 baru habis, bosan LOL. nasib baik sem ni tiada exam hari jumaat. just LSP401 je. ok la. apa-apa pon, sem ni gua sesak sebab semua kawan2 gua dah balik. exam diorg habis awal. annoying giler bila kawan2 rapat semua dah blah meninggalkan USM. tinggal gua je.
bayangkan, satu paper gap sampai 5 hari. orang lain semua dah habis exam semalam, gua baru nak mula jawab exam paper major gua semalam. semalam gua exam Ekonomi Malaysia. sakit kepala jugak la nak memahami semua trend ekonomi malaysia dari segenap sektor. soalan yang keluar pon. erm... paham2 je la. gua harap, yang terbaik akan gua perolehi nanti. insyaallah.
BTW, gua nak cerita semalam selepas habis je exam, gua dan kawan2 gua terus je menuju ke Bukit Gedung *foodcourt flat apa ntah* untuk mencari makanan. maklumlah masing2 kebuluran. gua dan kawan2 gua plan nak makan nasi lemak *tak ingat nama* station kat foodcourt situ. kami semalam melantak makan nasi lemak. bagi gua memang terbaik la nasi lemak tu. menepati citarasa gua. nasi dia memang sedap, lerai la. tak la berkepal sangat macam nasi lemak bungkus jual tepi jalan uh. lpas uh sambal dia sedap. semalam gua try sambal sotong dengan sambal kerang. tambah ayam goreng. semua skali kos dia cuma RM6 sahaja. ok la. nasi banyak siap ayam. lebih sedap dari nasi lemak khaleel. HAHA. keenakan ditambah dengan segelas air epal susu Dinosour. ! hehe =)
|
nasi lemak yang gua makan. alhamdulillah kenyang =) |
|
ni sazlee. dia siap tapau ask me burger ! |
|
budak yg nafsu makannya semakin membuak-buak. semoga cepat besar. HAHA |
|
ini gopeng. diseblahnya budak yg tersisih semalam. haziq. dia pon siap tapau ask me burger. |