PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Friday, September 30, 2011

Disebalik Tabir PPSL 2011

OK. setelah sekian 5 minggu blog kesayangan aku ni bersawang, hari ni baru dapat update.
bukan malas cuma tak berapa nak rajin je nak update. aku tahu semua pakat rindu kan? haha.
sepanjang tempoh 5 minggu ni aku sangat la sibuk. sibuk dengan persiapan raya, sibuk jugak dengan persiapan menyambut pelajar baru USM bagi sidang akademik 2011/12. so, memang la sangat sibuk. sampai nak online pon tak sempat. *ok, yang ni tipu.

aku taknak la cerita pasal PPSL (pembimbing program siswa lestari-orientasi USM), sebab semua orang alaminya. tapi aku nak berceloteh la sedikit disebalik tabir event ni. sepanjang tempoh minggu siswa lestari ni, macam-macam komen, rungutan yang aku terima, biasalah, abang PPSL la katakan..hehe..
tapi mereka tak tahu perjalanan yang sebenar yang berlaku dalam menguruskan orientasi mereka. biasalah..freshie.hehe...lama2 ok la tuh jalan kaki jauh2..HAHA.

apa perasaan korang, kalau hari raya keempat dah kena balik ke USM, semata-mata bertugas nak menyambut kehadiran adik2 baru? opkos la sayu kan? kita nak beraya, nak bergembira bersama sanak saudara, kawan2. tapi, atas nama perjuangan dan pengorbanan, aku gagahkan perasaan ini dan balik kekampus..seawal pagi 3 Sept aku dah sampai USM da. dengan bawak barang yang agak banyak, aku memulakan hidup dengan merempat difajar harapan. lepas tu check in kat cahaya gemilang..banyak nyer lah kan barang kena bawak. haish~

sehari sebelum pendaftaran pelajar baru, kami semua PPSL berkursus dahulu sehari, baru la hari yang ditunggu-tunggu tiba. nasib aku tahun ni kena jaga Desasiswa Restu. pendaftaran pulak bukan kat desa, tapi kat Dewan Utama Pelajar. can u imagine dat how far it is? perghh~tugas aku pulak time tu kena loading beg masuk dalam lori sebelum diangkut ke Restu. beg pulak taknak kecik kan diorg ni. bayangkan lah kalau seorang pelajar bawak 3beg bagasi...ad 600 orang pelajar mendaftar di desasiswa restu...1800 beg bagasi kot. aku sendiri tak tahu lah berapa trip lori muatan 3 tan tu ulang alik dari restu ke DUP. time tu kena pakai jaket. memang baju aku belah dalam kalau perah boleh dapat secawan air la. haha. cuaca yang teramat panas. ramai jugak la time tu yang bising, kenapa la tak bagi je parents naik desa masa tu. jenuh nak menjawab. pelbagai karenah, pelajar mahupun ibu bapa. untuk penegtahuan adik2 sekalian, kalau lah semua orang nak masuk RST naik kereta sendiri, alamatnya tahun depan la baru siap pendaftaran korg. haha...

sepanjang minggu orientasi tu biasa la kan. haha..mereka semua pukul 1 atau pukul 2 baru dapat tidow. then awal pagi jam 6 da kena bangun. adat la kan bangun awal..haha..asrama. dengar la cakap senior. semua nak merungut penat la. mengantuk la. adik2 sekalian. untuk pengetahuan korang, kalau korg tidur pukul 2, ingat kitorang dapat tidur pukul 9 malam ke? hhahaha..kalau kalian cakap tak cukup tidur, maka kami lagi la tak cukup tidur. rasanya 3hari pertama minggu siswa lestari tu memang aku tak tidur la, dengan sibuk menguruskan pelajar baru sambil terkejar2 menguruskan hal convex. penatnya tu tak terkira la. hehe...tuh yang kadang2 ad ternaik suara masa perhimpunan kat DUD. maaf la yer..bukan marah..cuma nak bertegas.

seorang junior sedang bertanyakan soalan, fikri syafiq namanya.

masa yang terluang digunakan untuk tidur :)

tidur lah di mana sahaja dan dengan sesiapa sahaja. haha

penat macamana pon, kami PPSL akan sentiasa ceria

sweet memories la bekerja ngn depa ni~

ni masa kasut aku hilang a.k.a diambil oleh penghulunita restu..hehe


sepanjang tempoh perkhidmatan aku selaku PPSL, memang banyak benda baru la yang aku pelajari. yang paling utama mestilah aku belajar budaya baru. yelah kena jaga restu kan. selama ni hidup aku kat fajar je. so, banyak benda baru yang aku dapat bila seminggu menginap kat restu. selain itu, aku dapat kenalan baru yang agak ramai la..adik2 junior la ape lagi kan. lagi manis kalau diorang panggil aku ABANG walaupon sebaya. hehe...buat junior2 yang terbaca entry ni, nak isytiharkan bahawa aku lahir pada tahun 1991, tapi sesiapa yg nak terus panggil aku abang, takda masalah rasanya. dipersilakan. harap kita berkenalan bukan sekadar masa PPSL je, tapi selama-lamnya. kalau terjumpa kat luar tegur2 lah yer.

akhir kata, aku nak mintak maaf lah kepada semua yang terlibat dalam PPSL, termasuklah rakan2 fasilitator induk mahupon restu, junior2 restu dan semua la ..hehe.. :)