PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Sunday, October 30, 2011

Kemana Menghilang?


dari sebuah sudut.
celahan daunan. terpercik sinar mentari.
kelat membiasi anak kecil mata.
tertusuk terus ke dalam.
ku renung.
menatap bingkisan silauan.

berjalan. meniti lintasan kehidupan.
berlari. membayangi kesilapan silam.
berdiri. menaungi perjuangan masa hadapan.
menongkah arus sebuah kehidupan.
bagai menyusup masuk kelambu hitam.

kemana menghilangnya cahaya.
bila purnama menyinggah,
desiran angin membadai kedinginan malam.
ku mencari sinar itu kembali.
terus mencari.....

namun tiada jawapan pasti.................

Tuesday, October 25, 2011

Nickname.

Salam DEPAVALI to all Indian :).

Siapa sini homo-sapiens macam saya sila angkat tangan macam saya (sambil melakukan tanda isyarat jempol Dr Rozmey~). setiap manusia yang dilahirkan di dunia ni pasti akan diberikan satu nama oleh ibu bapa mereka. takpun kalau ada segelintir yang tidak bernasib baik, tidak beribu bapa, akan ada waris mereka yang bagi nama,  nama yang diberikan pada kita membawa suatu makna tersendiri. ia ibarat satu harapan yang ibu bapa letakkan atas kita. sebagai contoh, nama seperti aku, AKMAL- maksud dia yang lebih sempurna. tak pon setiap nama yang diberikan ada cerita tersendiri, sebagai contoh nama abang aku yang sulung *dah arwah pon beliau-al-Fatihah, nama dia MOHD AEDIL, mak aku bagi nama AEDIL sebab dia lahir pada tanggal satu Syawal. ok. itu bukan tujuan aku tulis blog nh.

OK. aku sebenarnya nak cerita sikit la pasal nickname. bukan apa, selama 20 tahun aku hidup ni, macam² nickname aku dapat. huhu.. antara nama² panggilan yang aku ada ialah, akmal, amal, mal, lamka, mus, ia bergantung la pada siapa yang aku kenal. biasanya yang paggil aku amal ialah kawan² perempuan. tak tahulah kenapa kan. huhu. mereka cakap panggilan amal tu manja??? motipp???? hahahaha...

tapi banyak² nickname aku, yang paling tak boleh blahh ialah 'MUS'/ 'MUSLIHA'. ni semua pengaruh FB. mana² kawan yang aku mula kenal mereka dari FB, mereka akan panggil aku dengan nama ni. mereka cakap, lagi mesra kalau panggil aku dengan nama FB aku. huhu. bagi aku, takda masalah kot dengan nama ni, walaupon pada asalnya, MUSLIHA tu gabungan nama antara nama ayah aku dan mak aku. takpa la. orang cakap, ni la BRAND aku kat USM. orang lebih mudah kenal aku dengan nama ni. bila menyertai mana² program, mudah untuk dikenali bila gunakan nama ini. huhu.

bagi aku, walau apapun nama yang kawan² aku panggil aku, aku terima seadanya asalkan ia bermaruah tak timbulkan sebarang kontroversi. huhu. aku tak suka bila kita panggil orang lain dengan nama yang orang tu tak suka. itu namanya pencabulan hak. haha.

sekian. :)

Thursday, October 20, 2011

Daripada Sains Kepada Sastera

Salam to all.

Pertamanya syukur kehadrat Ilahi sebab aku masih diberi kesempatan untuk menaip entry baru aku ni.
Entry kali ni agak sayu untuk aku perkatakan. pada awalnya aku TAKNAK ceritakan pada umum pasal benda ni. aku nak rahsiakan benda ni. atas sebab² tertentu aku rasa aku patut merahsiakan benda ni. But since semua orang keep on asking me about this matter. so, i won't keep it as a secret. maybe, i need to face the reality. why I should shy? since semua kawan aku da dengar gosip pasal aku kan? and everyone so curious about that, huh ! lagi pun mahu tak mahu aku kena publish kat umum mengenai perkara ini. aku pun ada tanggungjawab besar sidang ni. sudah mula diberi kepercayaan untuk memimpin sebuah Persatuan. jadi tak manis la kalau aku masih merahsiakan perkara ini. satu lagi, sampai bila aku nak menipu mengenai perkara ni? daripada kawan² aku asyik cakap belakang mengenai aku. baik aku berterus terang.

sejak bulan 6 aritu, sudah ada yang mula berdesas desus. sudah ada yang PM aku.

"Mal, betul ke kau nak tukar kos???"

baiklah. di sini aku nak buat satu pengumuman.

Dengan ini, saya MOHD AKMAL B MD MUSLIM yang bernombor kad pengenalan 910531015029 dan bernombor matrik 109098 dari PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK dengan rasminya telah menukar rancangan pengajian saya kepada IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN SAINS KEMASYARAKATAN (EKONOMI) di bawah PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN.

keputusan yang agak mengejutkan ini sebenarnya telah aku rancang sejak awal semester 2 lagi. semenjak aku mula mengenali siapa diri aku yang sebenar. ada banyak faktor kenapa aku nak tukar rancangan pengajian aku.

1) to be honest. aku ada masalah dengan rancangan pengajian sedia ada. aku tak mampu nak carry on. memang tak nafi aku GILA MATH. tapi aku memang tak minat fundamental math ni. aku tak mampu selepas beberapa kali tersungkur di medan exam. huh !

2) aku memang minat bidang ekonomi. itu FAKTA. even kalau aku tak pilih USM memang insyaallah aku akan masuk UM, amek ekonomi. tapi jodoh aku kat USM kan. salah aku jugak la dulu main approved je tawaran dari USM. tanpa fikir panjang. apa yang ada dalam pemikiran aku, asalkan math. hurmm~~

3) terus terang. aku tak dapat nak adapt dengan budaya school math. bukan apa..ntah la aku rasakan memang aku takda spirit nak belajar kat situ. 


Alhamdulillah selepas lebih 2 minggu aku memulakan hidup baru ni. semangat nak belajar tu makin bertambah. aku mula sedar dengan kekurangan dan kesilapan lama. insyaallah aku akan terus berusaha untuk menggapai yang terbaik. untuk semester ni, aku mensasarkan DEKAN. huhu...amin...

buat kawan² dari school math. maaf sebab merahsiakan perkara ni dari korg. ramai yang taknak aku tukar, tapi nak buat macamana rezeki aku bukan kat situ. tapi aku harap kita masih kawan. kalau jumpa kat mana² tegur la yek..huhu...*nak nangis........

kepada kawan² school baru, terima kasih sangat² sebab terima aku seadanya. benda yang paling aku terharu, bila aku cerita je pasal pertukaran aku ni, korg teru back up aku. korg tahu aku takda basic ekonomi, bahkan aku bukan budak sastera pon sebelum ni kan. tp serius korg memang terbaik. sebak la bile korg semua sanggup nak tolong aku. :) thx guys !!

Saturday, October 15, 2011

Apabila Anak Johor Berkenduri :)

Salam to all.

sudah lama tak mengepost entry baru. entry hari ni promote sikit mengenai program terkini anjuran Ikatan Mahasiswa/i Johor USM (IKMAR) sidang akademik 2011/2012.

ramai junior yang tertanya-tanya, bila anak johor nak mulakan aktiviti sidang ni, akhirnya, persoalan kalian akan terjawab tak lama lagi. huhu.

saya mewakili barisan Delegasi Kepimpinan IKMAR sidang 2011/2012, menjemput rakan-rakan dari USM untuk sama-sama memeriahkan aktiviti pertama kami, iaitu, KENDURI ANAK JOHOR. kenapa kenduri?
konsep kenduri kami ialah, kami ingin menganjurkan sedikit kenduri kesyukuran atas sebab ramai anak-anak johor tahun ni berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading lebih-lebih lagi ke Universiti Sains Malaysia ini. Konsep yang dibawakan berbeza sedikit dari mana-mana anak negeri yang menganjurkan hari interaksi. walaubagaimanapun, natijahnya, sama sahaja, untuk mengeratkan silaturrahim antara anak-anak johor. Yang berbeza hanyalah pendekatan nya sahaja.

Justeru itu, saya di sini menggalakkan mana-mana anak johor yang terbaca entry ni agar sama-sama menyertai program kita. bagi mereka yang bukan dari Johor, anda digalakkan untuk menyertainya juga kalau ingin merasai penangan NASI AMBENG ! selain itu, mata MyCSD juga kami sediakan !

APA LAGI !!! rebutlah peluang ini !!!!

untuk keterangan lanjut, sila hayati gambar ini :)




MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT :)

Tuesday, October 11, 2011

Saya Homesick.

Tak tahu. Gelisah menyelubungi. dari pagi makan macam tak lalu je. semalam tidur pon tak nyenyak walaupon bangun pukul 9 pagi.

Tengah-tengah kuliah Ekonomi yang begitu semangat tadi boleh pulak teringat kat mee bandung muar. sampai terliur dibuatnya. teringat kat ayam masak ungkep. aduh~

belek-belek kalendar. hari ni , 11 Oktober. rasa pelik je. sentap tetiba henpon vibrate. mesej dari mak.

"ayah da bayarkan insurans motor, roadtax pon da renew.."

godek-godek laptop, jumpa satu fail. 
buka fail je terus nampak gambar ni.

ni la buah hati aku.
buka wall MPP USM, ada orang post pasal balik kampung cuti raya haji akan dipendikkan. oh baru aku perasan, da dekat 2bulan aku tak jumpa parent aku. dekat 2bulan tak jumpa adik kesayangan aku. dekat 2 bulan tak tgok arnab2 aku kat rumah.

adik kesayangan aku. :)


konklusinya. aku HOMESICK. fullstop.

Thursday, October 6, 2011

ConvEx 2011

Salam Konvokesyen.

*sat, nak ambil feel balik selepas 2 minggu meninggalkan tugas selaku sekretariat ekspo konvokesyen USM.

hehe. jangan jeles aku dapat beramas beramah mesra dengan hafiz nano-nano.

alhamdulillah, selepas hampir 3bulan bertungkus lumus dalam menguruskan ekspo konvokesyen USM kali ke-44, akhirnya tugasan aku sampai jua ke garisan penamat. nak kata happy tidak, tapi sayu tu ada lah kot. bukan apa, sebak nak tinggalkan tugas. rasa macam baru semalam je aku check in dalam pejabat convex yang baru tu, tapi rupa-rupanya da selesai da tugasan aku. 

kalau nak imbau lagi la kan pengalaman aku tiga bulan dalam handle ekspo ni, kita mula dari awal la yer..hehe. dalam pertengahan bulan 6 kami mula bertugas, tapi baru start keje 3 hari kami TERPAKSA mengikuti KEM PIMPIN SISWA LANJUTAN. pada mulanya aku agak malas la nak join. aku dan kawan aku merangkap S/U aku, dah merancang siap2 nak skip kem tu, siap da prepare macam2 alasan. HAHA. tapi, tak tahu kenapa tiba2 aku terbuka hati nak join kem tu. kem tu berlangsung di OBML, korang tahu OBML tu apa? haaa..tu la rugi tak join.. OBML tu outward bound malaysia lumut. macam consultant training la. tak rugi rupanya aku join, dengar2 USM peruntukan hampir RM1500 seorang untuk perbelanjaan kem tersebut, sayang betul USM kat aku an? hehe. tapi dalam banyak2 pengalaman dalam kem tu, yang paling menarik ialah, aku dapat BERKAYAK MENGELILINGI PULAU PANGKOR. ha!!! kau mampu??? tak kan? dengan aku ni tak pernah berkayak, tetiba nak berkayak mengelilingi pulau pangkor kot. makan masa 2hari satu malam gak la. kebas kakiku dalam kayak tu. hehe. tapi paling lucu kami hanyut dibawa arus gelora air pasang yang sangat kuat di kawasan yang agak menyeramkan lagi puaka kot. kat kawsan di mana sebuah kapal tentera laut malaysia terbakar dan karam. apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih la kat partner kayak aku, iaitu UMIRAH TOKIMAN!!! setia menemani aku atas kayak dan terus bagi kata-kata semangat kat aku tatkala kami hanyut. masa tu Tuhan je tahu apa dalam hati. hahaha.

ketinggian bukan halangan. :)

sekali lagi. kalau kita positif, kita boleh lakukan :)

checkpoint pertama. rehat makan tengahri.

kayuh!!! laju22!!! ada bot besar..terlenyek satgi..hee :)

muka penat+puas+letih. haha
habis modul kat pulau pangkor, modul kedua pulak kat langkawi. yang ni biasa2 je. senang cerita melancong free la..tapi still ada pengisian la..hehe. habis je modul di langkawi. 

ok. sambung cerita convex kita. huhu. sebenarnya tak banyak aku boleh cerita pasal convex. hehe. tapi aku boleh la nak kongsi pengalaman aku. bukan tak mau cerita, tapi dah termaktub dalam etika kami. KERAHSIAAN. hehe :) 

kadang-kadang aku tergelak, tersenyum sendiri, bila terkenang balik kerja convex. cuba la kalian bayangkan, layout tapak, segala bagai pasal tapak, aku dan kawan-kawan aku yang uruskan. jual borang, pemilihan penggerai, semua la. kadang2 tergelak bukan apa, macam tak percaya bila event mega, aku ulang MEGA kot. aktiviti rasmi USM setiap tahun, berjaya kami laksanakan. macam nak jerit je kat mak aku, mak !!! bang mal la yang uruskan pesta konvo tu!!! hahaha...

sepanjang tempoh ekspo tu jugak, mcam2 pengalaman aku pelajari. erti persahabatan, siapa yang harus aku percaya, siapa yang perlu............erm..LIKE2 je la kan... dan yang paling penting, aku eksiden time fasa 2 konvokesyen. ramai yang tak tahu pasal ni. sebab aku nak rahsiakan. tapi hari ni aku cerita la kan macamana aku boleh terkemalangan. nak cerita bagaimana aku masa kemalangan tu aku tak ingat sangat la..tapi kemalangan tu berlaku masa seminggu sebelum balik hari raya. malam tu aku menghantar kawan aku, haziq asyraf ke terminal bas sungai nibong. lepas balik hantar dia, baru aku perasan la yang air mineral dia kat bakul motor aku tertinggal. siap telefon aku suruh aku patah balik kan. haha.. tak pa la. demi kawan punya pasal ..aku sanggup patah balik. lagipon bukan jauh sangat . then aku cuba nak u-turn kat satu sempang..tapi malang tidak berbau, masa tu la aku dilanggar oleh sebuah motorsikal. OK STOP. aku taknak bicara siapa betul siapa salah, malas. dengan kerek nye aku bangun teruskan perjalanan ke terminal sungai nibong masa tu tayar aku da kempis sikit da. tak pa la, aku teruskan jugak perjalanan. dengan muka selamba, aku bagi air mineral tu kat haziq, haha.. dengan tangan luka sikit2, tayar depan da tak center. apa- pon boleh la kan. hehe. balik bilik aku da menggigil. seram sejuk kot. aku terus call mak aku. plan asal taknak gtaw..tapi tak sedap hati..call jugak. sedih gakla telepon mak malam2, cakap aku eksiden. isk33..tabah jela hatiu ku masa tu. lepas call mak, aku turun bawah p ushar2 apa yang teruk..habis beb! rim depan patah, sidemirror kiri patah, adoyai..masa tu da nak menangis da aku ni. hurmmm..tak masal2 kopak RM 100 duit aku. tuh belum lagi nak tukar sportrim aku. haish~dugaan~sabor je lah kan.

masa aku eksiden ni pon aku da pengalaman berharga la. masa ni aku kenal siapa kawan2 aku yang sebenar. siapa yang betul2 ambil berat terhadap aku. biarlah selama ni aku menaruh harapan kat kawan2 aku. tapi bila aku ditimpa kesusahan macam ni, sedikit pon tak ambil berat pasal aku. penat aku je cerita kat dia. lepas ni. malas da aku nak cerita masalah aku kat kawan2 aku. hurmm.. tetiba mood sedih pulak kan :)

kembali pada cerita convex. alhamdulillah, segalanya berjalan lancar tahun ni. siap dapat jumpa artis lagi. susah kot artis nak masuk USM ni. hehe.. dapat kenal kawan2 baru. dapat banyak souviner (betul ke aku eja ni) dari convex dan penggerai.. haha..aku dapat teddy besar kot kali ni. haha...

buat penyelaras2 yang bertugas bawah jabatan Koridor Niaga, terima kasih berjuta aku ucapkan sebab sudi melancarkan lagi pergerakan ekspo. maaf kalau ad terlanjur bicara. semoga dapat jumpa lagi tahun depan :) 

*dah3..sebak da ni menaip :)