PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Saturday, December 24, 2011

Di penghujungan jalan.

Assalamualaikum.

alhamdulillah. hari ni bermulanya satu lagi fasa penting dalam semester I sidang akademik 2011/2012. hari ini bermulanya secara rasmi minggu ulangkaji sebelum peperiksaan. walaupon sebenarnya ak da mula lama da stady week ni..huhu..

Selamat sudah aku menempuh satu sem dengan suasana yang baru, kawan-kawan baru, pelajaran baru, yang penting KURSUS baru..huhu.. Secara keseluruhannya, sem ni jauh lebih baik dari sem yang lepas2. tak tahu la kenapa kan. tapi aku baru rasa nikmat sebagai seorang mahasiswa sem ni. aku baru rasa puas, bila aku pergi kuliah, aku paham apa yang aku pelajari, aku balik, aku boleh aplikasi apa yang aku pelajari. bukan seperti sebelum ini, sepatah haram pon aku tak paham yang aku pelajari.

Walaupon aku tahu, aku menghadapi cemuhan, makian serta tanda tanya bila aku bertukar rancangan. tapi aku terima pandangan mereka dengan hati yang terbuka. buat mereka yang ada cakap-cakap belakang pasal aku, aku ucapkan semoga kalian berjaya dengan rancangan pengajian SAINS MATEMATIK korg tuh..semoga Allah merahmati pelajran anda. cuba selami masalah aku, baru kalian akan paham yang aku rasai :)

Alhamdulillah, Aku bersyukur ke hadrat-Mu ya Allah. Engkau telah bukakan jalan bagiku.

Tidak akan istimewa 'KEJAYAAN' itu jika ia tidak melalui suatu usaha yang bermula dengan kegagalan. Sesudah kegagalan barulah terbit kejayaan yang hakiki.

Insyaallah aku akan lebih gigih untuk berusaha memperjuangkan masa depan aku. huhu :)

Semester ini juga banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. terutama dalam dunia realiti. Apabila kita sudah diberikan tanggungjawab untuk memimpin satu organisasi di kampus. memang berat tanggungjawab itu. walau bagaimanapun, aku akan terus galas, dan membawa organisasi itu ke tahap yang lebih baik daripada yang ada sekarang. itu janji aku, insyaallah. amin ^_^

Dalam organisai ini juga, banyak yang sudah aku pelajari. Ini baru menjadi pemimpin satu organisasi kecil. bagaimana agaknya aku jika diberikan peluang untuk mentadbir sebuah negara? berat. Masyaallah.

Semester ini juga aku dapat adik2, kawan2 baru..hee~

Aku ni kan spesis yang suka bergaul dengan ramai org..haha..

1st of all, ak nak gtaw la..aku ada adik angkat kat USM ni..bg aku dia memg spesial..tapi aku tak boleh nak go on dgn dia..sbab aku taknak dia kecewa satu hari nanti. dia ad buat entry khas kat blog dia pasal aku. thx adik. abg tak dpt nak beri komitment lagi..sbab abg segan dgn apa yang abg lakukan selama ni. dan abg rasa kamu akan terus sakit hati kalau abg buat mcm ni...

then, aku ada adik-adik junior school lama aku. diorg memang baik.. aku dah anggap mereka da macam adik aku sendiri. maklumla aku takda adik yang seusia dengan aku an~ tp sejak akhir-akhir ini, diorg da terlalu jarang contact aku. aku pon malas la nak amek taw pasal mereka,mungkin mereka terlalu bz..ak tgok pon diorg terlalu byk asaimen. tak macam time aku dulu..huhu..apa-apa pon senpai doakan korg terus bahagia dengan kehidupan korg. teguhkan iman, terus menggapai impian..da berjaya nanti jangan lupakan senpai yer :)


then, aku ad sorg kawan, ntah celah mana la aku jumpa dia..dia yg mula tegur aku kat FB ni.. dia ni kawan ngeteh aku la setiap malam..huhu..selalu ajak dia ngeteh. sporting..senang buat kawan..walaupon bahasa dia agak kaso gak cm ak, tp dia alim. Alhamdulillah, aku banyak berubah sem ni apabila aku berjumpa dia. mungkin dia asbab yang Allah berikan untuk aku menerima perubahan. semoga persahabatan kami akan berkekalan sampai bila-bila. amin.

Ni la Mr.Anep Saaid.

tak lupa juga buat kosmate aku. alhamdulillah. aku dikurniakan kosmate yang banyak membantu aku, Najib, fakhri, syafiq, Kembar aku, saiful akmal, amir songkram, mat'ee..ramai lagi la..tp yg ni spesial utk ak. banyak bantu aku masa aku mula-mula mendaftar di SK. mereka tahu aku takda basic Eko, mereka lah yg banyak bantu aku !

Ni najib.

Ni kembar aku. haha

last but not least..my best friend ever, wafi ramli dan Hafis. mereka bagai nyawa aku terutamanya wafi..banyak tolong ak. walaupon kadang2 tersentap dengan mereka bila makan tak ajak, tapi aku tahu, sebenarnya mereka sangat baik. mereka tak pernah jemu layan aku yg kuat menggedik ni.. thx kawan+sahabat dunia akhirat. aku tak tahu mcmana aku kalau aku kehilangan korg..huhu :)

aku dan wafi ramli :)

Akhir sekali. sempena exam final sem ni..aku merafakkan sepuluh jari, memohon maaf ampun seribu kpd semua kawan2 aku, pensyarah, sesiapa sahaja la yang aku kenal, mahupon tak kenal. Doakan aku berjaya dalam exam ni. amin :)

Ni la jadual exam aku. sempoi kan? balik awal sem ni..huhu