PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Thursday, June 21, 2012

Exam lagi....

Hye all.

tiada apa nak update sangat. cuma gua rasa bosan arini. bosan menunggu detik ketibaan peperiksaan. sangat perit apabila hendak menunggu waktu peperiksaan. OK. ini adalah kali ke-4 gua menempuh alam peperiksaan di USM. nak dikatakan kat sini, gua dah expert lah dengan peperiksaan semua ni di USM. senang cerita, apa hari yg paling best, tak best exam semua gua taw. gua HATE exam hari jumaat petang. start pukul 3, pukul 6 baru habis, bosan LOL. nasib baik sem ni tiada exam hari jumaat. just LSP401 je. ok la. apa-apa pon, sem ni gua sesak sebab semua kawan2 gua dah balik. exam diorg habis awal. annoying giler bila kawan2 rapat semua dah blah meninggalkan USM. tinggal gua je.

bayangkan, satu paper gap sampai 5 hari. orang lain semua dah habis exam semalam, gua baru nak mula jawab exam paper major gua semalam. semalam gua exam Ekonomi Malaysia. sakit kepala jugak la nak memahami semua trend ekonomi malaysia dari segenap sektor. soalan yang keluar pon. erm... paham2 je la. gua harap, yang terbaik akan gua perolehi nanti. insyaallah.

BTW, gua nak cerita semalam selepas habis je exam, gua dan kawan2 gua terus je menuju ke Bukit Gedung *foodcourt flat apa ntah* untuk mencari makanan. maklumlah masing2 kebuluran. gua dan kawan2 gua plan nak makan nasi lemak *tak ingat nama* station kat foodcourt situ. kami semalam melantak makan nasi lemak. bagi gua memang terbaik la nasi lemak tu. menepati citarasa gua. nasi dia memang sedap, lerai la. tak la berkepal sangat macam nasi lemak bungkus jual tepi jalan uh. lpas uh sambal dia sedap. semalam gua try sambal sotong dengan sambal kerang. tambah ayam goreng. semua skali kos dia cuma RM6 sahaja. ok la. nasi banyak siap ayam. lebih sedap dari nasi lemak khaleel. HAHA.  keenakan ditambah dengan segelas air epal susu Dinosour. ! hehe =)

nasi lemak yang gua makan. alhamdulillah kenyang =)

ni sazlee. dia siap tapau ask me burger !

budak yg nafsu makannya semakin membuak-buak. semoga cepat besar. HAHA

ini gopeng. diseblahnya budak yg tersisih semalam. haziq. dia pon siap tapau ask me burger.

Saturday, June 9, 2012

Hantu Mee Siput

OK lama giler gua tak bukak blog gua. Kali ni gua nak celoteh. nak Omongan sikit pasal mee siput. mee siput ni makanan kudap-kudapan atau dalam bahasa jawa yang gua selalu guna ialah, MIL-MILAN. maksudnya makanan ringan la. haha. gua pasti, ramai yang tak tahu pasal mee siput ni. yelah masa gua belajar kt USM ni. asal gua bawak mee siput mesti ramai yang tertanya-tanya. yang tahu cuma orang2 Johor je. tuh pon tak semua orang Johor selalu jumpa, ye tak?

mee siput ni memang feymes la kt area Muar. sebab kat sini memang banyak kilag2 mee siput. kalau tak silap gua, mee siput ni diperbuat daripada mee kuning yang kita selalu makan tu, kemudia di proses mcmana ntah, gua pon tak tahu..last2 dikeringkan dan jadik lah mee siput. Kawan mak gua cerita, dia ni pengusaha mee siput berjaya la, mee siput ni perlukan cuaca yan panas betul2 terik. barulah mee trsebut akan kering dengan cantik.

biasanya orang akan makan me siput ni dengan dicicah bersama sambal tumis atau pon samba kicap. sambal kicap adalah sambal yang lazimnya ditemui hanya di negeri johor. sambal kicap ni mcm sos tradisional orang johor lah. makan pisang goreng cecah sambal kicap etc...

dulu masa gua sekolah, time rehat, makanan wajib yang gua selalu makan ialah mee siput lah.dengan harga serendah RM0.20 sekeping ! time skola dulu, makan sekeping pun dah cukup kenyang dah. kalau skrg ni.. ermm..makan 10 keping pon mampu hahaha. dulu masa skola, kreatif sungguh gua makan mee siput ni. macam2 cara,, makan dengan sambal mcm biasa takpon makan dalam palstik, curah smbal kicap cair, ikat plastik tuh@pulas, kemudian bgi mee siput tu terendam dalam smbal smpi lembik.makan mee tu dr bucu plastik. *ouh, memang nostalgia. haha. lpas makan mee siput pasti gua akan main tiang dengan kawan2. AWAS! bukan menari tiang. tp main tiang. orang2 johor mesti taw lah permainan ni, hehe.

mee siput yang agak femes kat tempat gua

mee siput yang sedang dikeringkan

mee siput dan sambal tumis
sumber gambar: Google.