PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Tuesday, November 1, 2011

Cabaran yang sentiasa mendewasakan kita.

Pandanglah kehadapan.
melihat bintang yang berkerdipan.
menghayati kegelapan malam.
dibaliknya terpanar cahaya kilauan bintang.
menghiasi kala kehitaman.
menghiburkan si pemerhati yang setia.

Orang cakap. hidup kena ada matlamat. biar bertujuan hidup tu.
manusia yang gagal adalah manusia yang berjaya untuk tidak mempunyai cita-cita.

pengisian sebuah kehidupan sentiasa dipenuhi dengan rempah yang memberi perasa kehidupan seharian.
ada rempah yang pahit. ada rempah yang wangi.

pengisian sebuah kehidupan sentiasa dibanjiri dengan kenangan lampau. biar sejarah itu menjadi guru paling pintar dalam mendidik kita dalam kehidupan. biarpon pengalaman itu adalah sebuah kegagalan yang pernah kita hadapi.

sesetengah orang tidak sedar bahawa kegagalan itu sebenarnya adalah kejayaan. kegagalan adalah sebahagian daripada kejayaan. sesebuah kegagalan menjadi titik tolak dimana kita mula mengorak langkah untuk terus berjaya. percayalah pada kata² ini bahawa manusia yang tidak pernah menghadapi kegagalan adalah manusia yang gagal meningkatkan pencapaian hidupnya.

kenapa seringkali menyalahkan takdir bahawa kegagalan itu bukan milik kita?
pernah atau tidak kita muhasabah diri, bahawa itu adalah hak kita jika kita berfikiran bukan sebagai pemikiran orang ang berjaya. seharusnya kita perlu mengorak langkah proaktif sebagai manusia yang mahukan kejayaan. sentiasalah berfikiran positif bahawa kejayaan boleh menjadi milik kita jika kita benar² berusaha untuk mencapai ke arah itu.




Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude.
Thomas Jefferson

No comments: