PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Saturday, June 9, 2012

Hantu Mee Siput

OK lama giler gua tak bukak blog gua. Kali ni gua nak celoteh. nak Omongan sikit pasal mee siput. mee siput ni makanan kudap-kudapan atau dalam bahasa jawa yang gua selalu guna ialah, MIL-MILAN. maksudnya makanan ringan la. haha. gua pasti, ramai yang tak tahu pasal mee siput ni. yelah masa gua belajar kt USM ni. asal gua bawak mee siput mesti ramai yang tertanya-tanya. yang tahu cuma orang2 Johor je. tuh pon tak semua orang Johor selalu jumpa, ye tak?

mee siput ni memang feymes la kt area Muar. sebab kat sini memang banyak kilag2 mee siput. kalau tak silap gua, mee siput ni diperbuat daripada mee kuning yang kita selalu makan tu, kemudia di proses mcmana ntah, gua pon tak tahu..last2 dikeringkan dan jadik lah mee siput. Kawan mak gua cerita, dia ni pengusaha mee siput berjaya la, mee siput ni perlukan cuaca yan panas betul2 terik. barulah mee trsebut akan kering dengan cantik.

biasanya orang akan makan me siput ni dengan dicicah bersama sambal tumis atau pon samba kicap. sambal kicap adalah sambal yang lazimnya ditemui hanya di negeri johor. sambal kicap ni mcm sos tradisional orang johor lah. makan pisang goreng cecah sambal kicap etc...

dulu masa gua sekolah, time rehat, makanan wajib yang gua selalu makan ialah mee siput lah.dengan harga serendah RM0.20 sekeping ! time skola dulu, makan sekeping pun dah cukup kenyang dah. kalau skrg ni.. ermm..makan 10 keping pon mampu hahaha. dulu masa skola, kreatif sungguh gua makan mee siput ni. macam2 cara,, makan dengan sambal mcm biasa takpon makan dalam palstik, curah smbal kicap cair, ikat plastik tuh@pulas, kemudian bgi mee siput tu terendam dalam smbal smpi lembik.makan mee tu dr bucu plastik. *ouh, memang nostalgia. haha. lpas makan mee siput pasti gua akan main tiang dengan kawan2. AWAS! bukan menari tiang. tp main tiang. orang2 johor mesti taw lah permainan ni, hehe.

mee siput yang agak femes kat tempat gua

mee siput yang sedang dikeringkan

mee siput dan sambal tumis
sumber gambar: Google.

4 comments:

Anonymous said...

Best entry ni!
Walaupun kita 1 family balik kampung setahun sekali je, Johor tetap di hati. Termasuklah mee siput, tauhu/tempe goreng cicah sambal kicap.. Memang terbaik!

Maybe next entry, leh citer pasal masak 'ungkep'. Org Jawa/Johor mesti tau. Enak temen! Hehe :p

Musliha Akmallamka said...

hehe.. terima kasih atas feed back :) insyaallah sy akan usahakan ..huhu

Mohd Najib said...

sem depan blh order dgn aku lg. xpun ko plak run bisnes kt sana.. hehe

http://mohdnajib27.blogspot.com/

Nadia Elena said...

waaa...sama la...dlu masa kat sekolah pun selalu beli, tapi sekarang ni dah susah nak jumpa..wuwuw~