1st of all, aku sangat excited sebab aku rasa 1st time kena tag sejak aku mula berblogging. eh jap..2nd time kot..1st dulu kena ngn cik syarifah..tp malas nak balas..HAHA,,,
*jangan marah
OK. aku di-tag oleh junior USM aku,,cik Amalina Rahmat (please, nama dia takde NOR ok.)
ni blog dia. The Philosophy of Amalina. Blog dia NICE. kemas. cantik. tak macam blog aku yang ntah apa-apa..haha.. Idea dalam entry dia pon bernas. HAHA.. but no wonder la, sejak bila dia blogging, aku ni sejak bila la kan. haha...
[kopipes]-
So, here's the rules :
1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back!
7. No stuff in the tagging section about 'YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS' YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WILL ALL HONESTLY) have tagged 11 people.
11 Perkara Mengenai Aku:
1) Nama sebenar aku.
mana-mana sahaja aku pergi, aku lebih mudah dikenali dengan nama FB aku, iaitu MUSLIHA AKMALLAMKA or AKMAL MUAR (ni zaman matrik). nampaknya FB semakin menguasai dunia. orang lain tak tahu pon nama aku sebenarnya and people simply call me, 'MUS'...actually MUS is my father's name. MUSLIM. nama penuh aku ikot IC ialah MOHD AKMAL B MD MUSLIM.
2) Jowo Totok.
tengok nama aku. nampak melayu. tengok muka. taknampak jawa. lidah pon takdela kelat jawa sangat. tapi hakikatnya aku JAWA TULEN. mak bapak aku pon jawa. dalam surat beranak diorg semua tertulis..."bangsanya: JAWA"...bangga nokzz~haha..tapi tak tahulah kenapa dalam surat beranak aku tertulis bangsa aku as MELAYU. boleh tak kalau aku nak tukar bangsa aku sebagai "JAWA"?
3) Asal.
aku dilahirkan kat Hospital Daerah Kota Tinggi, membesar di Felcra Sg ara Kota Tinggi, kemudian pindah ke Muar(skrg masuk daerah ledang), pastub pindah lagi...err* aku tak hengat la bape kali aku berpindah. hehe...now aku menetap kekal kot kat Kampung Parit Lintang, Muar
*nama-nama kampung kat Muar memang pelik2..banyak parit ngn sungai..hehe..
4) Abang Sulung.
aku ada abang yang sudah meninggal dunia..sob33..abg sulung aku, meninggal masa beliau berumur 15tahun akibat barah otak dan meninggal pada harilahir aku ke-9...alangkah hibanya aku hari tuh~.
5) Kuat Pedas.
nama pon jawa, memang la aku kuat pedas. aku memang tak puas hati kalau makan tak berpeluh. sejak duk penang ni jarang dapat kepuasan masa makan. haha.
7) Produk Sekolah Sains.
sejak aku masuk USM ni, tak ramai yang tahu aku ni budak sekolah sains. lagipon untuk apa mereka nak tahu kan.? dan.dan.dan aku segan nak mengaku sekolah aku. sekolah no 1 kat malaysia kot..haha...SASER. tapi pencapaian aku tak pernah selarasa dengan title sekola aku. haha..lagipon, wujud lagi ke SASER kat mesia ni? haha..skrg da nama baru.
*I HATE that new name.
8) Rumah.
aku tinggal kat RURAL AREA. aku ulang, RURAL AREA. suluk-suluk berdentum istilah budak-budak skola dulu. haha...serius. line tepon memang payah nak ada la..nak masuk streamyx pon susah. so, kalau aku kat rumah, just simply leave me a message yer..jangan ngada2 nak call..line xde..bazir kedit korang jek :p
9) Nokia.
aku pengguna setia produk NOKIA. biarla orang cakap zaman kecanggihan sekarang ni..android la ape la. but aku still sayang nokia aku. hehe. aku lebih mementingkan ketahanan berbanding dengan aplikasi. lagi pon aku bukan minat sangat yang canggih-canggih ni..penat nak jaga..hehe...
*biar pakai hp buruk, asal kredit sentiasa ada..HAHA...
10) Astro.
kat rumah aku takda saluran berbayar Astro. ayah aku cakap, " pakai aerial periuk belanga pon kau da malas nak stdy, ni lagi la kalau ayah nak pasang astro..."
pedas kot.
*ala..tak kesah pon ade ke tidak...kat rumah aku dapat saluran singapore la..tv5,tv8,centralkids..banyak lagi saluran singapore yang lebih maju dr siaran malaysia..ngeh33...
11) Pelupa.
Aku seorang yang pelupa. ya ! pelupa. sampaikan aku lupa nak isi point no 6 kat atas. da tertinggal. so, malas la aku nak scroll ke atas semula ! haha
1. Perkara yang paling menggembirakan kau adalah?
bila aku dapat 9A masa PMR ngn dapat 4flat masa matrik. bukan nak bangga, tapi aku rasa..time matrik je la seumur hidup kau nak rasa nikmat 4flat..serius memang nikmat dapat 4flat..hehe :)
2. Apakah priority dalam hidup kau?
Family comes first. apa-apa pon aku sentiasa teringat family dulu. kalau nak keman-mana, nak beli apa-apa, aku mesti mintak izin dari parents,
3. Pernah tak rasa macam nak bunuh diri?
for what nak bunuh diri? tak pernah kot. hehe.. soalan ni mcm tuan tanya pernah merasainya. alhamdulillah pegangan agama aku masih kuat :)
4. Pendapat kau tentang Islam?
Perfect Religion. Tiada bandngan. fullstop.
5. Makanan apa yang paling best yang pernah kau makan selain daripada apa yang mak kau masak?
makanan yang aku sendiri masak ! haha.. kata kawan aku, siapa la nak puji kita kalau kita sendiri taknak puji diri kita..haha..yeah ! aku suka makan makanan yang aku masak sendiri.
6. Yang mana paling best? Facebook, Twitter, Blogger, Tumblr, Formspring?
FB:seronok kalau nak berborak ngn ramai kawan contoh dalam group mengumpat aku kan. haha
Twitter: seronok sebagai tempat aku nak mencarut or memaki orang lain. ada aku kesah? haha
Blogger: tga belajar guna.hehe
tumblr: takde !
Formspring: sejak takde orang nak tye aku soalan. aku malas nak layan.
but the best still FB kot. KOT?.
7. Adakah rupa paras menjadi faktor utama dalam memilih pasangan anda? Sila jujur.
Not really. as long dia TINGGI mcm aku. taknak la carik perempuan yang jauh lebih rendah dari aku kan. hehe.. but aku sentiasa percaya, jodoh pertemuan tu milik tuhan. aku terima je seadanya :)
8. Kampung kau best tak? Aku nak tengok gambar kampung kau boleh? Letak dekat blog kau.
kampung aku? tak tahu nak kata best ke tak sebab aku pon duduk kat kampung kan? rasa mcm sama je, lain la kalau soalan ni untuk orang duduk kat bandar yang jarang-jarang balik kampung. hehe..
btw, kampung aku ad hotspring...tp takde gambar la..hehe..
suasana kat kampung aku, masa ada kenduri kahwin. |
kolam air panas terbaik kat mesia sebab kandungan suplhur dia paling tinggi. |
9. Perkara paling bangang yang pernah kau lakukan?
aku beli hp N95 buatan China bodoh betul time tu. rugi aku RM300
10. Agak-agak bila nak kahwin? Jangan lupa jemput aku ;)
err..soalan sensored. calon lom ada. haha tapi target sebelum umur 24tahun. nak lawan abg aku. haha
masalahnya...aku ni tak pernah couple !!!! *jujur
11. Last but not least, kau bahagia tak dengan hidup kau sekarang?
kebahagiaan terlalu subjektif. kadang2 aku sangat bahagia dan aku sangat bersyukur dengan apa yang aku ada. tapi kadang-kadang. rasa sangat frust kenapala aku ni GEMUK sangat dan BESAR sangat?? hhahahha...selalu nak diet. tp sekadar niat la.. :p
and then..mangsa aku seterusnya ialah:
Soalan-soalan.
1)pandangan anda terhadap diri aku. *jujur.
2)pengalaman manis paling anda takleh lupa.?
3)makanan paling feveret !
4)benda paling anda fobia?
5)zaman sekolah atau zaman bekerja paling best?
6)anda berpuas hati dengan kehidupan anda sekarang?
7)anda minat matematik?
8)hidup di kampung atau dibandir paling best?
9)jodoh pilihan sendiri atau pilihan ibubapa paling baik?
10)stesen TV kegemaran?
11) jujur* anda suka ke tak jawab TAG ni? ikhlas tak ni? haha
chowzz !!!!
1 comment:
http://syazoneznat.blogspot.com/2011/11/aku-di-tag-sebelas-perkara-pasal-aku.html
ha..,nah nah. amik amik :)huu
Post a Comment