PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Thursday, January 5, 2012

kuah mencari nasi.

Salam Sore.

petang ni aku nak berceloteh sikit la, pasal satu topik yang aku duk bincang dengan kawan aku di twitter tadi. isu-nya ialah, perigi mencari timba. atau bahasa kasarnya, perempuan memikat lelaki untuk pasangan hidupnya.

Kita acapkali mendengar perumpamaan ini dimana, seringkali kita ditakut2kan dengan, jangan sampai si perempuan yang mencari lelaki. ada yang kata, perempuan murahan la sebab dia terhegeh-hegeh mencari lelaki, adapula yang kata, perempuan ini tak laku sebab dia yang mencari pasangannya.

Tetapi sedarkah kita bahawa, sesungguhnya, isu ini hanyalah satu mainan adat yang menakutkan perkara ini untuk terjadi. sebenarnya, tiada masalah pon untuk seorang wanita yang memulakan misi untuk mecari pasangan. sebagai contoh, jika Minah A ni minat kat Boy B. tp kalau setakat minat, sampai bila la nak minat.kan? last2 Boy B ni dah jumpa pasangan lain..dah melepas. So, kena la Minah A ni mulakan misinya untuk memikat Boy B kan..

Seterusnya, kalau wanita tu nak tunggu lelaki yang minang dia, payah la kan. kalau wanita tu HOTSETAAAFFF tak mengapa, tapi kalau wanita tu spesis, FOREVER ALONE macamana? andartu la gamaknya kan. haha. so, kena la si wanita ni mulakan langkah proaktif untuk mencari pasangan hidupnya.

Then, tak salah jugak kan kalau wanita yang mencari pasangan hidupnya, sedangkan wanita pertama yang peluk Islam pon dia mencari pasangan hidupnya sendiri. Saidatina Khadijah, mencari pasangannya, merisik pasangannya, Nabi Muhammad. so, tak de masalah kan nak suruh wanita yang cari pasangan mereka sendiri?

Konklusinya, kita seharunya tidaklah terlalu gusar atau takut dengan prasangka adat yang bukan2 pasal perigi cari timba ini, apa yang penting kita menemui kebahagiaan yang kita cari ! peace yoe!!

1 comment:

miss zulaikha said...

tapi kalau dah semua org kat bumi ni buat anggapan perigi cari timba, kalo benda tuu jadi org pandang plik jugak kann, emm. pandangan! :D