PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Wednesday, January 18, 2012

Ini cerita Twitter sahaja.

Salam Perjuangan.

     Facebook makin giat mempromosikan kehebatannya dalam menjadi wadah saluran informasi terkemuka dan terpenting dunia. Sedar atau pon tidak Facebook seolah0olah menjadi satu check-list utama dalam rutin harian kita. Bahkan Facebook memainkan peranan penting selaku media baru dunia ini. Hebatnya Facebook boleh menundukkan kekuasaan Hosni Mubarak di Mesir, Mendayuskan pemerintahan Muammar Gaddafi di Libya.

     Namun sejak dua menjak ini, aku semakin leka dengan laman sosial yg sudah lama di alam maya, dan sudah lama aku daftar masuk cuma baru-baru ini sahaja aku giat aktif. TWITTER. bersimbol seekor burung cukup mudah melambangkan sebagai satu medium baru dalam penyampaian maklumat. Simboliknya mudah, mengilhamkan bagaimanaseekor burung merpati pada zaman dahulu yang ditugaskan sebagai penyampai maklumat kepada satu pihak yang lain.

     Sejak dua menjak ni aku lebih selesa menggunakan twitter sebab tak ramai yang follow aku. So, takda malu sangat kalau nak meluahkan sesuatu. Ye la, kalau ada masalah, luahkan je di twitter, aku ni kan forever alone. huhu. kalau luahkan kat FB, ramai pulak yang baca, lepastu like, yang lebih dajjal share siap menganjing. SUKA?

     Tapi yang tak bestnya aku lihat kawan-kawan twitter aku gunakan twitter sebagai wadah untuk anjing-menganjing antara satu sama lain. Rasa macam tak seronok pulak kalau saling kata mengatakan. haha. Tapi yang peliknya kalau jumpa di luar, mak aii, baik macam isi dengan kuku. tak paham. haha.

     Kepada kawan-kawan yang ada twitter, mohon follow la aku ye. KLIK SINI ke TWITTER AKU.

No comments: