Salam Apex.
*maaf entry ini akan berbaur unsur-unsur semangat mencintai USm yang melampau.
Alhamdulillah. sekali lagi aku panjatkan kesyukuran kepada Ilahi. tamat sudah peperiksaan semester bagi sem ni. Alhamdulillah, kali ini aku menjawab peperiksaan dengan hati yang senang, mengakhirinya pun dengan perasaan kelegaan yang memuaskan. Sebelum ini, aku mesti akan menangis meratapi peperiksaan yang ... aku sendiri rasa yang itu bukan peperiksaan, namun hanya satu proses dimana prosedurnya akan menyebabkan aku menangis suatu hari nanti.
Baiklah, hari ini aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku yang pernah berstatus Percubaan 1 (probation1) dan Percubaan 2 (probation2). Aku bukan nak dedahkan pekung di dada sendiri, tapi entry ini hanya untuk tatapan bagi mereka yang menghadapi situasi seperti aku.
Pernahkah anda masuk ke kuliah, kemudian keluar kuliah dalam keadaan di mana satu benda pun anda gagal perolehi daripada kuliah tersebut? Ya ! aku pernah alaminya. setiap hari aku merenung masa depan. menantikan apa yang akan aku peroleh dengan hasil tuaian ilmu sebergini sedikitnya?
Pernahkah anda melangkah ke dewan peperiksaan dengan tanpa ilmu di dada? bagaimana perasaan anda tatkala itu? nak diraung, kertas peperiksaan didepan mata. aku masih ingat, semester lepas, apabila aku tak dapat jawab soalan, apa yang termampu aku buat, salin semula soalan ke buku jawapan. bukan apa, aku malu bila pensyarah aku ronda dewan dan jeling kertas jawapan aku kosong. MALU! MALU! MALU! itu sahaja dapat terpacul dari mulut aku..
Pernahkah anda berada di situasi di mana, anda sudah tahu keputusan peperiksaan anda? masakan tidak tahu jika kertas soalan yang di jawab hanya beberapa kerat sahaja berjawaban. Sedangkan jari terkial-kial mensasarkan gred subjek dengan harapan boleh lulus sedangkan coursework tak lebih dari gred D?
Semua ini pernah aku lalui 2 semester yang lalu. tak dapat aku ungkapkan perkara itu . sebak, ntah. bagaimana aku harus menempuh dunia yang semakin kelam tatkala aku di isytiharkan senagai pelajar P2. sekali lahi, MALU! MALU! MALU! mana aku nak letak maruah aku? mana aku nak letak maruah ibu bapa aku? anak yang ditatapkan akan membela keluarga suatu hari nantoi membawa onar. tercabar kredibiliti kebijaksaanku tatkala itu.
Setelah semua ini ku lalui dan aku menunggu proses sebelum dibuang USM, maka aku dengan berat hati mengambil keputusan untuk bertukar rancangan kepada rancangan sekarang. berkat kesabaran, usaha aku untuk memperjuangkan nasib aku, mencerahkan kembali masa depan aku. ALLAH tunjukkan jalan keluar bagi aku. alhamdulillah, sekarang aku sudah selamat dengan pelajaran yang baru. dan Alhamdulillah aku cukup suka dengan pelajaran yang baru ini.
Pelbagai cemuhan aku terima semasa menukar kursus, herdikan, makian, cacian. bagi aku, itu semua adalah pendorong untuk aku berjaya. Tak salah untuk gagal dahulu sebelum menempa kejayaan bukan?
"kejayaan akan lebih manis jika ia dicipta selepas melalui proses kegagalan.."
Kepada sesiapa yang sedang menghadapi situasi ini, berikut adalah nasihat aku:
1) Jangan gelabah. jangan khuatir.
2)Teruskan pengajian seperti biasa. sehingga semester 2.
3) Jika keputusan peperiksaan memang tidak memberangsangkan, berbincanglah dengan keluarga untuk mencari resolusinya.
4)Jika menukar rancangan adalah pilihan terbaik, pilihlah rancangan pengajian yang baharu itu lebih memberikan anda kekuatan untuk lebih maju.
5)Banyakkan tawakal kepada Allah.
"gagal pada hari ini tidak menggambarkan kemusnahan anda pada hari esok...tapi yakinlah bahawa kegagalan hari ini akan menjadi tunjang kepada kejayaan kemudian hari..."
Kepada sahabat-sahabat yang masih ragu2, bolehlah hubungi aku 013-6969269. aku sedia membantu. masa depan kita sangat berharga. jangan bazirkan ia.
1 comment:
Post a Comment