PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Tuesday, January 17, 2012

Rayau-rayau

Salam Penang.

     Alhamdulillah, suka aku mulakan entry aku dengan memuji Ilahi. Selepas beberapa hari menamatkan sesi perjuangan di medan peperiksaan, aku mula bosan dengan kehidupan semasa. Aku nak mencari satu kepuasan. Buat teman yang masih didalam minggu peperiksaan, teruskan berusaha ke titisan dakwat yang terakhir, bak kata AMMAR AZIZ.

     OK. Oleh kerana hari ni aku rasa sangat bosan dalam bilik. Bukak movie, tak jalan. makan, da kenyang. Lantas aku mengambil keputusan untuk merayau-rayau sekita Pulau Pinang menaiki JaMaL aku. Tapi fokus utama aku ialah sekitar Balik Pulau yang terletak di daerah Barat Daya Pulau Pinang.

    Perjalanan aku dimulakan dari pintu masuk USM-sungai dua. aku mula menuju ke Bayan Baru kemudian ke Bukit Gedung untuk menyiasat lokasi sementara Gerai Ask Me Burger kerana gerai lama mereka di renovasi. Kepada kawan-kawan penggemar burger 'marveles' sila take note ye, gerai Ask Me Burger kini berada bersebelahan dengan Surau Ubudiah ( berhampiran dengan flat tempat asal gerai lama).

     Aku meneruskan perjalanan. Dari Relau ke Balik Pulau memakan masa hampir setengah jam walaupon jaraknya hanya 10KM sahaja. nak buat macamana kan JaMaL aku tak mampu nak menampung beban mendaki bukit yang curam. Jalanraya yang macam ular memeriahkan lagi perjalananku. hahhahahaha. Di pertengahan jalan, aku berhenti seketika di puncak bukit. Menikmati seketika pemandangan yang sangat indah, dimana kalau anda ke sini anda akan dapat melihat keseluruhan pekan Balik Pulau.

pemandangan yang mengasyikkan.

sempat snap gambar.hehe

keindahan alam. sekitar balik pulau.

*maaf, gambar tak berapa nak cantik sebab diambil menggunakan kamera Samsung Wonder kesayangan.

     Setibanya aku di pekan Balik Pulau, aku terus isi minyak JaMaL aku. kehausan dia. haha. Kemudian, aku tanya kat pakcik stesyen minyak tu, Aku pun la panggil banyak kali. tak dengar ke pakcik. then aku tanya la pakcik tu, Gerai Laksa Janggus  kat mana, sebenarnya, plan utama aku ialah nak mencari Laksa Janggus. tapi hampa menjerkah apabila pakcik tu kata 

     "hari selasa gerai tu tutup dik...tapi takpa la..hang pi la cuba caghik..kot bukak aghini kan..."

     Hampa, dah la gerai tutup, then aku terus pusing-pusing sekitar pekan Balik Pulau. Takda hala tuju. melihat sekitar, agak maju jugak la pekan ni. Sekali imbas seakan-akan pekan cowboy. Tapi Muar lagi maju la. hehehehe...

setelah puas pusing, ni je la kot mercu tanda Balik Pulau. ni adalah roundbout!

     Selepas letih pusing-pusing di pekan ( bajet macam jalan kaki je). Aku memulakan perjalanan pulang. Sekali lagi JaMaL aku merana menampung beban mendaki bukit tinggi. Da macam nak naik ke Cameron kot jalan dia..hehe. 

     Dek kempunan nak makan laksa, aku mengambil keputusan untuk singgah ke Bandar Bukit Jambul, Bandar Selamat (tagline dia). aku singgah untuk makan bakso di satu gerai Indonesia. Dulu bakso dia sangat sedap, tak tahu kenapa harini macam kurang sikit bakso dia. huhu.

cuba lah kalau terliur.huhu

     Balik dari makan bakso, aku terus balik ke USM, tapi sebelum tu aku sempat singgah ke foodcourt Sungai NIbong, beli kuih peneram yang sangat SEDAP! 10sen sebiji. Sangat rangup. Masa beli peneram or biasanya aku panggil kuping keling je, aku jumpa satu makanan feveret aku, WAJIK !!! tapi di sini mereka panggil pulut kacau. hahahaha. 

ok.sekian.



2 comments:

AminCv said...

assalam..hai da abes exam berjalan2 nampaknya ya akmal..

Musliha Akmallamka said...

hahaha..mestila bro..duk bilik je bosan lak ai..haha