PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Thursday, August 18, 2011

OH! Air Katira!

Bila aku cakap pasal air katira kat perantauan ni, semua orang tertanya-tanya. hah? apa tu air katira?

dan seriusly, aku hari-hari pergi bazaar kot, memang tak jumpa la orang jual air katira ni kat Penang.. (=.=')

ok..disebabkan ramai yang tertanya-tanya apa itu air katira, meh aku nak share sikitlah..actually air katira ni macam air pandan bandung la..lepas tu dalam air tu macam ada sampah isi la sikit macam selasih, kembang semangkuk ngn cincau. rasanya memang lazat dia air ni sememangnya spesial sebab kebiasaannya ditemui hanya pada bulan Ramadhan. kalau tak silap aku la, air ni adalah air kegemaran masyarakat India Muslim selatan India. dia ad gunakan rempah ratus..(er..rempah ratus ke??) yang dinamakan kathira..so, dari situ la dapat nama air katira.



nak resepi dia?
nah!!!


Bahan-bahan
susu sejat penuh krim
air “ice-cream soda”
buah semangkuk
getah anggur (katira)
air masak
ais
gula batu
daun pandan
vanilla essence


Cara membuatnya

     Rebus 1 liter air hingga mendidih dan matikan api. Masukkan 5 biji buah semangkuk, 200 gram katira, 200 gram gula batu dan 1 helai daun pandan. Kacau dan biarkan sehingga buah semangkuk kembang. Asingkan biji buah semangkuk. Biarkan sejuk.

Masukkan 2 tin susu sejat ke dalam bekas minuman/jag. Bancuhkan 1 liter air ice-cream soda dengan mengacau secara perlahan-lahan supaya tidak berlaku pemendakan (susu mejadi berketul). Tambahkan sedikit air gula jika ingin lebih manis. Masukkan secubit garam, sesudu vanilla essence dan campuran buah semangkuk tadi.

Masukkan ais dan hidangkan ketika sejuk.

*Nisbah buang semangkuk, susu sejat dan air ice-cream soda boleh diubah secukup rasa.
*Sentiasa tuang air ice-cream soda ke dalam susu dan bukan sebaliknya.

Info Buah Katira

Air katira sangat terkenal di negeri Johor dan hanya boleh ditemui semasa bulan Ramadhan sahaja. Namun sejarah tentang asal usul minuman ini tidak dapat disahkan dengan tepat kerana ad sumber yang mengatakan ia bermula dari Singapura dan ada juga yang mengatakan minuman ini merupakan minuman kegemaran orang Islam di India Selatan. Buah katira adalah bahan yang istimewa dalam minuman ini. Terdapat dua versi buah katira: satu versi yang dikenali sebagai gam karaya boleh didapati di kedai ubat India, manakala satu versi lagi yang dikenali sebagai getah anggur boleh didapati dari kedai ubat Cina.

Walau apa pun tanggapan orang tentang air katira, ia sememangnya sangat berkhasiat kerana minuman ini mengandungi herba-herba lain seperti buah semangkuk, gajus, kismis, kurma, biji selasih, badam dan halwa kabung. Jika kita amati bahan lain yang terdapat dalam minuman ini, bukankah ia amat berkhasiat? Kandungan herba yang pelbagai dalam minuman ini sudah diketahui umum dan ia semestinya satu minuman yang menyihatkan dan membekalkan tenaga.

SELAMAT MENCUBA!
info: azah.my

2 comments:

yasmine danny said...

hurmm... sem lps puase kat pantai timur pown x jumpe air katira nie..
huhuhu...
SEDAPNYE AIR KATIRA!!!!!!

Musliha Akmallamka said...

kira ok la tahun ni kau puasa kat muar..ak tahun ni pon puasa kat penang!!! nak air katira!!!