PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Thursday, August 18, 2011

Ramadhan: Tanggungjawab kita.

Assalamulaikum.
Rasanya belum terlewat untuk aku mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun Hijri 1432. Walaupon sudah memasuki hari yang ke-18, tapi perjuangan kita masih jauh dalam menunaikan kewajipan kita terhadap pencipta kita.


Ibadah puasa bukan hanya tertumpu pada pengamalan kita dengan menahan lapar dan dahaga, tetapi ia juga menekankan prinsip disiplin dalam ISLAM. sebagai contoh pantang larang yang perlu dijaga semasa kita berpuasa. Ramadhan tahun ni menyaksikan Umat Islam di Malaysia diuji dengan ujian getir dari Allah. antaranya ialah agenda laknatullah kafir yang mengorak langkah menyebar ideologi mereka bagi mengkafirkan Ummat Islam dimalaysia. baca sini

Sebagai Ummat akhir zaman, kita seharusnya memperkukuhkan Iman kita terhadap Allah. berdoalah agar kita sentiasa dipayungi dengan rahmat Allah dan iman kita sentiasa dipelihara-Nya. Nauzubillah kalau ada sampai satu hari nanti ada saudara kita yang mula terpesong akidah dek kerapuhan iman saudara kita termasuklah kita sendiri. Rancangan jahat kaafiruun tersebut sangat licik sehinggakan kadangkala kita tak sedar bahawa kita sudah terperangkap.

Apabila kita menyebut mengenai Ramadhan, perkara yang sememangnya tidak lari dari norma masyarakat kita ialah bazaar Ramadhan. Nafsu dalam badan yang kita ada bukanlah untuk dimanjakan, sebaliknya untuk dikawal dan ditakluk oleh kita, oleh itu, seharusnya kita bersederhana dalam memilih menu berbuka puasa. ingatlah saudara kita di lain tempat yang masih kebuluran tiada makanan. hormati bebanan yang terpaksa mereka tanggung sekurangnya jika kita tak mampu untuk menolong mereka.

Akhir kalam, ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak :)

No comments: