Salam Konvokesyen.
*sat, nak ambil feel balik selepas 2 minggu meninggalkan tugas selaku sekretariat ekspo konvokesyen USM.
|
hehe. jangan jeles aku dapat beramas beramah mesra dengan hafiz nano-nano.
|
alhamdulillah, selepas hampir 3bulan bertungkus lumus dalam menguruskan ekspo konvokesyen USM kali ke-44, akhirnya tugasan aku sampai jua ke garisan penamat. nak kata happy tidak, tapi sayu tu ada lah kot. bukan apa, sebak nak tinggalkan tugas. rasa macam baru semalam je aku check in dalam pejabat convex yang baru tu, tapi rupa-rupanya da selesai da tugasan aku.
kalau nak imbau lagi la kan pengalaman aku tiga bulan dalam handle ekspo ni, kita mula dari awal la yer..hehe. dalam pertengahan bulan 6 kami mula bertugas, tapi baru start keje 3 hari kami TERPAKSA mengikuti KEM PIMPIN SISWA LANJUTAN. pada mulanya aku agak malas la nak join. aku dan kawan aku merangkap S/U aku, dah merancang siap2 nak skip kem tu, siap da prepare macam2 alasan. HAHA. tapi, tak tahu kenapa tiba2 aku terbuka hati nak join kem tu. kem tu berlangsung di OBML, korang tahu OBML tu apa? haaa..tu la rugi tak join.. OBML tu outward bound malaysia lumut. macam consultant training la. tak rugi rupanya aku join, dengar2 USM peruntukan hampir RM1500 seorang untuk perbelanjaan kem tersebut, sayang betul USM kat aku an? hehe. tapi dalam banyak2 pengalaman dalam kem tu, yang paling menarik ialah, aku dapat BERKAYAK MENGELILINGI PULAU PANGKOR. ha!!! kau mampu??? tak kan? dengan aku ni tak pernah berkayak, tetiba nak berkayak mengelilingi pulau pangkor kot. makan masa 2hari satu malam gak la. kebas kakiku dalam kayak tu. hehe. tapi paling lucu kami hanyut dibawa arus gelora air pasang yang sangat kuat di kawasan yang agak menyeramkan lagi puaka kot. kat kawsan di mana sebuah kapal tentera laut malaysia terbakar dan karam. apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih la kat partner kayak aku, iaitu UMIRAH TOKIMAN!!! setia menemani aku atas kayak dan terus bagi kata-kata semangat kat aku tatkala kami hanyut. masa tu Tuhan je tahu apa dalam hati. hahaha.
|
ketinggian bukan halangan. :) |
|
sekali lagi. kalau kita positif, kita boleh lakukan :) |
|
checkpoint pertama. rehat makan tengahri. |
|
kayuh!!! laju22!!! ada bot besar..terlenyek satgi..hee :) |
|
muka penat+puas+letih. haha |
habis modul kat pulau pangkor, modul kedua pulak kat langkawi. yang ni biasa2 je. senang cerita melancong free la..tapi still ada pengisian la..hehe. habis je modul di langkawi.
ok. sambung cerita convex kita. huhu. sebenarnya tak banyak aku boleh cerita pasal convex. hehe. tapi aku boleh la nak kongsi pengalaman aku. bukan tak mau cerita, tapi dah termaktub dalam etika kami. KERAHSIAAN. hehe :)
kadang-kadang aku tergelak, tersenyum sendiri, bila terkenang balik kerja convex. cuba la kalian bayangkan, layout tapak, segala bagai pasal tapak, aku dan kawan-kawan aku yang uruskan. jual borang, pemilihan penggerai, semua la. kadang2 tergelak bukan apa, macam tak percaya bila event mega, aku ulang MEGA kot. aktiviti rasmi USM setiap tahun, berjaya kami laksanakan. macam nak jerit je kat mak aku, mak !!! bang mal la yang uruskan pesta konvo tu!!! hahaha...
sepanjang tempoh ekspo tu jugak, mcam2 pengalaman aku pelajari. erti persahabatan, siapa yang harus aku percaya, siapa yang perlu............erm..LIKE2 je la kan... dan yang paling penting, aku eksiden time fasa 2 konvokesyen. ramai yang tak tahu pasal ni. sebab aku nak rahsiakan. tapi hari ni aku cerita la kan macamana aku boleh terkemalangan. nak cerita bagaimana aku masa kemalangan tu aku tak ingat sangat la..tapi kemalangan tu berlaku masa seminggu sebelum balik hari raya. malam tu aku menghantar kawan aku, haziq asyraf ke terminal bas sungai nibong. lepas balik hantar dia, baru aku perasan la yang air mineral dia kat bakul motor aku tertinggal. siap telefon aku suruh aku patah balik kan. haha.. tak pa la. demi kawan punya pasal ..aku sanggup patah balik. lagipon bukan jauh sangat . then aku cuba nak u-turn kat satu sempang..tapi malang tidak berbau, masa tu la aku dilanggar oleh sebuah motorsikal. OK STOP. aku taknak bicara siapa betul siapa salah, malas. dengan kerek nye aku bangun teruskan perjalanan ke terminal sungai nibong masa tu tayar aku da kempis sikit da. tak pa la, aku teruskan jugak perjalanan. dengan muka selamba, aku bagi air mineral tu kat haziq, haha.. dengan tangan luka sikit2, tayar depan da tak center. apa- pon boleh la kan. hehe. balik bilik aku da menggigil. seram sejuk kot. aku terus call mak aku. plan asal taknak gtaw..tapi tak sedap hati..call jugak. sedih gakla telepon mak malam2, cakap aku eksiden. isk33..tabah jela hatiu ku masa tu. lepas call mak, aku turun bawah p ushar2 apa yang teruk..habis beb! rim depan patah, sidemirror kiri patah, adoyai..masa tu da nak menangis da aku ni. hurmmm..tak masal2 kopak RM 100 duit aku. tuh belum lagi nak tukar sportrim aku. haish~dugaan~sabor je lah kan.
masa aku eksiden ni pon aku da pengalaman berharga la. masa ni aku kenal siapa kawan2 aku yang sebenar. siapa yang betul2 ambil berat terhadap aku. biarlah selama ni aku menaruh harapan kat kawan2 aku. tapi bila aku ditimpa kesusahan macam ni, sedikit pon tak ambil berat pasal aku. penat aku je cerita kat dia. lepas ni. malas da aku nak cerita masalah aku kat kawan2 aku. hurmm.. tetiba mood sedih pulak kan :)
kembali pada cerita convex. alhamdulillah, segalanya berjalan lancar tahun ni. siap dapat jumpa artis lagi. susah kot artis nak masuk USM ni. hehe.. dapat kenal kawan2 baru. dapat banyak souviner (betul ke aku eja ni) dari convex dan penggerai.. haha..aku dapat teddy besar kot kali ni. haha...
buat penyelaras2 yang bertugas bawah jabatan Koridor Niaga, terima kasih berjuta aku ucapkan sebab sudi melancarkan lagi pergerakan ekspo. maaf kalau ad terlanjur bicara. semoga dapat jumpa lagi tahun depan :)
*dah3..sebak da ni menaip :)
No comments:
Post a Comment