PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Thursday, June 21, 2012

Exam lagi....

Hye all.

tiada apa nak update sangat. cuma gua rasa bosan arini. bosan menunggu detik ketibaan peperiksaan. sangat perit apabila hendak menunggu waktu peperiksaan. OK. ini adalah kali ke-4 gua menempuh alam peperiksaan di USM. nak dikatakan kat sini, gua dah expert lah dengan peperiksaan semua ni di USM. senang cerita, apa hari yg paling best, tak best exam semua gua taw. gua HATE exam hari jumaat petang. start pukul 3, pukul 6 baru habis, bosan LOL. nasib baik sem ni tiada exam hari jumaat. just LSP401 je. ok la. apa-apa pon, sem ni gua sesak sebab semua kawan2 gua dah balik. exam diorg habis awal. annoying giler bila kawan2 rapat semua dah blah meninggalkan USM. tinggal gua je.

bayangkan, satu paper gap sampai 5 hari. orang lain semua dah habis exam semalam, gua baru nak mula jawab exam paper major gua semalam. semalam gua exam Ekonomi Malaysia. sakit kepala jugak la nak memahami semua trend ekonomi malaysia dari segenap sektor. soalan yang keluar pon. erm... paham2 je la. gua harap, yang terbaik akan gua perolehi nanti. insyaallah.

BTW, gua nak cerita semalam selepas habis je exam, gua dan kawan2 gua terus je menuju ke Bukit Gedung *foodcourt flat apa ntah* untuk mencari makanan. maklumlah masing2 kebuluran. gua dan kawan2 gua plan nak makan nasi lemak *tak ingat nama* station kat foodcourt situ. kami semalam melantak makan nasi lemak. bagi gua memang terbaik la nasi lemak tu. menepati citarasa gua. nasi dia memang sedap, lerai la. tak la berkepal sangat macam nasi lemak bungkus jual tepi jalan uh. lpas uh sambal dia sedap. semalam gua try sambal sotong dengan sambal kerang. tambah ayam goreng. semua skali kos dia cuma RM6 sahaja. ok la. nasi banyak siap ayam. lebih sedap dari nasi lemak khaleel. HAHA.  keenakan ditambah dengan segelas air epal susu Dinosour. ! hehe =)

nasi lemak yang gua makan. alhamdulillah kenyang =)

ni sazlee. dia siap tapau ask me burger !

budak yg nafsu makannya semakin membuak-buak. semoga cepat besar. HAHA

ini gopeng. diseblahnya budak yg tersisih semalam. haziq. dia pon siap tapau ask me burger.

Saturday, June 9, 2012

Hantu Mee Siput

OK lama giler gua tak bukak blog gua. Kali ni gua nak celoteh. nak Omongan sikit pasal mee siput. mee siput ni makanan kudap-kudapan atau dalam bahasa jawa yang gua selalu guna ialah, MIL-MILAN. maksudnya makanan ringan la. haha. gua pasti, ramai yang tak tahu pasal mee siput ni. yelah masa gua belajar kt USM ni. asal gua bawak mee siput mesti ramai yang tertanya-tanya. yang tahu cuma orang2 Johor je. tuh pon tak semua orang Johor selalu jumpa, ye tak?

mee siput ni memang feymes la kt area Muar. sebab kat sini memang banyak kilag2 mee siput. kalau tak silap gua, mee siput ni diperbuat daripada mee kuning yang kita selalu makan tu, kemudia di proses mcmana ntah, gua pon tak tahu..last2 dikeringkan dan jadik lah mee siput. Kawan mak gua cerita, dia ni pengusaha mee siput berjaya la, mee siput ni perlukan cuaca yan panas betul2 terik. barulah mee trsebut akan kering dengan cantik.

biasanya orang akan makan me siput ni dengan dicicah bersama sambal tumis atau pon samba kicap. sambal kicap adalah sambal yang lazimnya ditemui hanya di negeri johor. sambal kicap ni mcm sos tradisional orang johor lah. makan pisang goreng cecah sambal kicap etc...

dulu masa gua sekolah, time rehat, makanan wajib yang gua selalu makan ialah mee siput lah.dengan harga serendah RM0.20 sekeping ! time skola dulu, makan sekeping pun dah cukup kenyang dah. kalau skrg ni.. ermm..makan 10 keping pon mampu hahaha. dulu masa skola, kreatif sungguh gua makan mee siput ni. macam2 cara,, makan dengan sambal mcm biasa takpon makan dalam palstik, curah smbal kicap cair, ikat plastik tuh@pulas, kemudian bgi mee siput tu terendam dalam smbal smpi lembik.makan mee tu dr bucu plastik. *ouh, memang nostalgia. haha. lpas makan mee siput pasti gua akan main tiang dengan kawan2. AWAS! bukan menari tiang. tp main tiang. orang2 johor mesti taw lah permainan ni, hehe.

mee siput yang agak femes kat tempat gua

mee siput yang sedang dikeringkan

mee siput dan sambal tumis
sumber gambar: Google.

Thursday, April 26, 2012

Cita-cita Saya

Salam all.
erm. tajuk kali ni aku rasa agak kelakar, tp bg aku kali ni agak serius la. semua orang pernah sekolah rendah, dan aku rasa semua orang pernah buat karangan pasal, cita-cita saya. tapi yang kelakarnya. aku rasa aku tak pernah ada cita-cita yang fix. ntah laaa...

dulu kecik2 aku nak jadi lecturer. tak taw la kenapa. tp yang pasti, aku ni jenis yang suka bergaul dengan ramai orang dan aku suka mengajar orang. dan yang pasti subjek yang aku nak ajar ialah matematik.

tapi sebenarnya sampai harini aku tak tahu aku nak jadi ap sebenarnya. masih dalam lamunan lagi kot ak ni. ntah la, aku rasa ni mungkin salah satu sebab aku tak ley nak skor masa kat school math dulu. sebab aku tak tahu tujuan sebenar aku belajar sebenarnya.

malam ni aku pakai baju Kelab Ekonomi yang baru dapat tadi. walaupon baju tu ada kesilapan sikit, aku still pakai la. Major aku kot.. hehehe..bila aku pakai baju tu, baru aku perasan, aku ni bakal nak jadi apa dengan belajar ekonomi ha?

YET aku masih terfikir, aku nak jadi apa... kawan aku cakap, ala kau kan bakal perancang ekonomi negra kita satu hari nanti.. *INSYAALLAH AMIN* mungkin aku akan mewarisi bakat yang pakcik aku ada kot. huhu

HOPE lepas aku tukar kos tuh, ini adalah pilihan yang tepat utk aku bawa destiny aku. insyaallah amin :D


Thursday, April 12, 2012

GEGAR lagi~

Assalamualaikum.

kpd peminat2 aku, sorry sebab dah sebulan tak update blog aku. hehe. maklumla bizi sangat kan..huhu. bizi sesangat skrg ni you'olzz sejak dua menjak menjawat jawatan sebagai Pengerusi Sekretariat Pencegahan Rasuah USM (SPR USM) . korang tau tak apa tuh SPRUSM? tak tau klik sini. jangan lupa follow tau page tuh. hehe..

ok. aku sebenarnye nak kongsi cerita sikit la pasal gempa bumi yang melanda barat Acheh berkekuatan 8.9 skala Richter. Gegaran dia sampai malaysia kot. masa gempa bumi, kira-kira jam 4.20 petang, aku baru balik dari pekan parit buntar. lepak depan laptop sebelum balik ke usm, sbab masa tu aku lepak rumah azrul. mulanya aku igt adik azrul main goyang2 meja, rupanya GEMPA ! agak lama la aku rasa bumi ni bergoyang. rasanya ni bukan 1st time aku aku rasa gempa..dah 4 kali kot. tp kali ni aku betul2 rasa gegaran tuh. rasa mcm naik kapal kat laut.bergoyang-goyang je...

sebelum ni aku rasa banyak kali gempa, antaranya masa tsunami acheh 2004. dan yang terbaru masa malam sebelum budak 1st year usm masuk dftr. masa tu aku bertindak sebagai FASI, so, memg tak tdow malam la, nak prepare sebelum adik2 freshie ni dftar an~dalam pukul 3 cam tu, kami di arah mengosongkan bangunan sebab ad gegaran. dan yang paling best, HEP bagi warning, jangan dedahkan pada umum pasal benda tu. dan langsung tak tersebar. budak2 masuk usm dengan semangat berkobar2..diorg tak tahu apa yang terjadi sehari sebelum itu... hahahhaa...

dan benda yang aku sangat kagum ialah, kesedaran sivik orang kita. mungkin kita tak didedahkan pasal gempa, melalui pemerhatian aku, org malaysia ni macam kurang pendidikan pasal gempa. mungkin kena masukkan topik baru dalam pelajaran iaitu, pendidikan gempa. orang kita lebih pantas update status pasal gempa dr lari selamatkan diri. hahahha.. instinct aku je kot :D

apapon, sama-samalah kita doakan kesejahteraan saudara kita diseberang sana. semoga dibawah lindungan rahmat Allah. amin.

Thursday, March 8, 2012

Keputusan yang sukar.

Hye.

Hujan terus membasahi bumi USM. tak kira waktu ia akan turun. Bagi aku ia adalah rahmat. bukan sahaja menyejukkan bumi pulau pinang yang panas bahkan menjadi asbab untuk ponteng kelas. haha. tidur pon seronok.

hari ini seperti biasa. bermula awal sebab kelas aku jam 8 hingga jam 10 pagi. lepas tu habis. and then nothing to do later.. grr~

tadi masa aku dalam perjalanan balik ke desasiswa, staf JPA call aku. dia nak maklumkan bahawa yang rayuan aku untuk menyambung tajaan JPA untuk aku ditolak. dan aku perlu menjelaskan gantirugi dengan nilai apa yang sudah aku terima sebelum ini. thank GOD sebab aku tak perlu bayar ganti rugi penuh iaitu berjumlah RM110,000! dan alhamdulillah orang JPA tu cakap mungkin akan ada diskaun sikit la.

But my feeling still dalam keadan sedih. Sebab sem ni aku memang takda penaja. nak hidup macamana kan? nak makan. semalam pon makan member aku yang tanggung. aku nak makan, JaMaL ak pon nak makan. but then how I can get that lots of money. yuran pon belom bayar kot. takkan la aku nak menagih kat mak aku lagi. umur sudah 21 tahun. masa sudah sampai untuk berdikari. it's ok la.. aku cuba keluar daripada masalah. sekarang tengah berusaha memohon PTPTN, walaupon aku tak pernah mohon, still nak berlagak macam pernah mohon. haha.. dan aku cuba untuk dapatkan pinjaman jangka panjang daripada USM.

Buat masa ni mungkin sakit sikitla.. kena ikat perot.. dan tragedi sem satu dulu akan berulang lagi la..kena catu makan aku. huhu. takpa. ini untuk masa depan aku jugak an! be positif akmal!

Tuesday, February 28, 2012

Langkawi lagi!!!

Hye u'ollsszz..

okeh. minggu lalu (23-26 feb) aku telah ke LANGKAWI Is. lagi !!! ni merupakan kali kedua aku ke langkawi. dulu 1st time mengikuti Kem Pimpin Siswa Lanjutan USM,  then yang ini aku follow Kem Pengurusan Organisasi anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. SPRM?? haa,,,mesti ramai yang terkejut an. opkos la aku ni kan Pengerusi Sekretariat Pencegah Rasuah USM. hehehe. alhamdulillah la kan. dapat melancong secara free.

sebenarnya kem ni sangat aku tunggu-tunggu sebab melalui aktiviti seperti ini aku dapat jumpa rakan2 SPR IPT lain selain dapat jumpa dengan rakan-rakan sejawat aku dari IPT lain. ada la sorang dua yang aku rapat seperti Kuntum dan Alip, diorg ni SPR UPSI, Hatim dan Azam SRP UTM.

ok. kita tinggalkan cerita rasuah tu. opkos la kan da sampai langkawi kena la shopping walau hakikatnya aku bukan ada duit pon. tapi kerek aje la mcm orang kaya shopping beli chokelat sampai RM150!!! hehehe. ala semua cokelat tu kawan aku kirim la... tapi banyak2 cokelat yang aku beli..aku suka Nutella yang aku beli untuk aku tu. botol yang selalunya harga kat tesco RM16.90, ni aku beli kat langkawi cuma RM10.90!!! hehe.

selain shopping aku dengan geng SPR USM sempat jugak la amek-amek gambar buat kenangan an:-

geng SPR USM. aku takda dalam gambar sebab sedang amek gambar. haha

ni zul dan nas(a.k.a endau) sori ade jari aku. haha

opkos ni Pengerusi SPRUSM yang disayangi

burger kat langkawi. enak banget!!!

IPTA lain semua kongsi satu meja 2 IPT..kami je otai conqure usm ja. haha

bunga SPR USM

dalam perjalanan ke cenang beach

harta rampasan dari Haji Ismail Group

ni la orang yang perkenalkan cogan kata SPRIPT- Ganyang Rasuah!!!

thats all. wif love (:

Monday, February 27, 2012

Semester Baru

Assalam.

Alhamdulillah, rasanya belum lagi terlambat aku nak ucapkan selamat menempuh semester baru kepada pelajar USM. baru seminggu. Result sem lepas pon sungguh memberangsangkan, walaupon tak mencapai sasaran. Apa-apa pon ak tetap akan berusaha lebih mantap sem ni untuk mencapai sasaran tersebut. :)

Sem ni aku mulakan dengan semangat baru. dengan tanpa sebarang penaja disebabkan JPA aku telah dipotong :( harap aku dapat bertahan sampai ke hujung sem. maknanya sem ni aku kena kurangkan berhibur...huhu..sedihnya...

Sem ni aku agak tak pack sangat dengan jadual. kelas tak banyak. maklumla cuma 18unit termasuk 2 unit KO-K. ak tak tahu dah nak amek paper ape lagi nak banyakkan unit. terasa sangat bosan bila kelas sikit sangat ni an~ hehee

ni la jadual sem 2 aku.

akhir kata buat kawan2 sekalian. teruskan perjuangan semoga kita mencapai kejayaan segemilang yang mungkin. :)

Wednesday, January 18, 2012

Ini cerita Twitter sahaja.

Salam Perjuangan.

     Facebook makin giat mempromosikan kehebatannya dalam menjadi wadah saluran informasi terkemuka dan terpenting dunia. Sedar atau pon tidak Facebook seolah0olah menjadi satu check-list utama dalam rutin harian kita. Bahkan Facebook memainkan peranan penting selaku media baru dunia ini. Hebatnya Facebook boleh menundukkan kekuasaan Hosni Mubarak di Mesir, Mendayuskan pemerintahan Muammar Gaddafi di Libya.

     Namun sejak dua menjak ini, aku semakin leka dengan laman sosial yg sudah lama di alam maya, dan sudah lama aku daftar masuk cuma baru-baru ini sahaja aku giat aktif. TWITTER. bersimbol seekor burung cukup mudah melambangkan sebagai satu medium baru dalam penyampaian maklumat. Simboliknya mudah, mengilhamkan bagaimanaseekor burung merpati pada zaman dahulu yang ditugaskan sebagai penyampai maklumat kepada satu pihak yang lain.

     Sejak dua menjak ni aku lebih selesa menggunakan twitter sebab tak ramai yang follow aku. So, takda malu sangat kalau nak meluahkan sesuatu. Ye la, kalau ada masalah, luahkan je di twitter, aku ni kan forever alone. huhu. kalau luahkan kat FB, ramai pulak yang baca, lepastu like, yang lebih dajjal share siap menganjing. SUKA?

     Tapi yang tak bestnya aku lihat kawan-kawan twitter aku gunakan twitter sebagai wadah untuk anjing-menganjing antara satu sama lain. Rasa macam tak seronok pulak kalau saling kata mengatakan. haha. Tapi yang peliknya kalau jumpa di luar, mak aii, baik macam isi dengan kuku. tak paham. haha.

     Kepada kawan-kawan yang ada twitter, mohon follow la aku ye. KLIK SINI ke TWITTER AKU.

Tuesday, January 17, 2012

Rayau-rayau

Salam Penang.

     Alhamdulillah, suka aku mulakan entry aku dengan memuji Ilahi. Selepas beberapa hari menamatkan sesi perjuangan di medan peperiksaan, aku mula bosan dengan kehidupan semasa. Aku nak mencari satu kepuasan. Buat teman yang masih didalam minggu peperiksaan, teruskan berusaha ke titisan dakwat yang terakhir, bak kata AMMAR AZIZ.

     OK. Oleh kerana hari ni aku rasa sangat bosan dalam bilik. Bukak movie, tak jalan. makan, da kenyang. Lantas aku mengambil keputusan untuk merayau-rayau sekita Pulau Pinang menaiki JaMaL aku. Tapi fokus utama aku ialah sekitar Balik Pulau yang terletak di daerah Barat Daya Pulau Pinang.

    Perjalanan aku dimulakan dari pintu masuk USM-sungai dua. aku mula menuju ke Bayan Baru kemudian ke Bukit Gedung untuk menyiasat lokasi sementara Gerai Ask Me Burger kerana gerai lama mereka di renovasi. Kepada kawan-kawan penggemar burger 'marveles' sila take note ye, gerai Ask Me Burger kini berada bersebelahan dengan Surau Ubudiah ( berhampiran dengan flat tempat asal gerai lama).

     Aku meneruskan perjalanan. Dari Relau ke Balik Pulau memakan masa hampir setengah jam walaupon jaraknya hanya 10KM sahaja. nak buat macamana kan JaMaL aku tak mampu nak menampung beban mendaki bukit yang curam. Jalanraya yang macam ular memeriahkan lagi perjalananku. hahhahahaha. Di pertengahan jalan, aku berhenti seketika di puncak bukit. Menikmati seketika pemandangan yang sangat indah, dimana kalau anda ke sini anda akan dapat melihat keseluruhan pekan Balik Pulau.

pemandangan yang mengasyikkan.

sempat snap gambar.hehe

keindahan alam. sekitar balik pulau.

*maaf, gambar tak berapa nak cantik sebab diambil menggunakan kamera Samsung Wonder kesayangan.

     Setibanya aku di pekan Balik Pulau, aku terus isi minyak JaMaL aku. kehausan dia. haha. Kemudian, aku tanya kat pakcik stesyen minyak tu, Aku pun la panggil banyak kali. tak dengar ke pakcik. then aku tanya la pakcik tu, Gerai Laksa Janggus  kat mana, sebenarnya, plan utama aku ialah nak mencari Laksa Janggus. tapi hampa menjerkah apabila pakcik tu kata 

     "hari selasa gerai tu tutup dik...tapi takpa la..hang pi la cuba caghik..kot bukak aghini kan..."

     Hampa, dah la gerai tutup, then aku terus pusing-pusing sekitar pekan Balik Pulau. Takda hala tuju. melihat sekitar, agak maju jugak la pekan ni. Sekali imbas seakan-akan pekan cowboy. Tapi Muar lagi maju la. hehehehe...

setelah puas pusing, ni je la kot mercu tanda Balik Pulau. ni adalah roundbout!

     Selepas letih pusing-pusing di pekan ( bajet macam jalan kaki je). Aku memulakan perjalanan pulang. Sekali lagi JaMaL aku merana menampung beban mendaki bukit tinggi. Da macam nak naik ke Cameron kot jalan dia..hehe. 

     Dek kempunan nak makan laksa, aku mengambil keputusan untuk singgah ke Bandar Bukit Jambul, Bandar Selamat (tagline dia). aku singgah untuk makan bakso di satu gerai Indonesia. Dulu bakso dia sangat sedap, tak tahu kenapa harini macam kurang sikit bakso dia. huhu.

cuba lah kalau terliur.huhu

     Balik dari makan bakso, aku terus balik ke USM, tapi sebelum tu aku sempat singgah ke foodcourt Sungai NIbong, beli kuih peneram yang sangat SEDAP! 10sen sebiji. Sangat rangup. Masa beli peneram or biasanya aku panggil kuping keling je, aku jumpa satu makanan feveret aku, WAJIK !!! tapi di sini mereka panggil pulut kacau. hahahaha. 

ok.sekian.



P1 or P2?

Salam Apex.

*maaf entry ini akan berbaur unsur-unsur semangat mencintai USm yang melampau.

     Alhamdulillah. sekali lagi aku panjatkan kesyukuran kepada Ilahi. tamat sudah peperiksaan semester bagi sem ni. Alhamdulillah, kali ini aku menjawab peperiksaan dengan hati yang senang, mengakhirinya pun dengan perasaan kelegaan yang memuaskan. Sebelum ini, aku mesti akan menangis meratapi peperiksaan yang ... aku sendiri rasa yang itu bukan peperiksaan, namun hanya satu proses dimana prosedurnya akan menyebabkan aku menangis suatu hari nanti.

     Baiklah, hari ini aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku yang pernah berstatus Percubaan 1 (probation1) dan Percubaan 2 (probation2). Aku bukan nak dedahkan pekung di dada sendiri, tapi entry ini hanya untuk tatapan bagi mereka yang menghadapi situasi seperti aku.

     Pernahkah anda masuk ke kuliah, kemudian keluar kuliah dalam keadaan di mana satu benda pun anda gagal perolehi daripada kuliah tersebut? Ya ! aku pernah alaminya. setiap hari aku merenung masa depan. menantikan apa yang akan aku peroleh dengan hasil tuaian ilmu sebergini sedikitnya?

     Pernahkah anda melangkah ke dewan peperiksaan dengan tanpa ilmu di dada? bagaimana perasaan anda tatkala itu? nak diraung, kertas peperiksaan didepan mata. aku masih ingat, semester lepas, apabila aku tak dapat jawab soalan, apa yang termampu aku buat, salin semula soalan ke buku jawapan. bukan apa, aku malu bila pensyarah aku ronda dewan dan jeling kertas jawapan aku kosong. MALU! MALU! MALU! itu sahaja dapat terpacul dari mulut aku..

     Pernahkah anda berada di situasi di mana, anda sudah tahu keputusan peperiksaan anda? masakan tidak tahu jika kertas soalan yang di jawab hanya beberapa kerat sahaja berjawaban. Sedangkan jari terkial-kial mensasarkan gred subjek dengan harapan boleh lulus sedangkan coursework tak lebih dari gred D?

     Semua ini pernah aku lalui 2 semester yang lalu. tak dapat aku ungkapkan perkara itu . sebak, ntah. bagaimana aku harus menempuh dunia yang semakin kelam tatkala aku di isytiharkan senagai pelajar P2. sekali lahi, MALU! MALU! MALU! mana aku nak letak maruah aku? mana aku nak letak maruah ibu bapa aku? anak yang ditatapkan akan membela keluarga suatu hari nantoi membawa onar. tercabar kredibiliti kebijaksaanku tatkala itu.

     Setelah semua ini ku lalui dan aku menunggu proses sebelum dibuang USM, maka aku dengan berat hati mengambil keputusan untuk bertukar rancangan kepada rancangan sekarang. berkat kesabaran, usaha aku untuk memperjuangkan nasib aku, mencerahkan kembali masa depan aku. ALLAH tunjukkan jalan keluar bagi aku. alhamdulillah, sekarang aku sudah selamat dengan pelajaran yang baru. dan Alhamdulillah aku cukup suka dengan pelajaran yang baru ini.

     Pelbagai cemuhan aku terima semasa menukar kursus, herdikan, makian, cacian. bagi aku, itu semua adalah pendorong untuk aku berjaya. Tak salah untuk gagal dahulu sebelum menempa kejayaan bukan?

"kejayaan akan lebih manis jika ia dicipta selepas melalui proses kegagalan.."


     Kepada sesiapa yang sedang menghadapi situasi ini, berikut adalah nasihat aku:

1) Jangan gelabah. jangan khuatir.
2)Teruskan pengajian seperti biasa. sehingga semester 2.
3) Jika keputusan peperiksaan memang tidak memberangsangkan, berbincanglah dengan keluarga untuk mencari resolusinya.
4)Jika menukar rancangan adalah pilihan terbaik, pilihlah rancangan pengajian yang baharu itu lebih memberikan anda kekuatan untuk lebih maju.
5)Banyakkan tawakal kepada Allah.

"gagal pada hari ini tidak menggambarkan kemusnahan anda pada hari esok...tapi yakinlah bahawa kegagalan hari ini akan menjadi tunjang kepada kejayaan kemudian hari..."


     Kepada sahabat-sahabat yang masih ragu2, bolehlah hubungi aku 013-6969269. aku sedia membantu. masa depan kita sangat berharga. jangan bazirkan ia.

Thursday, January 5, 2012

kuah mencari nasi.

Salam Sore.

petang ni aku nak berceloteh sikit la, pasal satu topik yang aku duk bincang dengan kawan aku di twitter tadi. isu-nya ialah, perigi mencari timba. atau bahasa kasarnya, perempuan memikat lelaki untuk pasangan hidupnya.

Kita acapkali mendengar perumpamaan ini dimana, seringkali kita ditakut2kan dengan, jangan sampai si perempuan yang mencari lelaki. ada yang kata, perempuan murahan la sebab dia terhegeh-hegeh mencari lelaki, adapula yang kata, perempuan ini tak laku sebab dia yang mencari pasangannya.

Tetapi sedarkah kita bahawa, sesungguhnya, isu ini hanyalah satu mainan adat yang menakutkan perkara ini untuk terjadi. sebenarnya, tiada masalah pon untuk seorang wanita yang memulakan misi untuk mecari pasangan. sebagai contoh, jika Minah A ni minat kat Boy B. tp kalau setakat minat, sampai bila la nak minat.kan? last2 Boy B ni dah jumpa pasangan lain..dah melepas. So, kena la Minah A ni mulakan misinya untuk memikat Boy B kan..

Seterusnya, kalau wanita tu nak tunggu lelaki yang minang dia, payah la kan. kalau wanita tu HOTSETAAAFFF tak mengapa, tapi kalau wanita tu spesis, FOREVER ALONE macamana? andartu la gamaknya kan. haha. so, kena la si wanita ni mulakan langkah proaktif untuk mencari pasangan hidupnya.

Then, tak salah jugak kan kalau wanita yang mencari pasangan hidupnya, sedangkan wanita pertama yang peluk Islam pon dia mencari pasangan hidupnya sendiri. Saidatina Khadijah, mencari pasangannya, merisik pasangannya, Nabi Muhammad. so, tak de masalah kan nak suruh wanita yang cari pasangan mereka sendiri?

Konklusinya, kita seharunya tidaklah terlalu gusar atau takut dengan prasangka adat yang bukan2 pasal perigi cari timba ini, apa yang penting kita menemui kebahagiaan yang kita cari ! peace yoe!!