PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Thursday, June 30, 2011

Thursday, June 23, 2011

4th Day Gerak Kerja Convex Fasa 1.

Hari ni dah hari ke-4. keadaan masih terkawal. Hari ni ad appointment ngan HEP. ada perkara yang perlu dirunding. So far hari ni macam tak keja sangat la kalau masih sempat 'outing' pergi BJ kan..hehehe..takdela..keluar tu pon sebab Convex gak. Nak cari keperluan nak pergi kem Pimpin Siswa Lanjutan esok di Lumut perak 5 hari.huu~~ lame tu~~~

Tadi pergi BJ sebab nak carik Sport Shoes, kasut kulit ngan baju kemeja. Kan nak g kem, semua tuh boleh plak aku takde kan?hehe...memang nak beli pon, tapi untuk PPSL, alang2 da nak pakai, terus je beli untuk PPSL sekali.Tapi beratus gak la aku habis hari ni..pokai wo~~huhu...kene keje part time la gamaknye aku lepas nak demi kelestarian aku sampai bukak sem baru..hohoohohoho....

Esok da pergi kem, walaupon pada awalnya agak keberatan jugak nak join. MALAS. Tapi tiba2 macam nak join walau hati rasa tak sedap je kan..maklumlah aku bukan minat sangat mauk2 hutan ni. Demi Convex(Koridor Niaga) aku join..hihi...so, dapat la cuti 10 hari smbil mkn angin..huhu..

Doakan keselamatan aku sepanjang kem yer~

p/s: tq kak pah sebab blnje GCB harini..huu~

Wednesday, June 22, 2011

3rd Day Gerak Kerja Convex Fasa 1.(versi WORDLESS WEDNESDAY)




Wordless Wednesday #WW (2)

wordless wednesday..
ape tu wordless wednesday..?

maksud :
Pada hari rabu, semua blogger post gambar 
di blog mereka tanpa meletakkan apa2x 
description untuk explain gambar tersebut, 
biar gambar yang menceritakan tanpa 
korang letak apa2x penjelasan.


Tuesday, June 21, 2011

2nd Day Fasa 1 Convex 2011.

Family KN masa dinner convex 2010
OK.harini bermula seperti kelmarin. apa pun kan kat USM ni memang takkan lari dengan meeting. kalau tak, takkan la orang cakap USM-Universiti Suka Meeting..hehe [gurau jer].

hari yang kedua, masalah yang sama, sarapan pagi.[actually bukanlah masalah besar pon kan.hehe] Macamana la mereka yang menghuni CG ni ekk? tak de sarapan pagi. :(

Hari yang kedua, masih mempunyai semnagat yang jitu seperti kelmarin. sangat excited dalam menjalankan tugas. aku begitu fokus happy dalam menjalankan tugas.sentiasa serius gelak sakan bersama family lain. HAHA. itulah kerja kami setiap hari. gosip+makan+ketawa berdekah2. Tapi keje beres bebeh! siap masuk site lagi hari ni aku. ini semua gara-gara sikap sambil lewa aku semalam. bajet aku hafallah setiap kedudukan pokok untuk skecth plan tapak pesta? haha...padan muka hari ni kena turun site lagik..da la ujan..hhhehehe..

Agaknya kalau dibanding masa kerja kami yang betul2 serius dalam melaksanakan tugas dengan duk sakan gelak2, banyak gelak2 kot...hehehehhe..modal duk gelak hari ni ialah video Maharaja Lawak Sepah yang terbaru ni~~~~ah~~semput lagik!!!!...hahaha dengan video2 matluithfi..terbaek wokkk!! dia ada video baru eyh..tajuk dia PERIHAL BAPA;


Tiba2 teringat ayah kat rumah pulak....

walaupon aku tahu banyak lagi kerja yang harus aku lakukan bersama2 yang lain, tapi aku just diam kan saja, aku taknak terlalau gelabah nanti aku akan stress..huhu...

sekian untuk laporan hari ini.

p/s:esok MESTI bawak kamera, td lupa, esok edisi Wordless Wednesday kan?huhu


Monday, June 20, 2011

Korang Paham ke Apa Itu Kelestarian?

Yo! haha..macam tak sopan lak kan...

assalamualaikum dan salam sejahtera.

malam ni aku nak cerita sedikit pasal perkara yang aku lalui sepanjang hidup aku dalam USM. Korang tahukan USM adalah Universiti lestari, maksud aku bukan la usm ni universiti recycled, haha tapi USM ni universiti yang menjalankan tanggungjawab kelestarian alam sekitar yang kita cintai, korang sendiri tahukan bumi yang kita diami ni da berusia lebih jutaan tahun dan korang bayangkan jika kita berusia ratusan tahun. Betapa TUAnya kita ni kan? Oleh itu USM menjalankan beberapa visi dalam memastikan kelestarian alam sumber kita.

OK. antara yang USM terapkan terhadap seluruh warga kampus ialah, larangan penggunaan beg plastik serta polisterin dalam kampus.sebagaimana yang kalian tahu, polisterin dan juga beg plastik mengambil  masa lebih kurang 1000tahun untuk diurai. Cuba bayangkan korang dapat duit saku 50sen setiap hari dari parent korang, then korang tak pakai, dan kawan korang pon dapat duit yang sama dan tak pakai. cuba bayangkan selepas setahun perkara ini berulang dan anda dan kawan anda terus menyimpa duit syiling tersebur, dapatkah anda bayangkan berapa banyak duit syiling yang terkumpul, Itu lebih kurang analogi mudah la, setiap hari korang guna polisterin dan beg plastik, then benda tuh hanya akan terurai selepas 1000tahun, agak2 korang lah, cukup ke tanah kita nak menampung segala timbunan bahan tersebut? Oleh itu, USm menggalakkan warga kampus khasnya dan warga sekitar amnya untuk menggunakan bahan alternatif sebagai bahan gantian terhadap bahan ini, sebagai contoh penggunaan beg kertas yang mudah untuk dilupuskan atau boleh dikitar semula. selain itu penggunaan 'eco-pack' jjuga membantu sebagai jalan alternatif.

Seterusnya ialah konsep Universiti Dalam Taman. Bagi memelihara persekitaran yang hijau, usm sangat menitik beratkan sistem hijau dalam kampusnya. Seingat aku lah kan, aku pernah nampak sekali je pokok ditebang di USM atas sebab pokok tersebut memang terpaksa ditebang untuk memberi laluan kepadapembangunan. Lokasi tersebut berhampiran dengan Desasiswa Fajar Harapan. Kalau tidak, USm memang tidak akan menebang sebarang pokok demi menjaga persekitaran yang hijau serta menyihatkan. selain itu sebagai pelajar kita juga mendapat manfaat dari konsep ini. Secara tidak lansung akan memberikan suasana yang lebih kondusif dalam kampus untuk kita teruskan kehidupan.

Seterusnya ialah menghadkan jumlah kenderaan dalam kampus. Pelajar tahun satu tidak dibenarkan membawa sebarang kenderaan bermotor ke dalam kampus,. dan pelajar senior pua diberi kebenaran jika mendapat pelekat kenderaan dari Jabatan Keselamatan. Meskipon ada segelintir mahasiswa yang menggunakan kenderaan bermotor dalam kampus walaupon tak dapat pelekat kenderaan, at least kurang la jugakkan kenderaan pelajar. Cuba la anda bayang kalau setiap pelajar mempunyai kereta atau motorsikal....ermm..anda bayangkanlah sendiri..hehe...

akhir kata, adakah kita sedar akan peranan kita wahai warga USM? adakah kita masih tegar untuk menggunakan beg plastik dan polisterin. Jika tak mampu untuk berubah 100%, kita berubah sedikit demi sedikit dari sekarang. Memang anda tak terasa untuk membayar 20sen untuk sehelai beg plastik di tesco, tapi, anda sedarkah peranan anda dalam menjaga alam sekitar? Bumi ini bukan untuk dicipta untuk kita sahaja, bumi ini dicipta untuk dikongsi bersama generasi hadapan. sekian. sebagai renungan bersama. selamat beramal. :)

1st Day Gerak Kerja Convex Fasa 1.

Alhamdulillah.

Hari ni bermula satu lagi lembaran baru dalam hidup aku, satu lagi langkah baru dalam karier aku di USM. huhu. 1st of all, aku sangat terkejut+teruja+takut dengan jawatan aku sekarang dalam CONVEX 2011. Satu amanah yang perlu aku pikul bersama-sama dengan ketua aku, dan segala rakan sekerja yang lain. Terus terang aku katakan, sekarang ni hanya kesefahaman kesetiaan yang paling penting pada saat2 ini. Macam2 dah terbayang dalam kotak pemikiran aku sekarang, macamana dan apa akan berlaku kaau aku gagal melaksanakan tugas aku sebaiknya? argghh~aku hanya mampu berdoa pada Allah..agar segalanya akan berjallan dengan baik.

1st day, naothing much happen so far..(erk..betul ker??haha) bangun pagi dengan penuh semangat nak mulakan hari yang cukup indah tapi agar terkubur sikit bila mai ja kafe CG, kafe tutup, ada satu je bukak, tuh pon jual nasik lemak..haish..korang taw jela..aku ni kene sarapan setiap pagi plus aku tak makan nasi lemak..tapi disebabkan kelaparan pagi tadi..aku telan je..tuh yang mengantuk tengahari..aodyai..dah la mahal weyh..erk???termengumpat plak kan..huhu....hari macam2 kene buat. dan aku mula nampak kesusahan pressure dan segala bagai.walaupon ketua aku cakap, dia blur lagi..tp yang jelas aku memang dah nampak segala rintangan yang akan terjadi..hau33...

segala pelan tindakan, tarikh2 penting gerak kerja, pembahagian tugas terlaksana dengan baik...[baikkah?haha]..semuanya dijalankan dengan sistem berkerja sambil bergosip..wakakakaka..dalam banyak2 bahagian, kami la yang paling havoc kot td..dr meeting besar sampai la dalam bilik...berdekah-dekah ketawa...seronok sakan..hehe...Siap turun tapak projek yang banyak nyamuk dan serangga lain..kami redah je.kata-kata semangat tadi " kite ukoq jah"..haha...

Ni gambaq family KN tahun lepas.
by the way, aku harap sangat aku dikurniakan kesihatan yang terbaik sepanjang gerak kerja ni, biaq la letih pa pon kan, yang penting hati kena IKHLAS buat keja..huhu..ada gak kawan aku duk tanya, awat la hang duk rajin sgt tolong convex, bukan dapat apa2 pon...baik hang duk kampung tanam cili ad gak gaji..haha...
xpa la, actually aku sangat komited dalam department aku, YES! aku sayang KORIDOR NIAGA...aku masuk kali ni pon sebab aku sayang KORIDOR NIAGA...di sinilah aku belajaq segalanya, di sini jugak la aku mulakan karier aku dalam usm, di sini jugak lah aku kenai ramai kawan, sampai ada kawan aku cakap ka t aku, aku ni mal, semua orang kat usm ko kenal kan?..haha..xde lah..sikit2 je kot aku kenal...

akhir kata, nak ucap selamat bekerja buat semua warga CONVEX tahun ni..huhu... (:

p/s: esok nak bawak kamera lah..nak rakam detik2 indah bersama adik beradik KN..wee~

Friday, June 17, 2011

Ikhlaskan Hatimu Dalam Perhubunganmu.

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita. Allah menciptakan kita hidup dalam berpasang-pasangan. sudah tentu lelaki itu pasangannya wanita, yang jantan mesti ada betinanya. begitulah percaturan perjalanan kehidupan setiap hamba. telah ditentukan oleh Allah sebaiknya.

Satu dua hari ni, aku kembali kepada profesion aku sebagai doktor cinta. biarlah aku tak pernah merasai kehangatan nikmat percintaan, tapi orang cakap, selagi kita ada ilmu walau sebuah huruf, sebarkanlah sebab ia bukan hak kita, kita hanya pengantara antara tuan punya ilmu dengan hamba yang mengkehendakinya.

Ada tiga empat orang kawan aku call aku, mesej aku, menceritakan masalah perhubungan mereka dengan pasangan masing2. Hambar, dingin dan menyakitkan hati. Sebenarnya, aku sendiri pon tak tahu bagaimana nak menyelesaikan masalah mereka. Terus terang aku katakan, "tiada cinta sebelum alam perkahwinan. manisnya hidup itu atas ikatan perkahwinan" Tapi aku bukanlah nak blame sesiapa yang sedang bercinta, mungkin mereka menakrifkan istilah cinta bagi sudut hidup mereka dengan erti kata yang berbeza dengan apa yang aku paham.

Tetapi buat mereka yang sedang dilamun cinta, mari kita sama-sama renungkan kembali kehidupan anda bersama teman anda.

Pertamanya, bagaimana anda memilih pasangan anda. adakah anda memilihnya atas dasar suka sama suka, bagaimana pula dengan ciri2 wanita yang anda pilih itu, adakah si dia itu cantik? bagaimana pula dengan ilmu agamanya, keturunannya? sejauh mana anda tulus menyintai pasangan anda tersebut? dan yang terakhir sekali, sejauh mana anda mengharapkan perhubungan anda bersama pasangan anda tersebut.

Sebaik sahaja anda mula memasuki alam percintaan, perjuangan anda adalah untuk mempertahankan rasa cinta tersebut sehingga akhir hayat anda. Tapi bagaimana? kalau kita lihat, ada sesetengah daripada saudara kita diluar sana, bercinta bagai nak rak, berkepit ke sana ke mari "u jump, i jump", "kaulah cinta sehidup semati" tapi baru sebulan dua berkenalan, atau berkahwin sudah putus. Apa cerita bhai? Kononnya kami tak serasi, si dia gagal memberikan layanan yang terbaik, sudah bosan..dsb.

Seperti mana yang aku usulkan di intro tadi, hidup kita ini berpasang-pasangan, kalau sudah bercinta kenalah saling faham-memahami antara satu sama lain. Sesungguhnya hidup kita ni tak pernah sempurna, dan kita sebagai sepasang kekasih perlulah saling lengkap melengkapi..itu lumrah. kalau anda terlalu mengharapkan sesuatu yang terbaik dari pasangan anda, payahla. Kalau anda gadis yang comel cun tahap gaban sekali pon, dan anda rasa hanya lelaki yang paling kacak+gagah sahaja yang layak memiliki awak tu sudah silap tanggapan anda. OK, kalaulah hari ini anda terjumpa seorang mamat yang kacak+gagah macam aku, anda jatuh cinta lalu berkapel. Sebulan kemudian, anda trjumpa lelaki lain yang lebih kacak, lantas anda minat dekat lelaki tersebut, dan bercinta dengan lelaki trsebit, minggu depan anda terjumpa seorang aktor yang kacak seperti ZAHIRIL ADZIM, dan anda mula minat kepadanya... situasi ini boleh berterusan kerana anda berhak memilih sesiapa sahaja yang anda berkenan tapi persoalannya sampai bila anda harus bersikap demikian?

OK, tujuan aku tulis entry ni sebenarnya aku bengang dengan sikap segelintir wanita atau pon lelaki juga diluar sana yang gemar melakukan aksi seperti ini, senang cerita playboy lah kot. Bukan apa, jika anda sudah mengenali seorang lelaki, jangan cuba untuk menanam sikap membandingkan antara satu lelaki dengan lelaki yang lain! itu satu KEZALIMAN. !!!! terus terang aku cakap, kalaulah anda asyik membandingkan antara satu lelaki dengan lelaki yang lain dan anda sentiasa inginkan lelaki yang terbaik dalam kalangan semua lelaki kat malaysia ni, SAMPAI KE TUA LAH KAU MENG'ANDARTU'!!!

Saranan aku, IKHLASKAN hatimu dalam percintaan. Kita harus belajar untuk memahami pasangan kita. Kita juga harus menyedari setiap kekurangan pasangan kita, sedarnya kita atas kkurangan itu bukan sebagai alasan untuk kita membuang pasangan kita sebaliknya menjadi kekuatan agar perhubungan itu semakin erat. Ikhlaslah dalam setiap erlakuan anda, cinta takkan subur tanpa rasa ikhlas dalam perhubungan. dengan keihlasan lahirlah rasa kejujuran. dengan kejujuran terbitlah bibit-bibit kasih sayang dalam perhubungan. dngan bibit-bibit kasih sayang inilah timbulnya kemanisan dalam perhubungan.

Jika kita tidak ikhlas atau kurang ikhlas dalam prhubungan kita, lekas2lah wujudkan rasa keihklasan tersebut. Sesungguhnya Hawa diciptakan dari rusuk kiri Adam sebagai menjadi teman di sisi penyeri hidup si Adam bukan dari kaki untuk dipijak, bukan dari kepala untuk disanjung. Umpamakan perhubungan anda ibarat sepasang sudu dan garfu, siapalah garfu tanpa sudu, apalah erti sudu jika tiada garfu.

Renung-renungkan dan selamat berfikir~~

Thursday, June 16, 2011

Hari Ni Hari Bapa?

Bulan Mei sudah berlalu..pelbagai peristiwa penting sudah berlalu. antaranya Harijadi aku..haha...bulan mei juga ada hari pekerja, hari ibu, hari guru dan sebagainya... jika bulan mei ada hari ibu, bulan jun pula ada hari bapa. tapi aku tak pasti pulak tarikh dia. sebab promosi hari bapa kurang kot jika nak dibandingkan dengan hari ibu. kenapa ek?

mungkin sebab naluri kita yang lebih dekat dengan ibu. kalau tidak masakan ada slogan "IBU KAULAH RATU HATIKU" kan? memang tidak dinafikan ibu memainkan peranan penting dalam hidup kita. tapi bapa pon memainkan peranan yang penting juga. secara BIRUnya tanpa benih dari bapa, masakan wujudnya kita.

tapi benarkah hari ini hari bapa? musykil jugak teman bila teman bukak FB rata2 tiada langsung dari kita yang membuat status seperti ini...

"ayah, selamat hari bapa..syg ayah!"
"papa, happy father's day papa...nak alphard sebijik boleh..??hehe"

tak pon begini...

"oh papi ku~~~ku mengarang di sini hanya untuk meluahkan serangkap kata...selamat hari bapa..kaulah segalanya papi ku~~~"

dan juga sambutan hari bapa ini belum lagi dimomokkan dengan NOTE2 yang mengkisahkan kaitan perayaan tersebut dengan mana-mana perayaan keagamaan agama lain. Wallahua'lam.. seperti yang banyak tersebar luas semasa hari ibu, hari pekerja dan hari valentine.

tapi perasankah kita yang semua dakyah2 ini mula tersebar luas selepas wujudnya FB. bijak sungguh MARK ZUCKERBERG memainkan peranan yahudinya memecahbelahkan umat Islam dalam kelompok masyarakat Melayu. apa tidaknya, tersebarnya perkara ini..wujud pelbagai golongan yang mempertahankan pemikiran masing2 sedangkan kita tahu, haram untuk meniru segala perbuatan agama lain yang menyeleweng. ada yang kata, tak mengapa kita sambut, nak hargai jasa ibu kononnya. ada pula yang tak nak amek kisah pon. bila masing2 ada pendirian masing2, mulalah nak bertelagah bela siapa benar siapa silap..alahai sekali lagi umat islam diperbodohkan.

kembali kepada tajuk, betul ker hari ini hari bapa? tapi bagi aku, ada aku kisah? haha yang penting, hari lahir ayah aku baru je berlalu 12Jun yang lepas. dan aku memang akan menghargai jasa kedua ibubapa aku setiap masa pon. tak perlulah nak tunggu hari2 yang spesial macam ni. takkan kita cuma nak hargai bapa kita hanya pada hari ni kan yek? sedangkan bapa kita setiap hari berkorban untuk kita....

renung2kan dan selamat beramal~~

Wednesday, June 15, 2011

Tips penjagaan mata.

Salam 13 Rejab.

mata..satu organ di bahagian kepala kita yang menempatkan salah satu daripada 5 deria kita. mata juga memainkan peranan yang agak penting dalam kehidupan kita..orang cakap..kalau mata buta mungkin hati akan terang..tapi kalau mata pon terang..hati tak terang2 tak guna juga kan..haha

sebagai salah satu nikmat kurniaan Ilahi kepada kita, jadi kita hendaklah sentiasa menjaga mata kita agar sentiasa dalam keadaan baik. kalau kita jaga dengan baik sekalipon, kita juga yang akan dapat faedahnya kan??

kita selalu tonton dokumentari kat televisyen, nenek 100tahun mata tak rabun, wanita tertua didunia masih mempunyai kadar penglihatan yang baik..mesti kita ada angan2 nak punyai mata sebegitu juga kan> terutama mereka yang sudah menggunakan cermin mata...

jadi, aku nak share lah sedikit petua yang aku dapat dari orang2 tua..termasuklah mak aku....

1) Banyakkan mengaji al-quran...ni cerita betul, aku tak ingat siapa yang bagitahu aku, ada sorang makcik ni pesan akt aku, dia kata, setiap selepas solat, bacalah al-Quran, terutamanya pada waktu malam. makcik tuh pesan, baca al-quran ni bukan sahaja menenangkan jiwa, tapi jugak membantu dalam penjagaan mata, orang selalu cakap kalau kita asyik sangat baca buku mata mudah rosak..tapi kalau baca al-Quran sebaliknya pula yer.. bak kata seorang seniwati...tak ingat lah nama dia..maaf yer..beliau ditemuramah oleh pengacara Wanita Hari Ini, beliau ditanya, bagaimana seniwati ini menghafal skrip2 cerita padahal usia sudah lanjut, beliau jawab, beliau baca al-Quran setiap malam, dan itu pesan neneknya...

2) Minum air carrot. ni aku tak tahulah dongeng ke hape kan..tapi memang aku amalkan. takdela selalu. tapi seminggu skali aku akan minum jus carrot. kalau anda loya nak minum begitu shaja, campurkan sedikit susu, jangan banyak2..jaga kesihatan..hehe..

3) Tidur jangan suka meletakkan apa2 yang menutup mata kita. ya, ni mak aku yang pesan. dia selalu cakap, tidup jangan tutup mata dengan bantal, tangan mahupon buku..tak baik mak aku kata. kesahihannya agak benar jugak la sebab aku suka tidur dengan tutup telinga dengan bantal..sekarang aku kurang sikit dengan deria pendengaran ni..hehe...so, mungkin ada betulnya dengan apa yang mak aku cakap. aku ada juga buat survey, tanya kawan2 aku yang rabun ni, rata2 mereka memang suka letak tangan atas mata time tidur~~~

4) Janganlah suka menonton adegan2 BIRU,. ni taknak ulas lanjut. korang sendiri boleh fikir kan?

5) Jangan menatap skrin laptop, Tv terlalu lama. korang pon tahukan semuanya ad sinar radiasi ape ntah aku pon xtahu sgtlah..tapi ayah aku ada cerita, anak kawan dia buta kecik2 lagi sebab suka tengok TV lama2 dan terlalu dekat dengan skrin..uish~takut..

6) Jangan tengok gerhana bulan dengan mata kasar. cerita ni pon bapak aku yang stoli moli.kawan dia, time muda2 dululah..ad berlaku gerhana matahari, boleh si kawan ayah aku ni tengok gerhana tuh dengan mata kasar jer.direct~terus buta mata dia..isk33...lain kali kalau nak tgok matahari or gerhana matahari silala gunakancermin mata hitam, negatif filem atau pon guna air..ha~~kan selamat sikit tu~


ok la..ni tips yang aku nak share lah..kalau korang pon ada tips yang lain..boleh la share skali yer~~huhu..selamat beramal.

Wordless Wednesday #WW (1)


lokasi: USM berhampiran padang convo, Eureka, Pintu Sg Dua. 


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)

Saturday, June 4, 2011

Majulah Sukan Untuk Negara????

Alhamdulillah....
pagi tadi bersarapan dikedai. aku baca satu paper kat warung tuh, aku usharlah dari page pertama sampai la page terakhir. sehelai demi sehelai aku bukak. lastly, kat ruangan sukan, aku terpandang..."SUKAN MALAYSIA" atau SUKMA Kuala Lumpur, 2 hingga 12Jun (kalau tak silap la tarikh ni). PKontinjen Johor mendahului senarang pungutan pingat emas [alhamdulillah]. tapi yang aku tertariknya, kenapa aku baru tahu kewujudan sukma tersebut pada saat ini..?? adakah aku yang ibarat katak dibawah tempurung? ataupon.......................ermm..ntahlah. rasanya aku tonton berita setiap malam.



yang menjadi persoalan di sini ialah, kita selalu melaungkan slogan majulah sukan untuk negara, tapi kenapa cerita pasal sukma ni tak menjadi buah mulut masyarakat malaysia? kenapa tontonan video seks,pemilihan parti itu ini yang menjadi topik hangat? salah siapa? kalau tak silap aku la kat paper tersebut, hanya ada satu page je cerita pasal sukma, tapi cerita pasal bola sepak eropah melampau2 sampai bermuka2 aku tengok. jadi, dimanakah peranan media dalam mempromosikan sukan di negara sendiri?

persoalan dilanjutkan lagi  dengan mempersoalkan pula liputan2 media mengenai kelansungan sukan tersebut. takda siaran langsung kat tv ke? oh, mungkin ad kat tv1. maaf lah sebab kat rumah aku memang tak dapat tv1. seingat aku sejak aku wujud kat dunia ni, kat semua rumah yang pernah aku duduk, siaran tv1 memang terbatas. kadang2 nak jugak tonton siaran ni sebab nak sokong kontinjen negeri sendiri yang biasanya menang sukan............................ntah lupa.haha.

akhir kata, aku bukan nak kondem institusi kewartawanan, tapi berikanlah lebih info pasal sukma, kalau dlu2, kalau tak silap aku, mesti wartawan letak gambar2 menarik mengenai temasya tersebut. macamana meriahnya kita menantikan, kita menonton piala dunia, takpon piala2 bola eropah...dan juga olimpik, macamtu lah kita layan sebaik mungkin temasya sukma ini yang dah masuk kali ke berapa belas ntah [aku tak sure].


sekian.renung2kan dan selamat beramal.

31MEI datang lagi!!!

Salam Kebahagiaan.
maaf lama tak menaip sesuatu kat blog hampeh ni..huhu..
seperti semua sedia maklum, hari selasa yang lepas telah jatuh haribulan 31 bagi bulan mei... YA! itu semua orang tahu..tapi,, tahukah korang yang hari ulangtahun kelahiran aku juga jatuh pada tarikh tersebut setiap tahun kalau mengikut tarikh kalendar masihi :)

alhamdulillah, tahun ni umur aku dah masuk era 20an, syukur alhamsulillah ALLAH masih memberikan aku ruang untuk terus bernafas. dengan harapan tahun ni aku akan lebih bersemangat untuk mematangkan diri..hehe selain terus berudaha menambahkan amalan selaku hamba-Nya.

macam biasalah..setiap tahun kalau harijadi aku je, aku tak online Facebook pada hari tersebut..yelah..malas nak bkak sebab bertalu2 notifikasi masuk..hehe...so, aku akan biarkan ia berlalu 2 hingga 3 hari baru aku balas segala notifikasi..hehe...dan ini lah hasilnya...



dan ada yang jugak wish spesial-------->

dapat wish dr rapid penang..yelah..takkan la rapid penang tak wish aku kan..huhu..aku ni kan pelanggan tetap dia..hehe...

banyak jugak la aku dapat wall post wish dari kawan2 maya aku kat facebook..4ratus lebeh gak la, nak membalasnye memang satu kepenatan bagi aku..tapi kawan punya pasal, aku balas jugak setiap satu..hehe..takde yang copy paste punya..huhu..buat mereka yang telah bersusah payah memberikan ucapan untuk aku, aku ucapkan ribuan terima kasih.terharu rasanya. ialah..orang cakap..ala,,,wish je kot..tapi bagi aku, aku sangat terharu bia dapat benda2 macam ni..huhu..terima kasih ye..doakan dalam umur aku yang mendatang ni aku dikurniakan kesihatan tubuh badan, keselamatan berpanjangan serta rezeki yang mencurah-curah. amin~~

mak korang pernah tak cerita kat korang perihal korang masa dikandungkan dan masa dilahirkan?huhu...mak aku pernah cerita kat aku..aku dulu lahir kat hospital daerah kota tinggi. ya! aku orang kota tinggi...masa aku dikandungkan, masa tuh musim durian. mak aku masa kandungkan aku, tak mengidam pon makan mangga..ahaha..tapi mengidam makan durian! sekali masa bersalin, satu bilik bersalin bau durian daaa~~haha...thats why la sampai sekarang aku ni memang hantu durian..hehe..pantang bau durian aku ni..pastu dapat cam kat mana ada durian..kalau kat rumah, mak aku punya la sorok kan durian kalau dia beli...tapi aku tetap dapat carik kt mana..ghehe,,,

setiap tahun, harijadi aku mesti jatuh pada cuti sekolah..so, setiap tahun aku memang akan sambut harijadi kt umah je la....ada sekali masa kat matrik, sem 1, aku sambut birthday kat KMJ...terharu gak sambut ngan kawan2 buat pertama kalinya. aku rasa, itulah birthday yang paling istimewa kot..huhu..birthday yang paling sadis+sedih pulak masa birthday aku yang ke-8, pada tahun 1999. sedih kot pada pagi tuh, abang sulung aku, HAJI MOHD AEDIL BIN MD MUSLIM pulang kerahmatullah pada usianya 15 tahun akibat barah otak~Al-Fatihah~

setiap tahun aku akan berharap untuk dapat hadiah harijadi..hehe..dan tahun ni aku berharap dapat la jam tangan. tapi takde siapa bagi..so, mungkin minggu depan aku pergi ushar la kat kedai..beli sendiri..huhu...

SEKIAN. sayang korang !!!!