Yo! haha..macam tak sopan lak kan...
assalamualaikum dan salam sejahtera.
malam ni aku nak cerita sedikit pasal perkara yang aku lalui sepanjang hidup aku dalam USM. Korang tahukan USM adalah Universiti lestari, maksud aku bukan la usm ni universiti recycled, haha tapi USM ni universiti yang menjalankan tanggungjawab kelestarian alam sekitar yang kita cintai, korang sendiri tahukan bumi yang kita diami ni da berusia lebih jutaan tahun dan korang bayangkan jika kita berusia ratusan tahun. Betapa TUAnya kita ni kan? Oleh itu USM menjalankan beberapa visi dalam memastikan kelestarian alam sumber kita.
OK. antara yang USM terapkan terhadap seluruh warga kampus ialah, larangan penggunaan beg plastik serta polisterin dalam kampus.sebagaimana yang kalian tahu, polisterin dan juga beg plastik mengambil masa lebih kurang 1000tahun untuk diurai. Cuba bayangkan korang dapat duit saku 50sen setiap hari dari parent korang, then korang tak pakai, dan kawan korang pon dapat duit yang sama dan tak pakai. cuba bayangkan selepas setahun perkara ini berulang dan anda dan kawan anda terus menyimpa duit syiling tersebur, dapatkah anda bayangkan berapa banyak duit syiling yang terkumpul, Itu lebih kurang analogi mudah la, setiap hari korang guna polisterin dan beg plastik, then benda tuh hanya akan terurai selepas 1000tahun, agak2 korang lah, cukup ke tanah kita nak menampung segala timbunan bahan tersebut? Oleh itu, USm menggalakkan warga kampus khasnya dan warga sekitar amnya untuk menggunakan bahan alternatif sebagai bahan gantian terhadap bahan ini, sebagai contoh penggunaan beg kertas yang mudah untuk dilupuskan atau boleh dikitar semula. selain itu penggunaan 'eco-pack' jjuga membantu sebagai jalan alternatif.
Seterusnya ialah konsep Universiti Dalam Taman. Bagi memelihara persekitaran yang hijau, usm sangat menitik beratkan sistem hijau dalam kampusnya. Seingat aku lah kan, aku pernah nampak sekali je pokok ditebang di USM atas sebab pokok tersebut memang terpaksa ditebang untuk memberi laluan kepadapembangunan. Lokasi tersebut berhampiran dengan Desasiswa Fajar Harapan. Kalau tidak, USm memang tidak akan menebang sebarang pokok demi menjaga persekitaran yang hijau serta menyihatkan. selain itu sebagai pelajar kita juga mendapat manfaat dari konsep ini. Secara tidak lansung akan memberikan suasana yang lebih kondusif dalam kampus untuk kita teruskan kehidupan.
Seterusnya ialah menghadkan jumlah kenderaan dalam kampus. Pelajar tahun satu tidak dibenarkan membawa sebarang kenderaan bermotor ke dalam kampus,. dan pelajar senior pua diberi kebenaran jika mendapat pelekat kenderaan dari Jabatan Keselamatan. Meskipon ada segelintir mahasiswa yang menggunakan kenderaan bermotor dalam kampus walaupon tak dapat pelekat kenderaan, at least kurang la jugakkan kenderaan pelajar. Cuba la anda bayang kalau setiap pelajar mempunyai kereta atau motorsikal....ermm..anda bayangkanlah sendiri..hehe...
akhir kata, adakah kita sedar akan peranan kita wahai warga USM? adakah kita masih tegar untuk menggunakan beg plastik dan polisterin. Jika tak mampu untuk berubah 100%, kita berubah sedikit demi sedikit dari sekarang. Memang anda tak terasa untuk membayar 20sen untuk sehelai beg plastik di tesco, tapi, anda sedarkah peranan anda dalam menjaga alam sekitar? Bumi ini bukan untuk dicipta untuk kita sahaja, bumi ini dicipta untuk dikongsi bersama generasi hadapan. sekian. sebagai renungan bersama. selamat beramal. :)
2 comments:
tmbhn: polystyrene foam tu senang nk recycle and ada kegunaan(applications) yg mana material lain x boleh menandinginya. Mcm mna tu?
uit,,, wah3,,,, promote usm nmpk... utm pn bdk2 1st year xbley bwk kenderaan lh.... polisterin pn xley pkai jgk :D haha... n tong smpah recycle d sana sini... wee~ :D :D D
Post a Comment