PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Sunday, March 20, 2011

Zina.

Zina itu adalah sebagai perbuatan yang salah di sisi agama. Bukan sahaja agama Islam, bahkan semua agama di dunia ini mengutuk perbuatan berzina. Zina adalah perbuatan melakukan seks dengan rela antara lelaki dan perempuan tanpa hubungan sah perkahwinan atau pun pernikahan. Dewasa ini, perbuatan perzinaan dilihat sebagai salah satu masalah sosial di Malaysia. Perzinaan zina ini akan membawa pelbagai masalah social yang lain iaitu kandungan luar nikah, pembuangan bayi serta pembunuhan bayi. Lihatlah betapa jeliknya perbuatan zina ini yang akan membawa kepada seribu permasalahan dalam masyarakat.

               Isu perzinaan sering kali diperkatakan bagaimana untuk mencegahnya. Pelbagai solusi diutarakan. Penggubalan pelbagai undang-undang telah dilakukan bagi menghukum si pelaku zina. Sebagai contoh di Malaysia, penguatkuasaan denda sebagai hukuman yang akan dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Syariah. Menurut statistic dari Jabatan Pendaftaran Negara, seramai 17303 anak luar nikah Melayu didaftar diseluruh negara pada tahun 2010. Angka ini semakin meningkat saban tahun. Secara tuntasnya, hukuman yang dikenakan oleh undang-undang si Malaysia gagal untuk membendung penularan gejala social ini.

              Sebagai sebuah agama yang syumul, Islam telah menetapkan beberapa garis panduan untuk membendung gejala ini. Aturan ini terkandung dalam undang-undang Hudud Islam. Meskipun sudah beribu tahun digazetkan, namun hukuman ini masih releven untuk dipraktikkan, bahkan akan terus releven sepanjang zaman. Dalam Islam, zina itu dibahagikan kepada dua bahagian, zina muhsan dan zina bukan muhsan. Dua-dua mempunyai hukuman yang berbeza. Zina muhsan bermaksud perlakuan zina yang dilakukan oleh orang yang sudah mendirikan rumah tangga. Manakala bukan muhsan adalah pelaku zina yang belum lagi mendirikan rumah tangga.

               Setiap bahagian pelaku zina akan dikenakan hukuman yang berbeza. Hal ini kerana, tujuan pemberian hukuman mempunyai sebab yang tertentu. Bagi penzina bukan muhsan, pesalah akan dikenakan hukuman sebat seratus kali. Allah S.W.T berfirman dalam kitab suci-Nya, al-Quran,  Maksudnya:“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” . Dalam rakaman lain, Nabi Muhammad S.A.W bersabda, telah diriwatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibn. Mas’ud r.a bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali berlakunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan orang yang keluar daripada agamanya juga yang berpecah daripada jamaah orang-orang Islam.”

               Kaifiat hukuman terhadap penzina bukan muhsan pula adalah, sebat 100 kali dibahagian belakang badan di kawasan antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang tubuh badan manusia. Dari sudut sains, hukuman ini membawa satu kebaikan buat pelaku zina, bukan sahaja member pengajaran. Di dalam badan manusia, terdapat satu sistem pertahanan badan yang dipanggil sistem Imuniti. Sel yang paling berperanan dalam menghasilkan sistem pertahanan badan ialah sel darah putih. Sama ada B Limfosit yang berperanan menghasilkan Imuniti pembaikan sel ”Cell-Mediated Immune System”. Apabila virus Aids menyerang manusia, sistem pertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan dengan cara virus itu melekatkan dirinya di permukaan T4 Limfosit bagi menggagalkan fungsi T4 Limfosit sehingga manusia mengalami kelumpuhan sistem pertahanan badan AIDS ”Acquired Immunologic Deficiency Syndrome”. Bagi pesalah yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Sekiranya seseorang pesalah itu sudah dihinggapi HIV selepas penzinaannya T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV AIDS yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan sel-sel sum-sum tulangnya mati tidak dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel darah putih itu bertukar menjadi benih manusia. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang. Pesakit jenis ini mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.


               Bagi pelaku zina muhsan pula, mereka akan dikenakan hukuman rejam sampai mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud : ”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.Tetapi dari sudut sainsnya pula, jika pesalah tersebut adalah mereka yang telah berkahwin, apabila dihinggapi virus Aids sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang kurang menghasilkan antibodi kerana fungsinya lebih banyak ditumpukan ke arah penghasilan benih-benih bagi menghasilkan sperma-sperma baru. Pesalah jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus Aids dan rejam sehingga mati merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberi pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

              Hukuman bagi zina muhsan dan zina bukan muhsan adalah berbeza. Sepintas lalu ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika sabit kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran kepada mereka yang telah melakukannya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi pesalah jenis ini adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan. Keinginan mereka adalah disebabkan oleh dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskannya melakukan kesalahan zina. Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah yang sudah berkahwin kerana pesalah jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

               Impaknya, hukuman yang dianjurkan Islam ini fleksibel untuk dipraktikkan tidak kira mengikut agama dan kaum. Hal ini kerana, hukuman yang tegas ini akan membawa pengajaran kepada  si pelaku juga untuk masyarakat sekeliling sebagai satu peringatan. Selain itu juga, hukuman ini akan  memberikan kebaikan buat si pelaku zina yang belum berkahwin, lantas akan mengurangkan kadar jangkitan  AIDS di dunia ini.



Wednesday, March 16, 2011

Facebook masih beroperasi??

ingat lagikah anda pada post aku terdahulu pasal facebook nak ditutup pada 15 mac 2011????

kalau tak ingat klik sini.

tapi hari ni dah 16 mac..yeay! penat je aku muat turun siap2 aku punyer gambar semua. cuak FB kene tutup hahahhaha.....tapi still beroperasi.. cuma biol sikit lah..nk upload gambar xboley, nak upload video pon tak boleh beb..sakit hati tol...
dulu FB peymes sebab page dia ringan..bape kB jer..nak loading page pon kejap...berbanding ngan mySpace..tapi sekarang nak online myspace lagi laju dari Fb..hahahahha....ade plak member aku sanggup layan Tagged plak tuh kan..hahahhahaha..
apa pandangan anda????

Monday, March 14, 2011

Kenapa aku aktif berBlog.?

ramai kawan2 aku tanya pada aku, kenapa aku sekarang suka post macam2 dalam blog. hari ni aku nak jawab.

reason:

1) aku seorang yang suka berinteraksi dengan masyarakat. bila aku ada idea sesuatu untuk dipostkan, kemudian aku taip.then aku post.then aku share. bagi aku satu kepuasan kalau tgok kat traffic aku beratus pengunjung setiap hari. itu tandanya blog aku ada peminat gak. kedua, aku sangat suka kalau orang komen kat post aku. bukan apa, kan aku dah cakap, aku memang suka berinteraksi dengan masyarakat. mungkis dengan setiap post yang aku ajukan tersebut aku dapat berkongsi idea dengan mereka. kadang2 aku dapat feedback macamana nak bagi orang puas hati kalau layari blog aku. terima kasih aku ucapkan.

2) aku seorang yang sering keseorangan. bagi  aku, inilah sebuah hiburan terbaik. aku takda ramai kawan yang sanggup dengar semua maslah yang aku ada. kalau ada pon mereka tak pandai nak tenteramkan hati aku. jiwa aku sangat unik bagi aku. sebab aku rasa aku sahaj yang paham dengan apa yang aku mahukan dalam hidupa aku. mungkin agak panas, tapi sampai sekarang aku masih mencari kawan yang terbaik untuk aku, untuk aku berkongsi semua cerita, nerkongsi apa yang aku ada, jadi, aku jadikan blog ini sebagai wadah sementara untuk aku bergembira buat sementara.

3) aku seorang yang gila 'blogwalking'. bosan. itulah hobi terbaru aku.. melawat blog kawan2. banyak kisah yang menarik aku untuk aku baca. banyak gak blog yang aku suka sangat singgah. sebab entri dia kena dengan jiwa aku. entri mereka sangat indah untuk ditatap. blog pon cantik. thats why aku nak tulis blog and nak mada blog mcm mereka yang ad blog cantik2 tuh.


haha...sebenarnya entri nie takda paper pon. saje nak menulis. bosan kat bilik.haha. :)

Sunday, March 13, 2011

Kalau aku dapat RM1 juta.

pernah tak anda bermimpi dapat sejuta ringgit?
pernah tak anda berangan mcmana nak habiskan RM1juta itu?

kalau aku...
aku akan habiskan untuk:

1) pergi haji.
aku nak pergi jahi, nak bawak skali mak ayah aku. aku sangat kesia tgok mak ayah aku bertungkus lumus kumpul duit nak pergi haji. tapi belum kesampaian sebab anak2nya masih memerlukan bantuan kewangan untuk dibiayai. walaupun aku tahu susah untuk dpatkan giliran untuk menunaikan fardhu haji, tapi, aku masih boleh simpan dalam tabung haji, so, tinggal tunggu turn jer.. kalau mak ayah aku boleh habiskan duit untuk besarkan aku sampai jadik SEBESAR mcm ni, apa salahnya kalau aku gunakan duit tuh untuk tampung pembiayaan haji keluarga aku.

2) aku nak melancong pergi Jepun.
walaupon jepun baru lepas gempa bumi dan tsunami kelmarin, tp aku tetap berhajat nak ke sana. sebenarnya aku sangat jeles dgn kawan2 aku yang dapat fly pergi belajar kat luar negara. terutamanya macam jepun.macam best jer.pernah gak aku tersenyum sorang2 tgok album kawan2 aku yang duk stdy kt jepun. JELES beb...tu la dulu masa SPM belajar malas.main-main. sekarang tgok orang lain berjaya ..tu la nak menangis....

3) buat jamuan makan.
jamuan makan ni aku nak khaskan untuk kawan2 aku masa belajar kat SK Kundang Ulu, SK Parit Bulat, SMK Seri Menanti, SASER, KMJ ngn USM...terutama sekali kawan2 skola rendah aku. aku sangat rindu kat diorg. nak sangat jumpa ngn diorg.. tapi apakan daya, susah nak jumpa, masing2 da ada haluan hidup sendiri. jamuan tuh yang penting spesial sebab nak raikan perkahwinan aku. dalam kata lain aku nak kahwin walau setakat ni belum ada calon.haha

4) aku nak bangunkan kampung aku.
kampung aku bukan bermakna kampung aku kat muar. tapi kampung aku kat Felcra Sg Ara. aku sayang kampung ini. nak bangunkan bukan aku nak bangunkan satu kampung, cuma aku nak buat balik rumah aku yang da usang kat sane..huhu...kalau rumah aku dah baru, barulah kampung aku tuh nampak ceria..hehe

5) buat pelaburan.
duit kalau banyak mana tapi kalau tak reti nak menabung, tak kemana kan? so, aku nak melabur untuk menjamin kelestarian harta aku. haha. aku nak melabur dalam saham serta dalam bidang pertanian dan perladangan. aku anak orang kampung dan anak seorang petani, (walaupun aku tak minat pertanian)..hahahhaa....then, aku nak bkak perniagaan sendiri. aku nak bangunkan sebuah syarikat atas nama aku. yang akan menjual barangan aku serta hasil kerepek buatan mak aku.hehe.

nak dapat sejuta sekelip mata memang mustahil. tapi tak salah kan kalau nak bermimpi dapat duit sebanyak tuh. huhu ^^,

p/s: tapi tak salah kalau nak mempunyai sejuta Rupiah..hehe

Saturday, March 12, 2011

sekitar PABM 2011 !!!!



piala rebutan


bagi seorang rakyat MALAYSIA, takda apa yang dapat digambarkan kalau dapat tgok Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Peringkat Akhir (PABM) di Putrajaya International Convention Center (PICC) semalam secara lansung di depan mata. menumpang tiket atas kelab debat USM, aku dpt gak tgok secara LIVE..kalau 5 tahun dulu aku tgok secara live depan TV jer..haha...,tahun ni dapat tgok LIVE depan mata.. da la terlibat secara langsung dalam sesi oemilihan wakil MALAYSIA ke PABM ni januari lalu, semalam dapat pulak tgok peringkat akhir secara live..alhamdulillah.

aku bukan seorang yang mahir berbahasa..so, tak dapat nak ulas serba mengenai  pemidato-pemidato yang hebat. tp kelakar la..perkara yag akan mendapat tumpuan seluruh negara tatkala bermulanya musim PABM adalah melihat gelagat pemidato antarabangsa..kelakar kot dyorg..pandai berseloroh. tapi paling tak boleh nak tahan perut ketawa ketika mereka dok membodek malaysia..haha...nak menang punya pasal..puji macam2 pasal malaysia...ingat boleh menang la??hahahaha...

dan untuk kategori nusantara, btul kata Aidil Abd Ghaffar, sudah terang lagi bersuluh, memang confirmlah malaysia menang...TAHNIAH buat abg Amirrudin, dah kaya da semalam menang USD5000..hari tu dapat gak duit time menang peringkat kebangsaan :)

ni gambar2 yang dapat ditangkap dari jauh ketika mereka sedang berpidato.


PICC..lokasi kejadian.


pentas pertarungan


emcee hari kejadian


pemidato dari Russia : DARIA KAMYSHNIKOVA
naib johan antarabangsa


pemidato dari Singapura : MUHAMMAD IZWAN BIN OTHMAN
tempat ketiga Nusantara


Dari Turki : HALIL IBRAHIM
johan antarabangsa


wakil brubei daressalam : AWANG HAJI ABDUL RASHIG BIN AWANG HAJI DAMIT
naib johan nusantara (baru perasan dah haji dah brader ni)


pemidato dari Korea Selatan :KIM SO YEON


wakil dari China : GUO ZI TONG


calon KITA : AMIRRUDIN ABDUL RAHMAN
johan Nusantara


peserta yang suka bermain mata dari Australia : GENEVEIVE WOODS
ketiga antarabangsa



nota buku '555' : simpati pada pemidato dari Jepun yang rumahnya ranap dek tsunami serta gagal untuk menghubungi ahli keluarganya.
simpati juga buat ammar yang gagal untuk menyertai kami ke PICC..hhahahaha..






Takziah JEPUN

semalam dengar berita tentang gempa bumi jepun dan tsunami.gempa berukuran 8.9 pada skal richter dan menyebapkan tsunami  dan ombak setinggi 10meter. sacry~teringat zaman tsunami acheh 2004.




PEMANDANGAN dari udara menunjukkan stadium besbol di Soma, Fukushima yang rosak teruk dan berlumpur selepas dihempas gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda utara Jepun, semalam. - Foto AP


MUATAN kontena bertaburan dan rosak teruk selepas dihempas gelombang tsunami terburuk dalam sejarah Jepun berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter melanda Sendai, semalam. - Foto AP


TANGKI menyimpan gas asli terbakar di Wilayah Chiba, Tokyo, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda hari ini. - Foto Reuters


PANDANGAN udara memperlihatkan keadaan tsunami yang melanda Lapangan Terbang Sendai, Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini - Foto Reuters



takziah buat warga jepun.juga kepada pemidato wakil dari jepun dalam PABM kerana rumahnya ranap, dan ahli keluarganya gagal untuk dihubungi.

Friday, March 11, 2011

Kesabaran, Redha dan Hikmah.

Dalam kehidupan ini, permasalahan memang sentiasa mendampingi diri kita.permasalahan ini dilihat sebagai rencah utama dalam 'resepi' kehidupan kita. sebagai manusia yang dilahirkan normal juga masalah sememangnya takkan melupakan kita, dari sekecil masalah yang dapat dirungkaikan dalam sekelip mata sehinggalah masalah yang boleh menjadi pertikaian antara dua negara amnya. masalh juga dilihat sebagai penyakit yang sering menyerang segelintir manusia yang lemah imannya sebagai jalan untuk diuji oleh pencipta kita. Maha Suci Allah yang mentadbir sekalian alam.

           "kulli da'id dawak..illalmaut..." sesungguhnya setiap penyakit itu mempunyai penawarnya kecuali maut.

persoalannya di sini, bagaimana masalah itu dapat diselesaikan?

anda mesti selalu dengar pernyataan, 

               "sabar itu sebahagian daripada iman.."

SABAR. sabarlah dalam setiap ujian yang kita terima, kerana sabar itu sebahagian daripada iman kita. sesungguhnya setiap masalah yang menimpa kita itu telah ditentukan oleh Allah dengan bertujuan untuk menguji kesabaran kita. dan sabar itu sebahagian daripada iman, lantas ujian itu untuk menguji keimanan kita. oleh yang demikian, sebagai umat islam yang dikurniakan iman di dada, mengapa kita perlu meraut seribu kedukaan serta kita mudah mengalah bagaikan sebuah kapal yang kehilangan nakhodanya? yakinlah bahawa itu adalah ujian Allah untuk meguji keimanan kita. 

REDHA. redha dalam erti kata lain pasrah sepenuh hati terhadap qada' qadar kita. apa pentingnya redha ini? kita mungkin tercari-cari apakah yang dimaksudkan dengan pasrah dengan ujian daripada-Nya tanpa mengetahui musababnya, tapi yakin serta redhalah memang akan ad hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku, redha ini menjadi jawaban kepada permasalahan yang kita sukar untuk merungkaikannya. bagaimana kita seharusnya menerima setiap ujian tersebut. dan mengapa tigak ujian tersebut diperturunkan kepada hamba-Nya yang lain.redha inilah menjadi jawaban ideal kepada masalah ini. pasrah dengan segala ketentuan Ilahi. pasrah untuk menerima ujian tersebut.

HIKMAH. setiap perkara serta kejadian tiu ada hikamhnya, ada asbabnya ia terjadi. secara halusnya hikmah dalam konteks ujian daripada Allah adalah sedikit ganjaran yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya yang telah diuji,. bagaimana hikmah itu dilunaskan? hikmah bagi sesuatu ujian yang kita hadapi sebenarnya telah diselitkan pada ujian tersebut.dan hasil hikmah daripada ujian tersebut tertakluk pada kita. kadang2 kita dengan lantas akan perasan hikmah tersebut. dan ad kiranya hikmah itu memakan masa untuk kita sedari. 

sabar, redha dan hikmah adalah tiga perkara yang pasti akan mencakupi dalam konteks ujian yang diturunkan oleh Allah. bersabarlah kita apabila menerima sesuatu musibah. banyakkan beristighfar. igt tuhan.kembalikan jiwa dan roh anda kembali rapat kepada Ilahi. kemudiannya terimalah setiap ketentuannya dengan hati terbuka. sesungguhnya, hanya kesabaran adalah penawar kepada ujian daripada Allah.kemudian redha. insyaALLAH, hikmah setiap kejadian senantiasa menunggu anda. 

***post ini didedikasikan buat teman yang mengalami kedukaan setelah sedikit musibah melanda dirinya.
wahai teman. sesungguhnya aku ada di sisi mu sebagai teman tatkala kamu kesusahan. Be strong k! 

                        "InnaALLAHa ma'ana"..............sesungguhnya Allah bersama kita.

jumaat, 11 mac 2011, 4.14 a.m.

Thursday, March 10, 2011

10 Peoples that I inspire....

dalam dunia ni pasti akan ad insan yang kita teruja untuk jasikan sebagai idola, atau dalam erti kata lainnya ialah role model utk diri kita. ermm... setiap individu pasti akan ad perspektif tersendiri untuk memilih insan tersebut. dn aku pon begitu... nak taw siapakah insan yang bertuah itu??
 lets check this out!

(10) Nabi Muhammad s.a.w

<sorry takda gambar>

ni opkos la kan..sape2 pon..hahahaha....perfect~

(9) Dato' Onn Jaafar


sape yang x kenal kan ngn Dato' Onn...insan politik yang banyak berjasa pada negeri johor dan juga malaysia, insan yang menubuhkan United Malays National Organization (UMNO), namun akhirnya meninggalkan gagasan itu setelah ideanya utk memasukaan bukan bumiputera dalam UMNO ditolak. kekentalannya membuatkan aku begitu teruja untuk mengenali lebih lanjut mengenainya.

(8) Ustazah Siti Nurbahyah


Penceramah agama yang sgt popular serta berpengaruh.senda lawak serta pengisian yang mantap membuatkan aku terpukau serta terpegun mendengar ceramahnya. satu benda lagi yang best, aku takkan tidur time ceramah ustazah ni..yela, biasa kalau ceramah lain konfirm aku akan terlelap..ceramah yang bosan je la*

(7) Chef Wan


Chef no 1 di malaysia and some says also in the world, setaraf gak kot ngn martha steward dia ni...bukan sahaja dia masak je terrer.tp bab travelling dia pon agak bagus. kalau dia jadi duta malaysia dalam bab makanan terbaiklah..semua bnda dia tahu. kenapa aku inspire dia, sebab dia lelaki dan dia pandai memasak..macam aku..hihi.. :)

(6) Nicol ann David


pemain no 1 dunia dalam bidang squash ni memang aku solute ah...dia dah membanggakan anak watan..di mata dunia..kalau boleh aku pon nak jadi mcm dia..banggakan nama malaysia di mata dunia walau mgkin dalam bidang lain :)

(5) Ustaz Asrul Rabbani


pertamanya, al-fatihah buat roh Allahyarham ustaz asrul:

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ€ٰÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ ﴿Ù¡﴾الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِينَ ﴿Ù¢﴾ الرَّØ­ْÙ…َÙ€ٰÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ ﴿Ù£﴾Ù…َالِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ الدِّينِ ﴿Ù¤﴾ Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ ﴿Ù¥﴾اهْدِÙ†َا الصِّرَاطَ الْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ ﴿Ù¦﴾ صِرَاطَ الَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَعَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ غَÙŠْرِ الْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ ÙˆَÙ„َا الضَّالِّينَ



seorang pemyanyi nasyid terkemuka negara, sangat mengasyikkan suaranya. lagu2 rabbani semuanya evergreen,namun Allah lebih menyayanginya.

(4) Nur Madiha


ok.ni kawan baik aku sejak dari form 5 lagi kot. pastu kat matrik..and skrg dia kt UUM..amek kos ape ntah la..aku luper..sorry madiha..hahahaha...ok.fullstop.

(3) Tun Abdullah Ahmad Badawi


mantan perdana menteri malaysia yang ke-5. mengakhiri zaman pentadbirannya dengan sedikit reputasi yang merudum, tp aku tetap respect kat pak lah ni sebab dia la perdana menteri pertama dari aliran islamic sikit..hua33...selain itu dia gak orang penang. (negeri kedua aku skrg)..hahahaha..motif kan?

(2) My Family


of kos my family...mereka yang sgt bantu aku dalam kesulitan.korg ad ke amek kisah pasal aku? hahahaha..mereka la insan2 yang paling aku syg..terutama bila xdak duit (xguno punyo anak ha)..hahahaha..mereka sumber inspirasi aku time aku kesusahan. bila aku ad mslh jer, pasti aku akan igt balik nasihat2 yang mak ayah aku bg kt aku..dulu mase dgr mgkin aku x hirau sgt, tp bila skrg..nasihat2 itu sgt brguna..sayangilah keluarga anda....

lastly....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(1) Myself lah....


sape lagi la nak memotivasikan aku ni. yela.aku ni suka pendam masalah. so aku sendiri la akan memotivasikan diri aku sendiri. takda sape pon paham ngn hidup aku ni yang agak komplilkated.huhu.xperla...kadang pon aku ni suka bikin mslh. tp aku cuba untuk menjadi yang terbaik. sekurang2nya aku menjadi yang terbaik untuk diri aku sendiri :)

p/s:list org yang aku inspire ni xda rank priority.haha.. 









Wednesday, March 9, 2011

Aku rindu KMJ!!!

  


malam ni ntah kenapa aku terimbau zaman aku kt matrik. KOLEJ MATRIKULASI JOHOR. sebuah matrik yang agak kecil berbanding matrik2 yang lain. pentadbiran yang diketuai oleh pengarahnya bernama TuanHaji Abdullah Bin Idris, actually dia ni dulu pengetua skola aku..SMK SERI MENANTI, so aku memang da kenal rapat la ngn dia..huhu...




hari first masuk KMJ. aku x expect pon mende mcm ni akan berlaku pd aku. kehidupan aku, kawan2, ketua praktikum, 4flat..huhu,..alhamdulillah. mulanya aku tak nak pon masuk matrik, sebab mind set aku ckp matrik ni susah (memang susah pon) tp ntah mcmana ak boleh dapat 4flat sem1 dan dpt almost 4flat sem2..huhu..

bg aku cara aku belajar paling ideal pernah aku rasa adalah bila aku kt matrik. memang seronok belajar kt matrik ni...dari sistem asrama dia, sistem belajar, (ala2 SBP) haha, tp ni la yang memaksa aku belajar..aku ni sepisis yang kena paksa baru boleh belajar..kalau tak, hanyut lah macam skrg :(




ni aku nak citer pasal 4flat. bnda yang aku pndam smpi skrg..huhu,..aku x pon jangka akan dapat 4flat sebab sem 1 sgt annoying soalan exam dia, dengan carry mark aku sikit giler, yela, fizik aku dapat F kot time UPS..hahaha....memang tak sangka la.. sebelum result kuar pon aku da mintak maaf siap2 kat mak ayah aku, siap cakap lagi, kalau fail aku xnak smbung dan aku nak kuar matrik aku nak jadi cikgu sekolah agama..huhu... mak aku punya marah time tuh, mak aku cakap, ala, boleh nyer..insyaallah..




hari result kelaur, hari rabu, igt lagi, cikgu Ko-K bg lepas awal sebab nak bg kitorg tgok result..ntah paper jer..huhu..time tu aku lengah2 la..malas nak tgok..tp aku ni sepisis yang bkan pernah tahan sabar..last2 tgok gak..cek IC..satu2...910531015029...IC ak, berdegup dah aku...dr kiri aku semak..A,A,A,C.........4.00 eh? betul ker..? aku bisik, aku suruh kawan aku, amin, tgokkan..amin kata, haah, aku dapat 4.00..dia da menjerit dah..tp aku takda respon..senyap jer..mcm xde pape..haha..pastuh kawan2 aku tgok, aku tgok lagi..aku masih tak caya tu result aku,,siap kuar IC ag beb, bandingkan no..haha...last2 kali ketiga, aku g tgok ngn kawan aku yang dpt 4.00 gak..kali ni, aku tgok..terus aku menjerit, dan aku menangis bhai!..mender pertama aku buat, aku kuar enset, aku tepon mak aku, abg aku angkat, aku minx nak ckp ngn mak aku, dengan air mata berjurai, sob33...aku cakap ngn mak aku, "mak!! bang mal dapat 4flat!!!!!"
senyap..lame je senyap.....pastu aku jerit, aku takut la kan ntah mak aku terkejut ke ape ker, pengsan x caya aku dpt 4flat, tp mak aku menyahut lagi "....4flat tu ap mal?' mak maku jawab....ok..hahaha..time tuh aku gelak sepuas hati..beriya la aku cerita aku dapat 4flat..hahahaha...rupanya mak aku ataw pon 4flat tuh ap..kerlakar kan?hahaha...




sem 2: sem ni aku bukan xboleh dpt 4flat, cuma aku start malas sebab da dpt laptop...dan juga broadband..tp sebenarnya mindset aku yang buat aku malas, ok aku mengaku, memang aku pernah terdetik kat hati aku, rilek lah, sem 1 da 4flat, sem 2 rilek2 pon xper..haha..jahat x aku? dan sem dua gak aku xminat sgt kimia dia..haha..byk kena hafal..dan kimia la yang aku kantoi..yg lain A jer..huhu..alhamdulillah.



aku rindukan kawan2 baik aku, farid sehat, farid ngagipar, salam, endi, iqbal, ganu, nad, ramai lagila, ..tak terkire kot..(maaf la yer kalau nama xtersebut)..aku rindu suasana KMJ..jalan petang2..ushar2 awek..joging..(ok yg ni aku tipu)..aku rindu semuanya la, kafe..makan cendawan goreng..lauk faveret kt kafe A(kafe lelaki).. paling enting aku rindu nak pakai baju formal, sebab kat usm ni xde dah nak pakai baju2 macam ni, sini pakai seluar pendik pon xde msalah..hurmmmm.....












aku rindu KMJ!!!!!!!!!!!!!!!!


Tuesday, March 8, 2011

Pertandingan menulis puisi terpanjang!

Dengan lafaz "dengan nama Allah : maha pemurah : maha mengasihani"

sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Penghuni Desasiswa Fajar Harapan sidang 2010/11 (MPDFH)
dengan kerjasama daripada CPTAG USM dan Kelab Sains Politik, Universiti Sains Malaysia menganjurkan pertandingan mengarang puisi terpanjang. pertandingan ini terbuka kepada sesiapa sahaja, tidak hanya untuk mahasiswa/i USM sahaja, bahkan orang luar juga.
objektif utama pertandingan ini dianjurkan adalah untuk mengumpul sebanyak 45000 baris puisi sempena usaha kami untuk memecah rekod pembacaan puisi selama 72 jam. (baca sini)
unutk mengetahui lebih lanjut singgah sini.

untuk keterangan lanjut juga:


MPD Fajar Harapan menganjurkan satu pertandingan menulis puisi nusantara terpanjang....

Syarat-syarat ::
i) Mestilah menepati tema iaitu "Sahabat Selamanya"
ii) Minimum 300 baris dan ke atas
iii) Setiap baris mestilah mengandungi lebih daripada 3 patah perkataan
iv) Puisi mestilah yang original. Jika didapati di plagiat, penyertaan
adalah terbatal
v) Penyertaan adalah terbuka

Hadiah ::

1st place RM100
2nd place RM75
3rd place RM 50

Sila hantarkan puisi anda di Pejabat Desasiswa Fajar Harapan atau temui kami di Foyer DK K pada 7 - 17 Mac 2011....

sebarang maklumat lanjut, sila hubungi saudari Faridah (019-9273736)




Monday, March 7, 2011

MyCSD aku!

orang cakap aku ni bz 24jam. sebuk merata. xpernah duduk bilik. pastuh mesti korg ingat mata MyCSD aku banyak kan?

ok, today i'm telling the truth. actually xbyk mana pon mata csd aku dpt sidang nie..setakat ni 10 jer..sbab aku rasa byk yang x masuk lagi..


sebenarnya byk lagi yang xmsuk.
byk kot.smpi x igt dah.
antaranya:
pesta hoki penang-usm antarabangsa ke-37
sesi pemilihan wakil malaysia ke PABM
sekretariat pesta sukan dan kebudayaan majlis belia malaysia
ikatan mahasiswa anak johor.
perkumpulan mahasiswa negeri sembilan
sekretariat pencegahan rasuah USM.
projek2 MPD
mata MPD sendiri.
karnival matematik
seminar perancangan kerjaya
mentor rakan siswa
banyak kot.
mgkin mereka belum sempat nak isi kot..hohoho..
hopefully mereka masuk cepat2..da nak due date da nie...
=)

Pengabadian memori buat SASER.



buat pertama kalinya aku nak post pasal saser.ya! SASER: sekolah menengah sains seremban.sebuah sekolah yang dahulunya sering dihina, dikutuk sebab recycle sekolah org.haha.yang tu kami sangkal apabila kami membina sebuah demi sebuah kejayaan yang kami raih tahun demi tahun. bukan sahaja hebat dalam kelas, bahkan PUTERA HARAPAN ini juuga cemerlang di gelanggang kokurikulum. nak cerita pasal saser, setiap yang pernah menghuni sekolah ini pasti akan ada cerita tersendiri. begitu juga aku. dari seorang anak kampung yang tak tahu apa2 pasal dunia luar, saser lah yang menjadi saksi kemunculan akmal yang baru... di sini aku belajar bagaimana menjadi seorang manusia yang berdikari, profesional selain aku menuntut ilmu agar menjadi insan yang pintar. sejak saser muncul didada2 akhbar, merangkul takhta SBP, semua SBP duk dtg lawat saser, wt benchmark katanya. tp sebenarnya, mereka tak tahu resepi utama kejayaan saser. kejayaan saser bukan sahaja terletak pd guru2 nya yang komited mengajar 7hari seminggu.memulakan kelas seawal 6 pagi sehingga selewat 12 malam, kadangkala ahad pon mereka bertugas, namun kejayaan saser turut tercipa dengan wujudnya sebuah semangat hebat di atas kalimat keramat SASER itu sendiri. propaganda2 seperti SASER NAMAMU TERATAS:TAKKAN SASER HILANG TAKHTA sememangnya membangkitkan semangat juang putera harapan ini.

TERIMA KASIH CIKGU SEBAB SUDAH BEKERJA KERAS DEMI KAMI: SANGGUP MELUPAKAN SEBENTAR URUSAN KELUARGA DEMI KAMI!



menyentuh mengenai putera harapan. kenangan bergelar putera harapan SASER sgt indah. walaupon terselit sedikit sebanyak kenangan yang pahit. namun, jika hari ini aku memulakan pengkisahan sejarah hidupa aku, seminggu pon belum tentu cukup nak sudahkan. bagaimana, sistem kami belajar, yang rasanya belum lagi jumpa kt SBP lain, sistem kami makan. konsep makan berhidang itu sendiri sudah cukup menunjukkan permuafakatan antara kami. "jangan mula makan selagi ahli tray belum penuh" takpon "makan igt org belakang". *tersenyum sebentar.teringat pd istilah2 makanan yang selalu jumpa kt DM..ikan paus, spender berdarah..huhu...tak lupa juga tragedi keracunan makanan.sekali dapat makan dr DM tkc..huhu...
takpon makanan kt kantin along.hah! nama pon along kan..so, paham2 je la..haha..kuah kicap+sambal kene bayar 20sen..haha....telefon oren.ni salah satu cara mudah nak detect sesapa yang bawak henpon keasrama.org yg xde henpon je akan guna telepon oren tu..hahaa...kehidupan di asrama.: aku sgt bersyukur sebab dikurniakan bdk2 dorm yg sporting habis. senior: ejad, legend, step, gonjeng, syahrom, iqbal, junior: muar, lok, jawa ngn yusman. sampai sekrg aku belum jumpa budak sebilik paling best mcm mereka. hahahah...memg kdg2 gaduh2..tp kami mcm adik beradik dah.dr dorm ke kediaman.kasturi yang indah.

KASTURI KESATRIA KATARSIS

smpi skrg aku xtaw ape maksud ayt kat atas. tp tu la moto kediaman aku.haha..kuning warna rasmi.paling dekat ngn DM.selalu xda air kt aras aku. then mandi ramai2 kt sinki.biasala sekolah lelaki kan...ape nak dimalukan...hahaha...hari sabtu ad inspection.tp xde pon xper..same jer..pengawas yang sempoi~tabik kt korg! senior2..junior2...biasalah, seniority:mesti ade kan.tp bagi aku bnda ni la yg mencorak identiti junior supaya ikot corak acuan saser. hasilnya, Blackday 2007.tak igt tarikh. yang pasti malam sbtu mlm ahad, bulan ramadhan.*ok.fullstop.xnak cerita lagi.kang perang lagi.hahaha.....

OH TANGKI!!!!


tempat paling diidamkan kot bg setiap mereka yang baru habis spm..hahaha...
panjat tangki satu larangan dalam undang2 sekolah:tp dalam kamus seorang putera harapan itu adalah "syarat wajib" nk bergelar saserian..hehe...tangki tu ibarat mcm statue saser la.dari jauh da nampak.

JUMAAT! HARI KEBEBASAN

semua orang akan suka hari jumaat. kelas habis pd jam 12.15 tgahri, semua akan berpusu2, mencepatkan langkahan menuju kepekan sikamat.bukan nak segera ke masjid. tp masing2 ad tujuan tersendiri..ad yang ke ZION(cybercafe:main CS atau DOTA). ade yang nak g makan2 kt depan masjid.termasukla aku. kedai kuih tak pon kedai mee goreng mamak sebelah family store.mahal.tp sedap.pasti nk makan setiap minggu. then da kenyang msuk masjid tdow.bangun2 orang semua da berdiri nak solat jumaat..hahaha...balik, ad yang berebut2 nak naik bas. da mcm kt india da aku tgok...hahaha...ad gak yang sabar berjalan. tp itu lagi best. balik beli slurrpee kt 7eleven.

OUTING

takda ap nak diigt sgt. sebab aku xtaw nak outing sgt.haha..sekadar keluar beli brg.tp yang pasti tuju utama bdk saser adalah terminal 1 seremban.huh! tempat paling banyak pendatang asing.haha.ad yang tgok wyg, then balik asrama lepas pukul 6, hahaha..ape lagi sebat la jawabnyer...sejahat yg pernah aku buat dulu adalah tiru tndatangan warden.oppssss! hahaa..tu pon sebab emergency. aku ni dulu baik kt skola.tak pernah fly.hahaha.....

IOTA




kelas paling pelik bagi aku.haha..xtaw nak ckp ape. tp kelas lain pon hebat2. kalau hari minggu je mesti penuh tong2 sampah luar kelas dengan kotak2 pizza. semangat kelas sgt kuat. terutaman kelas sigma ngn zeta. tahniah la korg ye! 


PREP, BENGKEL AKADEMIK, LONJAKAN SAUJANA, PERKAMPUNGAN ILMU...

semua ni program yang di anjurkan oleh guru2.kire tuisyen la.kdg2 pon tensen gak..sbab ahad pon ad kelas. dulu aku sgt bnci bnda ni. tp lepas aku dpt result yg tak seberapa time spm, aku sgt menyesal tak hargai semua nie. *nasi da jadi bubur. 











dah tak larat da nk tulis ape lagi. banyak sgt memori yang nak diceritakan.korg kalau ad bnda nk stolly molly ley arr komen post ni..heheh...selasa ini.segalanya akan berakhir.sebuah legasi yang kian menjulang. namun apekan daya.kami tiada ap, hanya sekadar segulung kejayaan yang kami bina, tp kami tiada kuasa untuk mengubahnya. kami pasrah. untuk penghormatan terakhir, kami bersepakat utk memaparkan badge saser sebagai profil picture Facebook kami. hasilnya, bagai satu aura gelombang hijau biru melanda dunia FB kami. aku sgt takjub.megah.dan teruja melihat suasana yang ada. tak sangka kita begitu unite lagi setelah sekian lama meninggalkan sekolah. buat saser sekalian. aku sgt bangga sebab korg memang hebat. even perkara ini berlaku, korg sgt amek berat. buat kawan2 yang kucintai.biar nama sudah tiada.namun perjuangan kita belum selesai.biar mereka menolak nama keramat ni,biar kita yang bawa nama keramat ini kemata dunia. selepas ini bila ditanya kita sekolah mana: jangan segan jawabnya "SASER YANG PERKASA"....

sekian. 

.C202.KASTURI.IOTA.6BATCH.DALAM KENANGAN.










Sekolah Menengah Sains Seremban
Sekolah yang berwawasan
Berbakti penuh cekal
Harapan nusa bangsa
Bersemangat waja berpadu tenaga
Ilmu dituntut sepanjang masa
Tingkatkan iman dan takwa
Membentuk generasi mulia
Semua pengorbanan dihargai
Semua usaha dicontohi
Pemangkin kemajuan masa hadapan
Memartabatkan Sains Seremban
Memartabatkan Sains Seremban
Kamilah Putera Harapan