PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Monday, March 7, 2011

Pengabadian memori buat SASER.



buat pertama kalinya aku nak post pasal saser.ya! SASER: sekolah menengah sains seremban.sebuah sekolah yang dahulunya sering dihina, dikutuk sebab recycle sekolah org.haha.yang tu kami sangkal apabila kami membina sebuah demi sebuah kejayaan yang kami raih tahun demi tahun. bukan sahaja hebat dalam kelas, bahkan PUTERA HARAPAN ini juuga cemerlang di gelanggang kokurikulum. nak cerita pasal saser, setiap yang pernah menghuni sekolah ini pasti akan ada cerita tersendiri. begitu juga aku. dari seorang anak kampung yang tak tahu apa2 pasal dunia luar, saser lah yang menjadi saksi kemunculan akmal yang baru... di sini aku belajar bagaimana menjadi seorang manusia yang berdikari, profesional selain aku menuntut ilmu agar menjadi insan yang pintar. sejak saser muncul didada2 akhbar, merangkul takhta SBP, semua SBP duk dtg lawat saser, wt benchmark katanya. tp sebenarnya, mereka tak tahu resepi utama kejayaan saser. kejayaan saser bukan sahaja terletak pd guru2 nya yang komited mengajar 7hari seminggu.memulakan kelas seawal 6 pagi sehingga selewat 12 malam, kadangkala ahad pon mereka bertugas, namun kejayaan saser turut tercipa dengan wujudnya sebuah semangat hebat di atas kalimat keramat SASER itu sendiri. propaganda2 seperti SASER NAMAMU TERATAS:TAKKAN SASER HILANG TAKHTA sememangnya membangkitkan semangat juang putera harapan ini.

TERIMA KASIH CIKGU SEBAB SUDAH BEKERJA KERAS DEMI KAMI: SANGGUP MELUPAKAN SEBENTAR URUSAN KELUARGA DEMI KAMI!



menyentuh mengenai putera harapan. kenangan bergelar putera harapan SASER sgt indah. walaupon terselit sedikit sebanyak kenangan yang pahit. namun, jika hari ini aku memulakan pengkisahan sejarah hidupa aku, seminggu pon belum tentu cukup nak sudahkan. bagaimana, sistem kami belajar, yang rasanya belum lagi jumpa kt SBP lain, sistem kami makan. konsep makan berhidang itu sendiri sudah cukup menunjukkan permuafakatan antara kami. "jangan mula makan selagi ahli tray belum penuh" takpon "makan igt org belakang". *tersenyum sebentar.teringat pd istilah2 makanan yang selalu jumpa kt DM..ikan paus, spender berdarah..huhu...tak lupa juga tragedi keracunan makanan.sekali dapat makan dr DM tkc..huhu...
takpon makanan kt kantin along.hah! nama pon along kan..so, paham2 je la..haha..kuah kicap+sambal kene bayar 20sen..haha....telefon oren.ni salah satu cara mudah nak detect sesapa yang bawak henpon keasrama.org yg xde henpon je akan guna telepon oren tu..hahaa...kehidupan di asrama.: aku sgt bersyukur sebab dikurniakan bdk2 dorm yg sporting habis. senior: ejad, legend, step, gonjeng, syahrom, iqbal, junior: muar, lok, jawa ngn yusman. sampai sekrg aku belum jumpa budak sebilik paling best mcm mereka. hahahah...memg kdg2 gaduh2..tp kami mcm adik beradik dah.dr dorm ke kediaman.kasturi yang indah.

KASTURI KESATRIA KATARSIS

smpi skrg aku xtaw ape maksud ayt kat atas. tp tu la moto kediaman aku.haha..kuning warna rasmi.paling dekat ngn DM.selalu xda air kt aras aku. then mandi ramai2 kt sinki.biasala sekolah lelaki kan...ape nak dimalukan...hahaha...hari sabtu ad inspection.tp xde pon xper..same jer..pengawas yang sempoi~tabik kt korg! senior2..junior2...biasalah, seniority:mesti ade kan.tp bagi aku bnda ni la yg mencorak identiti junior supaya ikot corak acuan saser. hasilnya, Blackday 2007.tak igt tarikh. yang pasti malam sbtu mlm ahad, bulan ramadhan.*ok.fullstop.xnak cerita lagi.kang perang lagi.hahaha.....

OH TANGKI!!!!


tempat paling diidamkan kot bg setiap mereka yang baru habis spm..hahaha...
panjat tangki satu larangan dalam undang2 sekolah:tp dalam kamus seorang putera harapan itu adalah "syarat wajib" nk bergelar saserian..hehe...tangki tu ibarat mcm statue saser la.dari jauh da nampak.

JUMAAT! HARI KEBEBASAN

semua orang akan suka hari jumaat. kelas habis pd jam 12.15 tgahri, semua akan berpusu2, mencepatkan langkahan menuju kepekan sikamat.bukan nak segera ke masjid. tp masing2 ad tujuan tersendiri..ad yang ke ZION(cybercafe:main CS atau DOTA). ade yang nak g makan2 kt depan masjid.termasukla aku. kedai kuih tak pon kedai mee goreng mamak sebelah family store.mahal.tp sedap.pasti nk makan setiap minggu. then da kenyang msuk masjid tdow.bangun2 orang semua da berdiri nak solat jumaat..hahaha...balik, ad yang berebut2 nak naik bas. da mcm kt india da aku tgok...hahaha...ad gak yang sabar berjalan. tp itu lagi best. balik beli slurrpee kt 7eleven.

OUTING

takda ap nak diigt sgt. sebab aku xtaw nak outing sgt.haha..sekadar keluar beli brg.tp yang pasti tuju utama bdk saser adalah terminal 1 seremban.huh! tempat paling banyak pendatang asing.haha.ad yang tgok wyg, then balik asrama lepas pukul 6, hahaha..ape lagi sebat la jawabnyer...sejahat yg pernah aku buat dulu adalah tiru tndatangan warden.oppssss! hahaa..tu pon sebab emergency. aku ni dulu baik kt skola.tak pernah fly.hahaha.....

IOTA




kelas paling pelik bagi aku.haha..xtaw nak ckp ape. tp kelas lain pon hebat2. kalau hari minggu je mesti penuh tong2 sampah luar kelas dengan kotak2 pizza. semangat kelas sgt kuat. terutaman kelas sigma ngn zeta. tahniah la korg ye! 


PREP, BENGKEL AKADEMIK, LONJAKAN SAUJANA, PERKAMPUNGAN ILMU...

semua ni program yang di anjurkan oleh guru2.kire tuisyen la.kdg2 pon tensen gak..sbab ahad pon ad kelas. dulu aku sgt bnci bnda ni. tp lepas aku dpt result yg tak seberapa time spm, aku sgt menyesal tak hargai semua nie. *nasi da jadi bubur. 











dah tak larat da nk tulis ape lagi. banyak sgt memori yang nak diceritakan.korg kalau ad bnda nk stolly molly ley arr komen post ni..heheh...selasa ini.segalanya akan berakhir.sebuah legasi yang kian menjulang. namun apekan daya.kami tiada ap, hanya sekadar segulung kejayaan yang kami bina, tp kami tiada kuasa untuk mengubahnya. kami pasrah. untuk penghormatan terakhir, kami bersepakat utk memaparkan badge saser sebagai profil picture Facebook kami. hasilnya, bagai satu aura gelombang hijau biru melanda dunia FB kami. aku sgt takjub.megah.dan teruja melihat suasana yang ada. tak sangka kita begitu unite lagi setelah sekian lama meninggalkan sekolah. buat saser sekalian. aku sgt bangga sebab korg memang hebat. even perkara ini berlaku, korg sgt amek berat. buat kawan2 yang kucintai.biar nama sudah tiada.namun perjuangan kita belum selesai.biar mereka menolak nama keramat ni,biar kita yang bawa nama keramat ini kemata dunia. selepas ini bila ditanya kita sekolah mana: jangan segan jawabnya "SASER YANG PERKASA"....

sekian. 

.C202.KASTURI.IOTA.6BATCH.DALAM KENANGAN.










Sekolah Menengah Sains Seremban
Sekolah yang berwawasan
Berbakti penuh cekal
Harapan nusa bangsa
Bersemangat waja berpadu tenaga
Ilmu dituntut sepanjang masa
Tingkatkan iman dan takwa
Membentuk generasi mulia
Semua pengorbanan dihargai
Semua usaha dicontohi
Pemangkin kemajuan masa hadapan
Memartabatkan Sains Seremban
Memartabatkan Sains Seremban
Kamilah Putera Harapan

8 comments:

Yus Muslim said...

betul..byk kenangan..

kemana pun kita pergi...sejauh mana pun kita lari..
saser tetap di hati..

padle said...

kasturi!!!

fak ar sape yg tukar name skola...dem!

Anonymous said...

ape barang mandi kt sinki... org mndi kt dewan..uma uncle...uma pengetua..relax je..haha
gonjeng-

hidayahshariff said...

Wey. kesiannya korang. sedih kot. wuwuuuu
:'(

almond lamka said...

@yus : kenangan kt saser sgt infinity!!! sayu hati hari ini !!!!

almond lamka said...

@padle : yeah!! hidup kasturi!! terutamanya C202!!hahaha.. memang fak la..xtaw la ap motif dia an.

almond lamka said...

@gonjeng : hahahaha..tuh kalau ad air..kalau xde..pon mandi kt tangki hitam tmpt basuh baju tuh.best gak..pastu isteri cikgu kahar skodeng..HAHAHA

almond lamka said...

@dayah : kau sendiri rasa sedih..apatah lagi bnda yg terjadi pd kami ni..berkali ganda sedihnya taw...guru2 kami lagi beribukali ganda sedih....