PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Sunday, March 20, 2011

Zina.

Zina itu adalah sebagai perbuatan yang salah di sisi agama. Bukan sahaja agama Islam, bahkan semua agama di dunia ini mengutuk perbuatan berzina. Zina adalah perbuatan melakukan seks dengan rela antara lelaki dan perempuan tanpa hubungan sah perkahwinan atau pun pernikahan. Dewasa ini, perbuatan perzinaan dilihat sebagai salah satu masalah sosial di Malaysia. Perzinaan zina ini akan membawa pelbagai masalah social yang lain iaitu kandungan luar nikah, pembuangan bayi serta pembunuhan bayi. Lihatlah betapa jeliknya perbuatan zina ini yang akan membawa kepada seribu permasalahan dalam masyarakat.

               Isu perzinaan sering kali diperkatakan bagaimana untuk mencegahnya. Pelbagai solusi diutarakan. Penggubalan pelbagai undang-undang telah dilakukan bagi menghukum si pelaku zina. Sebagai contoh di Malaysia, penguatkuasaan denda sebagai hukuman yang akan dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Syariah. Menurut statistic dari Jabatan Pendaftaran Negara, seramai 17303 anak luar nikah Melayu didaftar diseluruh negara pada tahun 2010. Angka ini semakin meningkat saban tahun. Secara tuntasnya, hukuman yang dikenakan oleh undang-undang si Malaysia gagal untuk membendung penularan gejala social ini.

              Sebagai sebuah agama yang syumul, Islam telah menetapkan beberapa garis panduan untuk membendung gejala ini. Aturan ini terkandung dalam undang-undang Hudud Islam. Meskipun sudah beribu tahun digazetkan, namun hukuman ini masih releven untuk dipraktikkan, bahkan akan terus releven sepanjang zaman. Dalam Islam, zina itu dibahagikan kepada dua bahagian, zina muhsan dan zina bukan muhsan. Dua-dua mempunyai hukuman yang berbeza. Zina muhsan bermaksud perlakuan zina yang dilakukan oleh orang yang sudah mendirikan rumah tangga. Manakala bukan muhsan adalah pelaku zina yang belum lagi mendirikan rumah tangga.

               Setiap bahagian pelaku zina akan dikenakan hukuman yang berbeza. Hal ini kerana, tujuan pemberian hukuman mempunyai sebab yang tertentu. Bagi penzina bukan muhsan, pesalah akan dikenakan hukuman sebat seratus kali. Allah S.W.T berfirman dalam kitab suci-Nya, al-Quran,  Maksudnya:“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” . Dalam rakaman lain, Nabi Muhammad S.A.W bersabda, telah diriwatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibn. Mas’ud r.a bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali berlakunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan orang yang keluar daripada agamanya juga yang berpecah daripada jamaah orang-orang Islam.”

               Kaifiat hukuman terhadap penzina bukan muhsan pula adalah, sebat 100 kali dibahagian belakang badan di kawasan antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang tubuh badan manusia. Dari sudut sains, hukuman ini membawa satu kebaikan buat pelaku zina, bukan sahaja member pengajaran. Di dalam badan manusia, terdapat satu sistem pertahanan badan yang dipanggil sistem Imuniti. Sel yang paling berperanan dalam menghasilkan sistem pertahanan badan ialah sel darah putih. Sama ada B Limfosit yang berperanan menghasilkan Imuniti pembaikan sel ”Cell-Mediated Immune System”. Apabila virus Aids menyerang manusia, sistem pertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan dengan cara virus itu melekatkan dirinya di permukaan T4 Limfosit bagi menggagalkan fungsi T4 Limfosit sehingga manusia mengalami kelumpuhan sistem pertahanan badan AIDS ”Acquired Immunologic Deficiency Syndrome”. Bagi pesalah yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Sekiranya seseorang pesalah itu sudah dihinggapi HIV selepas penzinaannya T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV AIDS yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan sel-sel sum-sum tulangnya mati tidak dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel darah putih itu bertukar menjadi benih manusia. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang. Pesakit jenis ini mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.


               Bagi pelaku zina muhsan pula, mereka akan dikenakan hukuman rejam sampai mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud : ”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.Tetapi dari sudut sainsnya pula, jika pesalah tersebut adalah mereka yang telah berkahwin, apabila dihinggapi virus Aids sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang kurang menghasilkan antibodi kerana fungsinya lebih banyak ditumpukan ke arah penghasilan benih-benih bagi menghasilkan sperma-sperma baru. Pesalah jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus Aids dan rejam sehingga mati merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberi pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

              Hukuman bagi zina muhsan dan zina bukan muhsan adalah berbeza. Sepintas lalu ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika sabit kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran kepada mereka yang telah melakukannya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi pesalah jenis ini adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan. Keinginan mereka adalah disebabkan oleh dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskannya melakukan kesalahan zina. Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah yang sudah berkahwin kerana pesalah jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

               Impaknya, hukuman yang dianjurkan Islam ini fleksibel untuk dipraktikkan tidak kira mengikut agama dan kaum. Hal ini kerana, hukuman yang tegas ini akan membawa pengajaran kepada  si pelaku juga untuk masyarakat sekeliling sebagai satu peringatan. Selain itu juga, hukuman ini akan  memberikan kebaikan buat si pelaku zina yang belum berkahwin, lantas akan mengurangkan kadar jangkitan  AIDS di dunia ini.



No comments: