Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita. Allah menciptakan kita hidup dalam berpasang-pasangan. sudah tentu lelaki itu pasangannya wanita, yang jantan mesti ada betinanya. begitulah percaturan perjalanan kehidupan setiap hamba. telah ditentukan oleh Allah sebaiknya.
Satu dua hari ni, aku kembali kepada profesion aku sebagai doktor cinta. biarlah aku tak pernah merasai kehangatan nikmat percintaan, tapi orang cakap, selagi kita ada ilmu walau sebuah huruf, sebarkanlah sebab ia bukan hak kita, kita hanya pengantara antara tuan punya ilmu dengan hamba yang mengkehendakinya.
Ada tiga empat orang kawan aku call aku, mesej aku, menceritakan masalah perhubungan mereka dengan pasangan masing2. Hambar, dingin dan menyakitkan hati. Sebenarnya, aku sendiri pon tak tahu bagaimana nak menyelesaikan masalah mereka. Terus terang aku katakan, "tiada cinta sebelum alam perkahwinan. manisnya hidup itu atas ikatan perkahwinan" Tapi aku bukanlah nak blame sesiapa yang sedang bercinta, mungkin mereka menakrifkan istilah cinta bagi sudut hidup mereka dengan erti kata yang berbeza dengan apa yang aku paham.
Tetapi buat mereka yang sedang dilamun cinta, mari kita sama-sama renungkan kembali kehidupan anda bersama teman anda.
Pertamanya, bagaimana anda memilih pasangan anda. adakah anda memilihnya atas dasar suka sama suka, bagaimana pula dengan ciri2 wanita yang anda pilih itu, adakah si dia itu cantik? bagaimana pula dengan ilmu agamanya, keturunannya? sejauh mana anda tulus menyintai pasangan anda tersebut? dan yang terakhir sekali, sejauh mana anda mengharapkan perhubungan anda bersama pasangan anda tersebut.
Sebaik sahaja anda mula memasuki alam percintaan, perjuangan anda adalah untuk mempertahankan rasa cinta tersebut sehingga akhir hayat anda. Tapi bagaimana? kalau kita lihat, ada sesetengah daripada saudara kita diluar sana, bercinta bagai nak rak, berkepit ke sana ke mari "u jump, i jump", "kaulah cinta sehidup semati" tapi baru sebulan dua berkenalan, atau berkahwin sudah putus. Apa cerita bhai? Kononnya kami tak serasi, si dia gagal memberikan layanan yang terbaik, sudah bosan..dsb.
Seperti mana yang aku usulkan di intro tadi, hidup kita ini berpasang-pasangan, kalau sudah bercinta kenalah saling faham-memahami antara satu sama lain. Sesungguhnya hidup kita ni tak pernah sempurna, dan kita sebagai sepasang kekasih perlulah saling lengkap melengkapi..itu lumrah. kalau anda terlalu mengharapkan sesuatu yang terbaik dari pasangan anda, payahla. Kalau anda gadis yang comel cun tahap gaban sekali pon, dan anda rasa hanya lelaki yang paling kacak+gagah sahaja yang layak memiliki awak tu sudah silap tanggapan anda. OK, kalaulah hari ini anda terjumpa seorang mamat yang kacak+gagah macam aku, anda jatuh cinta lalu berkapel. Sebulan kemudian, anda trjumpa lelaki lain yang lebih kacak, lantas anda minat dekat lelaki tersebut, dan bercinta dengan lelaki trsebit, minggu depan anda terjumpa seorang aktor yang kacak seperti ZAHIRIL ADZIM, dan anda mula minat kepadanya... situasi ini boleh berterusan kerana anda berhak memilih sesiapa sahaja yang anda berkenan tapi persoalannya sampai bila anda harus bersikap demikian?
OK, tujuan aku tulis entry ni sebenarnya aku bengang dengan sikap segelintir wanita atau pon lelaki juga diluar sana yang gemar melakukan aksi seperti ini, senang cerita playboy lah kot. Bukan apa, jika anda sudah mengenali seorang lelaki, jangan cuba untuk menanam sikap membandingkan antara satu lelaki dengan lelaki yang lain! itu satu KEZALIMAN. !!!! terus terang aku cakap, kalaulah anda asyik membandingkan antara satu lelaki dengan lelaki yang lain dan anda sentiasa inginkan lelaki yang terbaik dalam kalangan semua lelaki kat malaysia ni, SAMPAI KE TUA LAH KAU MENG'ANDARTU'!!!
Saranan aku, IKHLASKAN hatimu dalam percintaan. Kita harus belajar untuk memahami pasangan kita. Kita juga harus menyedari setiap kekurangan pasangan kita, sedarnya kita atas kkurangan itu bukan sebagai alasan untuk kita membuang pasangan kita sebaliknya menjadi kekuatan agar perhubungan itu semakin erat. Ikhlaslah dalam setiap erlakuan anda, cinta takkan subur tanpa rasa ikhlas dalam perhubungan. dengan keihlasan lahirlah rasa kejujuran. dengan kejujuran terbitlah bibit-bibit kasih sayang dalam perhubungan. dngan bibit-bibit kasih sayang inilah timbulnya kemanisan dalam perhubungan.
Jika kita tidak ikhlas atau kurang ikhlas dalam prhubungan kita, lekas2lah wujudkan rasa keihklasan tersebut. Sesungguhnya Hawa diciptakan dari rusuk kiri Adam sebagai menjadi teman di sisi penyeri hidup si Adam bukan dari kaki untuk dipijak, bukan dari kepala untuk disanjung. Umpamakan perhubungan anda ibarat sepasang sudu dan garfu, siapalah garfu tanpa sudu, apalah erti sudu jika tiada garfu.
Renung-renungkan dan selamat berfikir~~
2 comments:
xyah kapel... sng :D... sume hepy.... hmm nt da smpai jodoh, kawen trus :D
xyah kapel... sng :D... sume hepy.... hmm nt da smpai jodoh, kawen trus :D
Post a Comment