PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Sunday, March 13, 2011

Kalau aku dapat RM1 juta.

pernah tak anda bermimpi dapat sejuta ringgit?
pernah tak anda berangan mcmana nak habiskan RM1juta itu?

kalau aku...
aku akan habiskan untuk:

1) pergi haji.
aku nak pergi jahi, nak bawak skali mak ayah aku. aku sangat kesia tgok mak ayah aku bertungkus lumus kumpul duit nak pergi haji. tapi belum kesampaian sebab anak2nya masih memerlukan bantuan kewangan untuk dibiayai. walaupun aku tahu susah untuk dpatkan giliran untuk menunaikan fardhu haji, tapi, aku masih boleh simpan dalam tabung haji, so, tinggal tunggu turn jer.. kalau mak ayah aku boleh habiskan duit untuk besarkan aku sampai jadik SEBESAR mcm ni, apa salahnya kalau aku gunakan duit tuh untuk tampung pembiayaan haji keluarga aku.

2) aku nak melancong pergi Jepun.
walaupon jepun baru lepas gempa bumi dan tsunami kelmarin, tp aku tetap berhajat nak ke sana. sebenarnya aku sangat jeles dgn kawan2 aku yang dapat fly pergi belajar kat luar negara. terutamanya macam jepun.macam best jer.pernah gak aku tersenyum sorang2 tgok album kawan2 aku yang duk stdy kt jepun. JELES beb...tu la dulu masa SPM belajar malas.main-main. sekarang tgok orang lain berjaya ..tu la nak menangis....

3) buat jamuan makan.
jamuan makan ni aku nak khaskan untuk kawan2 aku masa belajar kat SK Kundang Ulu, SK Parit Bulat, SMK Seri Menanti, SASER, KMJ ngn USM...terutama sekali kawan2 skola rendah aku. aku sangat rindu kat diorg. nak sangat jumpa ngn diorg.. tapi apakan daya, susah nak jumpa, masing2 da ada haluan hidup sendiri. jamuan tuh yang penting spesial sebab nak raikan perkahwinan aku. dalam kata lain aku nak kahwin walau setakat ni belum ada calon.haha

4) aku nak bangunkan kampung aku.
kampung aku bukan bermakna kampung aku kat muar. tapi kampung aku kat Felcra Sg Ara. aku sayang kampung ini. nak bangunkan bukan aku nak bangunkan satu kampung, cuma aku nak buat balik rumah aku yang da usang kat sane..huhu...kalau rumah aku dah baru, barulah kampung aku tuh nampak ceria..hehe

5) buat pelaburan.
duit kalau banyak mana tapi kalau tak reti nak menabung, tak kemana kan? so, aku nak melabur untuk menjamin kelestarian harta aku. haha. aku nak melabur dalam saham serta dalam bidang pertanian dan perladangan. aku anak orang kampung dan anak seorang petani, (walaupun aku tak minat pertanian)..hahahhaa....then, aku nak bkak perniagaan sendiri. aku nak bangunkan sebuah syarikat atas nama aku. yang akan menjual barangan aku serta hasil kerepek buatan mak aku.hehe.

nak dapat sejuta sekelip mata memang mustahil. tapi tak salah kan kalau nak bermimpi dapat duit sebanyak tuh. huhu ^^,

p/s: tapi tak salah kalau nak mempunyai sejuta Rupiah..hehe

4 comments:

Ze_Mhis said...

mantap... paling suka dengan point number 1. good luck.

yasmine danny said...

pergh,,, der, ko wat company laaa,, ak nak bekerja under company ko... kekeke.... btw, niat hasrat ko mang okey!!! n__n loike~~~loike~~~loike~~

Musliha Akmallamka said...

@piah : huhu..berbakti pada ibubapa.

Musliha Akmallamka said...

@yasmin : hahahahaa..ak nak bkak syarikat ice blended...