"kulli da'id dawak..illalmaut..." sesungguhnya setiap penyakit itu mempunyai penawarnya kecuali maut.
persoalannya di sini, bagaimana masalah itu dapat diselesaikan?
anda mesti selalu dengar pernyataan,
"sabar itu sebahagian daripada iman.."
SABAR. sabarlah dalam setiap ujian yang kita terima, kerana sabar itu sebahagian daripada iman kita. sesungguhnya setiap masalah yang menimpa kita itu telah ditentukan oleh Allah dengan bertujuan untuk menguji kesabaran kita. dan sabar itu sebahagian daripada iman, lantas ujian itu untuk menguji keimanan kita. oleh yang demikian, sebagai umat islam yang dikurniakan iman di dada, mengapa kita perlu meraut seribu kedukaan serta kita mudah mengalah bagaikan sebuah kapal yang kehilangan nakhodanya? yakinlah bahawa itu adalah ujian Allah untuk meguji keimanan kita.
REDHA. redha dalam erti kata lain pasrah sepenuh hati terhadap qada' qadar kita. apa pentingnya redha ini? kita mungkin tercari-cari apakah yang dimaksudkan dengan pasrah dengan ujian daripada-Nya tanpa mengetahui musababnya, tapi yakin serta redhalah memang akan ad hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku, redha ini menjadi jawaban kepada permasalahan yang kita sukar untuk merungkaikannya. bagaimana kita seharusnya menerima setiap ujian tersebut. dan mengapa tigak ujian tersebut diperturunkan kepada hamba-Nya yang lain.redha inilah menjadi jawaban ideal kepada masalah ini. pasrah dengan segala ketentuan Ilahi. pasrah untuk menerima ujian tersebut.
HIKMAH. setiap perkara serta kejadian tiu ada hikamhnya, ada asbabnya ia terjadi. secara halusnya hikmah dalam konteks ujian daripada Allah adalah sedikit ganjaran yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya yang telah diuji,. bagaimana hikmah itu dilunaskan? hikmah bagi sesuatu ujian yang kita hadapi sebenarnya telah diselitkan pada ujian tersebut.dan hasil hikmah daripada ujian tersebut tertakluk pada kita. kadang2 kita dengan lantas akan perasan hikmah tersebut. dan ad kiranya hikmah itu memakan masa untuk kita sedari.
sabar, redha dan hikmah adalah tiga perkara yang pasti akan mencakupi dalam konteks ujian yang diturunkan oleh Allah. bersabarlah kita apabila menerima sesuatu musibah. banyakkan beristighfar. igt tuhan.kembalikan jiwa dan roh anda kembali rapat kepada Ilahi. kemudiannya terimalah setiap ketentuannya dengan hati terbuka. sesungguhnya, hanya kesabaran adalah penawar kepada ujian daripada Allah.kemudian redha. insyaALLAH, hikmah setiap kejadian senantiasa menunggu anda.
***post ini didedikasikan buat teman yang mengalami kedukaan setelah sedikit musibah melanda dirinya.
wahai teman. sesungguhnya aku ada di sisi mu sebagai teman tatkala kamu kesusahan. Be strong k!
"InnaALLAHa ma'ana"..............sesungguhnya Allah bersama kita.
jumaat, 11 mac 2011, 4.14 a.m.
1 comment:
thnx~
btOl kata akmal kn...hidup mmg xlari dr mslh...
tp mslh itu lh yg mnedewasakan kita...=)
Post a Comment