pernahkan anda?
ermmm....
saya tiba-tiba berminat hendak mengupas ceritera lelaki yang menangis...
wajarkah?
Kenapa lelaki menangis?
# Kebanyakan lelaki akan menangis apabila: Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

sesetengah lelaki yang aggap mereka ini LELAKI SEJATI akan mengatakan ia tidak wajar...bukan?
mengapakah mereka perlu mengatakan sedemikian?
sudah tentu mereka akan mengatakan lelaki yang menangis ini akan menjatuhkan maruah seorang lelaki..
lelaki yang menangis ini tidak macho dan sebagainya...
namun pada realitinya, salahkah lelaki menangis?
bagi saya tidak...
saya sendiri pernah menangis...
semasa abang saya yang sulung meninggal dunia 11 tahun yang lalu saya menangis,
semasa pertama kali masuk asrama, ditinggalkan oleh emak dan ayah juga saya menagis, tapi tidak la sampai meraung2..sekadar menitiskan air mata sebak kerana pertama kali meninggal mereka berjauhan..itu pun pada hari pertama sahaja...kemudian pada minggu berikutnya juga saya menagis sebab dapat tahu yang adik kesayangan saya demam seminggu kerana rindu pada saya..saya sangat sayu ketika itu kerana teerpaksa meninggalkan adik kesayangan saya ketika memasuki asrama...
itu cerita saya...
saya pasti se-metroseksual atau se-macho mane pon anda, anda pasti pernah menangis...haha
paling tidak pon menangis ketika hendak dikhatankan ketika kanak2 dahulu..haha...betul kan?
bagi saya releven untuk seorang lelaki menangis atas sebab tertentu...
menangis adalah lumrah sebuah kehidupan...
melalui menangis, kita dapat meng-ekspresikan sebuah perasaan yang terbuku dalam diri kita...
Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.
Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.
Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.
Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

1 comment:
-yasmine danny-
yups!!! Menangis itu perlu~~ =)
Post a Comment