PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Wednesday, January 19, 2011

Komited dalam kepimpinan....



semenjak saya menjejaki bumi USM...
suatu benda yang pelik telah melanda diri saya...
suatu benda yang tak pernah terjadi dalam seumur hidup saya...
semenjak saya bergelar mahasiswa USM..
saya telah menjadi begitu aktif...
saya giat menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti...
apa yang saya rasa bila beraktiviti, sangat seronok kerana di saat ini lah saya akan mempunyai ramai kawan dikeliling...
kerana, selama ini saya hanya bertemankan diri sendiri bila tiada beraktiviti, apabila beraktiviti, saya akan mempunyai kehidupan yang sangat riang kerana kebiasaannya saya akan kebosanan bila bersendirian...






saya juga memegang beberapa jawatan.....
ada ramai kawan saya bertanyakan pada saya bagaimana saya boleh memegang beberapa jawatan dalam satu masa...
bagi saya memegang jawatan bukan hanya sekadar memyandang kepopularitian...
memegang jawatan adalah satu tanggungjawab serta amanah ynag sangat berat untuk dipikul..

bagi saya, dalam memberi komitmen kepada sesebuah badan kepimpinan, kunci utama dalam menjalankan jawatan dengan baik ialah dengan memberi sepenuh tumpuan serta KOMITED dalam menjalankan tanggungjawab...
jika kita tidak mampu dalam memberikan tumpuan dalam jawatan atau tugas kita secara amnya, jangan mengada2 untuk memegang sebarang jawatan..
ramai lagi insan cemmerlang di luar sana yang mahukan jawatan anda...
apabila kita menjadi ketua dalam sesebuah jawatankuasa, kunci utama kejayaan adalah memberi perhatian kepada setiap tugasan yang dilakukan oleh anak buah...
kebajikan mereka amat penting dan seharusnya diutamakan...
sebagai pemimpin juga, kita tidak seharusnya memilih bulu dalam memberi layanan terhadap setiap anak buah kita....






selain itu, sebagai pemimpin kepada sesebuah organisasi, kita seharusnya tidak mencampurkan masalah peribadi dengan kepimpinan...
perkara ini amat perlu kerana, pemimpin tidak boleh emosi dalam menjalankan tugas...
apa yang saya lihat dalam pelbagai kepimpinan yang pernah saya sertai,
ada sesetengah pemimpin yang bersikap lepas tangan dengan anak buahnya, serta melupakan kebajikan anak buahnya,
perkara inilah yang akan menyebabkan sesebuah organisasi itu tidak akan berkembang dek kerana sikap ketua ini yang hanya ibarat enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing2...
walau apapun yang paling penting, sikap tolak ansur dan keikhlasan adalah perlu dalam hidup kita seharian dalam definisi kepimpinan berorganisasi...


No comments: