PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Tuesday, January 25, 2011

Pabila Mahasiswa Berdemokrasi...



hangat..hangit...bahang mula terasa dipelusuk bumi Mineden apabila aura Pilihanraya Kampus (PRK) mula merebak ke serata USM..
PRK...apa itu PRK?
kerajaan sesebuah negara dibentuk selepas satu pilihanraya dijalankan untuk memilih ahli dewan perwakilan rakyat ataupun dikenali sebagai parlimen...
badan politik yang memenangi kerusi parlimen yang paling banyak akan memerintah serta menerajui lantas membentuk sesebuah kerajaan bagi mentadbir negara itu...

ciri yang sama juga diperlihatkan dalam situasi suasana kampus di mana sebuah pilihanraya dijalankan bagi memilih wakil2 setiap pusat pengajian bagi memenuhi kerusi2 Majlis Perwakilan Pelajar...
bagi sesetengah mahasiswa USm, inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh mereka...
yang kecewa tahun lepas akan kembali bertading bagi merebut kerusi itu semula..
bagi yang baru bergelar mahasiswa tercabar serta teringin untuk menyandang kerusi panas itu....
serta yang memerintah sibuk berkempen untuk mempertahankan kerusi yang mereka selesa duduki...

apasahaja mereka berlatarbelakangkan, yang penting teras perjuangan mereka ialah kebajikan mahasiswa serta demokrasi di kampus..
sejauh manakah perjuangan mereka berhasil mahupun sejujur manakah mereka mengotakan janji mereka dalam manifesto mereka, itu anda sebagai rakyat kampus yang akan menilai...
pokok pangkalnya, anda sebagai warganegara kampus USM berhak untuk mengundi serta memilih calon yang anda yakin mampu membawa satu perubahan kepada warga kampus terutamanya dari aspek kebajikan mahasiswa....

menyebut perjuangan kebajikan mahasiswa, isu yang hangat kali ini ialahsistem WIFI desa yang perlu dinaik taraf, penutupan kafe desasiswa fajar harapan serta jika pelajar mengundi pihak Pro-M, mereka tidak akan diberikan bilik di desasiswa (merujuk kepada risalah yang baru saya terima sebentar tadi). tidak ketinggalan pula isu Komuter U yang maish lagi hangat diperdebatkan...
bagi pihak lawan pula, mereka masih lagi mempertahankan setiap tujahan serangan politik dari pihak lawannya...

walau apapun kita sebagai pengundi...duduk dan lihat sahajalah apa yang akan mereka lakukan sebagai permainan politik mereka...
yang penting, mana yang baik kita sokong serta yang kurang molek kita ketepikan...
masing2 diberikan akal fikiran untuk berfikir serta memilih mana calon yang paling pantas buat mereka...
semoga suasana politik kampus kita akan lebih matang serta kebajikan mahasiswa terjamin....
kepada yang bertanding pula selamat berkempen...berfikir sebelum mejual manifesto anda....
yang akan menang pula TAHNIAH diucapkan...selamat menjalankan tugas serta laksanakan tanggungjawab anda..tunaikan segala manifesto...pastikan hak kami terJAMIN!!!

No comments: