PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Sunday, January 23, 2011

Gerai Harmonika....

Hadis Nabi S.A.W, 9/10 rezeki dari perniagaan,walau pon hadis ini masih diragui lagi kesahihannya,
tapi saya sangat tertarik dengan pernyataan ini..
yalah, jika kita fikir betul2....dengan melalui jalan perniagaan sahajalah kita akan mendapat memajukan diri lantas melipatgandakan pendapatan kita...
sehubungan dengan itu..
saya sudah mula menanam minat dalam bidang perniagaan seawal umur 13tahun lagi dengan menjalankan perniagaan menjual makanan segera disekolah..huhu....
agak menguntungkan juga la masa itu..
saya masih ingat lagi masa saya tingkatan 2, ketika itu saya mengambil sijil darjah khas sekolah agama kerajaan johor....
saya mampu membayar semua yuran pengajian serta segala perbelanjaan buku teks dengan menggunakan duit hasil daripada keuntungan saya...alhamdulillah..
kerja peniagaan menjual makanan segera saya berlarutan sehingga ke tingkatan 3..kemudian masa tingkatan 4 sudah berhenti kerana masuk asrama penuh...
tidak cukup dengan itu, masa saya dalam pengajian program matrikulasi di kolej matrikulasi johor, saya menjalankan perniagaan cybercafe di bilik saya..huhu...mennyediakan sewaan jalur lebar kepada sesiapa yang berminat dengan mengenakan bayaran sebanyak hanya RM1.00 sejam....
memang memberi pulangan apabila saya tidak perlu untuk membayar sewa bulanan jalur lebar saya selama 5bulan..segalanya dapat dibayar dengan hasil sewaan jalur lebar saya...

bagi saya perniagaan yang dijalankan memberi kepuasan...
saya sangat komited dalam melakukan kerja2 yang saya suka lakukan....
sedikit sebanyak dengan berniaga dapat mengurangkan sedikit rasa stress saya walaupon berniaga sememangnya memenatkan...


GERAI HARMONIKA

minggu lepas saya telah diberikan mandat oleh MT majlis penghuni desasiswa fajar harapan USM, untuk menjadi pengarah projek untuk gerai jualan MPD untuk Healthy Lifestyle Campaign,,..

memikul tanggungjawab sebagai CEO gerai ini amat saya suka dan saya terima dengan hati terbuka kerana inilah minat saya...
huhu....walau pon saya diberi masa yang sangat singkat untuk membuat persiapan gerai, namun alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...antara menu yang menjadi jualan hangat semasa hari kejadian ialah Ice Blended dan \jagung manis...

di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan jualan saya...mereka yang banyak memberikan bantuan sepanjang perjalanan jualan terutamanya MT MPDFajar Harapan serta barisan exco Jabatan Keusahawanan dan Penajaan....JASA ANDA AMAT DIKENANG....








No comments: