membicarakan isu seorang kawan memang menjadi faveret saya buat masa ini..
ini kerana, orang cakap pengalaman mendewasakan kita, dalam dunia realitinya, kawan2 la yang banyak mendewasakan saya.
selama ini, saya suka untuk menjadi seorang pemerhati. pemerhati yang sentiasa memerhati sikap, ragam serta situasi seorang kawan..
terpulang lah, samada kawan itu seorang baik, jujur, setia, jahat, hati busuk mahupun kawan yang makan kawan.
kerana seorang kawan, kita mudah berkecil hati,
kerana seorang kawan, kita mudah terasa,
kerana seorang kawan, kita da tak bertegur sapa.
namun, dalam konteks berkawan, apa yang anda paham dengan definisi seorang kawan?
bagaimana pula dengan seorang sahabat? teman? dan juga rakan...
bagi saya, frasa kawan, rakan, sahabat,dan juga teman memberikan sebuah pengertian yang berbeza serta mempunyai nilai keakraban yang berbeza.
saya ada ramai kawan...mereka terdiri dari pelbagai golongan serta latar belakang, ada yang dtg dari pelbagai ceruk negara, berperwatakan yang sangat berbeza antara satu sama lain, mempunyai ciri kelebihan serta kekurangan yang berbeza serta bertutur dengan dielek atau bahasa yang berbeza...
namun bagi saya setiap kawan adalah sama sahaja...
mereka adalah insan yang sering mewarnai hidup saya...mereka ibarat pelakon2 tambahan yang mewataki sebuah teater kehidupan saya...
berbeda pula dengan seorang sahabat...
secara jujurnya, sehingga kini saya belum lagi menjumpai seorang sahabat yang sejati...
seorang sahabat yang daat memenuhi setiap permintaan saya, yang dapat mendengar setiap suara hati saya..
bagi saya sahabat seorang yang baik semestinya, jujur pada persahabatan tersebut..serta sentiasa menyenangi kita..senang di sini termaktub dalam konteks erti kata mereka ini memahami hati budi saya, sentiasa bersefahaman, tidak menyakiti hati kita,
kejujuran adalah kunci rahsia untuk membuat kawan kita menjadi seorang sahabat kepada kita...
memahami antara satu sama lain seharusnya diamalkan bersama agar kekurangan yang ada dalam persahabatan dapat dilengkapi bersama...
seterusnya, dalam bersahabat, janganlah kita cepat untuk berprasangka buruk terhadap sahabat sendiri, ini mudah untuk menjejaskan hubungan baik kita dengan sahabat kita...
seeloknya, siasatlah dahulu pucuk pangkal setiap permasalahan...amatlah tidak wajar jika kita mudah untuk menjatuhkan hukuman dengan mengatakan sahabat kita itu tidak jujur dalam persahabatan.
secara simulasinya, andaiakan anda berada disebuah kamar perbicaraan, pihak pendakwaraya menujah2 bukti terhadap tertuduh, dan tertuduh pula tidak diberikan peluang untuk membela diri..lantas hakim yang mengadili perbicaraan tersebut terus menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh berdasarkan alibi2 yang ditujah oleh pendakwaraya..adakah ini adil wahai pembaca sekalian...???
molek sekiranya kita bawa berbincang bersama-sama, menyelesaikan permasalahan atau rasa tidak puas hati yang timbul secara baik dan berhemah..kan itu lebih bagus?
selain itu, permasalahan yang timbul atau punca keretakan dalam hubungan persahabatan yang sering terjadi ialah sikap kita yang sukar untuk menerima kenyataan, pembaharuan atau pun teguran dari sahabat kita,..
setiap orang mempunyai pandangan tersendiri terhadap sesuatu perkara. begitu juga dengan persepsi seseorang terhadap individu yang lain.
apa yan kita gambarkan pada diri kita hari ini mungkin ia baik...sedangkan kita teruk dari pandangan orang lain. sedangkan kita mempunyai keburukan dari kacamata orang lain....
ya, ini memang persepsi orang lain, peduli lah apa yang mereka hendak tafsir, tapi, kita hidup bermasyarakat, adakah masyarakat akan menerima kita jika kita mempunyai sikap yang pentingkan diri sendiri dengan degil untuk mengubah kekurangan yang ada pada diri kita...
seharusnya dalam bersahabat, kita haruslah sentiasa bersifat berlapang dada untuk menerima setiap komen, teguran atau pun nasihat yang diberikan oleh sahabat kita..janganlah anggap diri kita sahaja yang betul...
setiap manusia itu bersifat lemah dan tidak sempurna....sebaiknya kita terima setiap input teguran itu dengan hati terbuka, kita proses input itu dengan pemikiran kita yang rasional dan kita lahirkan sebuah input yang sebaiknya..proseslah sebaiknya kerana kita adalah sebaik2 kejadian, dibekalkan dengan akal yang senpurna untuk berfikir,..fikirlah, kenapa sahabat kita berkata begitu, kenapa dari sudut pandangan orang lain kita mempunyai kekurangan, kenapa apa yang kita buat dapat tentangan dari masyarakat sekeliling....
^^,
5 comments:
perfecto....aku like post nie berulang kali yang benar fahmi mazelan~:)
saya dah jumpa seorang teman sejati
tapi disaat itu amat susah untuk kita temui teman sejati
brtul2 teman sejati
alhamdulillah
kini kuntemui dia
ditakdirkan jodoh kami terhenti di matrik
kami ditakdirkan bertemu jua di usm
alhamdulillah
fahmi; thx weyh..huhu...anda sumber inspirasiku~
naimah: tahniah beb! jagalah sahabat itu sebaiknya~
aku buat blog pasal teman, ko pon buat blog pasal teman gak... xaci tol....
- Yasmine danny -
Yeah... kawan? kdg2 blh jd lawan... Even xde ribut-taufan-tsunami pon ley perang. Sy da lalu ini, dan sy rase x perlulah tegur 'kwn' itu lg.. Cari kwn lain yg lbh baik dari 'kwn' itu...
Sahabat? Yeah~~~ sahabat itu perlukan masa, cpt @ lambat kalo d takdirkan Allah sahabat? InsyaAllah pasti. Sahabat x hipokrit dan jujur. kalo pakaian kiter x kene? mereka akn slowtalk ckp betul2 bg pro and const why.. sahabat itu yg pasti.. Sahabat utk ngam x kira rate masa.
Tp, keluarga is the BEST peneman. sbb keluarga lg telus perbicaraannya. Susah-senang pon keluarga...
So, keluarga adalah tmpt pertama diikuti sahabat next adalah kawan dan last adalah x-musuh( x semestinya musuh kekal sbg musuh selama2nya ^^). =D
Post a Comment