PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Monday, January 24, 2011

Apabila mahasiswa mengalahkan artis...

sebut sahaja mahasiswa/i kini...
apakah yang terlintas di pemikiran anda?

bijak? pandai? hebat? petah berkata?
namun siswa hari ini lebih 'advanced' daripada itu, mereka bukan sahaja hebat di dalam kelas..bahkan mereka juga hebat bersaing dalam istilah bergaya...
siswa hari ini sangat kaya...

kaya di sini merujuk kepada siswa USM lah yer...sebab saya mahasiswa usm...
apa tidaknya, hampir kebanyakan mereka memperolehi tajaan biasiswa tak kira lah JPA, BKTAI, biasiswa dari mana2 syarikat mahupun PTPTN...

saya lihat mereka sangat tidak terlalu bijak dalam menguruskan kewangan mereka...
simptom keborosan dapat dilihat apabila musim elaun semester baru masuk...
di sini lah saya mengertikatakan mereka sebagai kelompok yang sangat pandai bergaya mengalahkan artis...
ada yang membeli telefon bimbit baru, ada yang membeli komputer riba baru dan sebagainya, hampir setiap minggu mereka akan memeriahkan pusat2 membeli belah setempat dan memborong sakan barangan yang ada di pusat membeli belah itu....

dan sesuatu yang hebat akan melanda setiap kali saya menghadiri kuliah....
kadang2 saya rasa seolah2 berada di konvensyen fesyen antarabangsa....
pakaian mereka main lagi....terutama yang kaum hawa...
DAHSYAT!!!!
seakan2 mereka akan berlawan antara satu sama lain pula....siapa pakai pakaian paling cantik+mahal dia menang....haha...ada pula yang terdedah depan belakang, bawah atas....
ni yang payah...ini lah yang dikatakan penderaan mata terhadap kaum adam..haha...
tak fasal2 kaum adam dapat temgok 'wayang kulit' free pulak kan..
nasihat saya kepada kaum tersebut ini pula, nak bergaya silakanlah, tapi hormatilah orang lain....yang penting jangan terlalu boros berbelanja pakaian baru sehingga kewangan sendiri terabai serta pelajaran juga....

dan yang paling mustahak ialah...HENTIKAN PENDERAAN MATA KEPADA KAMI KAUM ADAM!!!!




sekadar gambar hiasan sahaja

4 comments:

Nabilah Najmuddin said...

suka ini!..harap2 bukan tergolong yg mberi pnderaan mata tu...:)

Unknown said...

(^^,) gempak...

Nur Fajariah said...

nice!hrp aku pun tak tergolong dlm penzinaan mata kaum adam jugk..:D

yasmine danny said...

Pergh!!~~ biasiswa melambak sbb tu dpt tgk dorg bgaya sakan.. Smg ak pown x t'golong dlm kumpulan mcm tu.. ^^