PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Thursday, January 6, 2011

Oh Muar! Daerahku permai (part 1: pengenalan)

bendera Rasmi Muar.


Pengenalan:


Daerah Muar terletak di barat laut negeri Johor, Malaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri dan juga daerah kecil Tangkak. Muar bersempadan dengan negeri Melaka di utara, daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan.
Daerah Muar berkeluasan 2346.12 km persegi dengan penduduk seramai 328,695 orang (bancian 2000). Perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada Muara. Kemungkinan lain ialah ia berasal daripada perkataan hindu iaitu “Muna” dan ‘Ar” yang masing-masing bermaksud Tiga dan Sungai, menggambarkan kewujudan Sungai Muar yang mengalir melalui bandar ini dan juga merupakan sungai terpanjang di Johor.
Pusat pentadbiran baru yang dikenali sebagai Muar 2 sedang dirancang untuk dibina di Muar. Pusat pentadbiran baru tersebut akan menempatkan semua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan dijangka terletak berhampiran dengan Muar Bypass di bandar Muar.

jambatan Sultan Ismail

kelihatan bangunan UMNO kini telah menjadi hotel.


Geografi: 
Bandar Muar terletak pada 2 o3′N 102o34′E, di muara Sungai Muar. Bandar ini berada pada kedudukan 150 km (93 batu) ke barat daya ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Ia adalah 50 km ke utara Batu Pahat dan 179 km ke barat laut Singapura. Pada tahun 2000, penduduk di Muar dicatatkan seramai 330355 orang. Jumlah ini semakin meningkat saban hari seiringan dengan kemajuan yang dialami oleh daerah Muar.

Sejarah:

Muar adalah kaya dengan sejarah tetapi disebabkan ketiadaan catatan sejarah yang sempurna dan bukti-bukti arkeologi, kebanyakan sejarah silam Muar tidak diketahui. Dipercayai sejarah Muar telah bermula lebih awal daripada Empayar Melaka. Pada tahun 1361, terdapat catatan yang menyatakan Muar adalah sebahagian daripada wilayah empayar Majapahit. Catatan lain pula ada menyebut bahawa Parameswara,pengasas empayar Melaka, pernah menubuhkan penempatan di Pagoh, Ulu Muar selepas melarikan diri dari Temasik sebelum menuju ke Melaka.Muar juga adalah tempat terletaknya satu-satunya makam kesultanan Melaka iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah 1 (1477-1488).Makam kesultanan Melaka yang lain telah dibinasakan dengan kejam oleh Portugis semasa penaklukan mereka ke atas Melaka. Muar turut memainkan peranan dalam mengekang kemaraan tentera Portugis pada tahun 1511. Bagi menangani serangan armada Portugis,Kubu Bentayan telah dibina oleh Sultan Melaka untuk mematahkan serangan dari arah laut.
Muar di era Portugis juga menempatkan sebuah kubu iaitu ‘Fortaleza de Muar’ bagi mempertahankan koloni Portugis daripada serangan Belanda dan Aceh.
Muar adalah bandar di-Raja di selatan Johor.Ia pernah menjadi sebuah Kerajaan merdeka dan berdaulat yang diperintah oleh Sultan Ali dalam masa yang singkat (1855 – 1877),apabila penguasaan negeri Johor (kecuali Muar) telah diserahkan kepada Dato' Temenggong Daing Ibrahim di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali. Sultan Ali adalah pewaris sebenar kesultanan Johor tetapi kelemahan beliau telah menyebabkan pemerintahan Johor dikuasai oleh Temenggong. Setelah beliau mangkat pada 1877, Muar akhirnya menjadi sebahagian daripada wilayah Johor. Muar turut dikenali sebagai Bandar Maharani, nama yang diberikan oleh Maharaja Abu Bakar pada 1884. Muar selama bertahun-tahun adalah bandar yang kedua terbesar di Johor tetapi kedudukan tersebut telah diambil alih oleh Batu Pahat. Namun demikian, Muar masih merupakan bandar kedua terpenting dari segi pentadbiran selepas ibu negeri Johor Bahru.


kesebukan bandar ekonomi muar



bangunan sultan ibrahim, pusat pentadbiran 



beca juga wujud di muar



wetex shopping complex...



jeti tanjung emas...sememangnya popular dengan riverviewnya



haha..yang ini bukan jambatan penang yer..ini jambatan kedua muar, terletak di bypass muar












durian di tanjung mas...simbolik kepada keenakan buah yg terkenal di daerah ini



masjid sultan ibrahim@masjid biru..keunikannya ia setentang dengan masjid sultan ismail diseberang sungai muar.


bersambung kebahagian kedua....



2 comments:

Syafiq Afandi said...

wetex dah len dah skunk ni.. mkin lawa

Anonymous said...

- yasmin danny -
Wah3... dulu ak pon ader wat blog sal muo tp... da lupe.. hahaha.. info yg mal bg mgkin hanya 40% di sini, mgkn sbb kekangan masa yg mencemburui.. hahaha... tp, btw, ak bangga dgn adenye blog yg menceritakan serba-serbi tntg muo sbb kalo kter tnye dak2 yg duk muo pon lom tentu lg dorg dpt cerita kan ape yg menarik kat muo. Jwpn common yg saloo ak dengar sprti "xde pe yg menarik ponnn"... haha... actually sg muar yg hubungkan muar-ledang pon ader ceritanya. its about war dolu2 laa.. majapahit-melayu melaka tp, its juz cerita, tol lah kata mal x dpt nk dibuktikan sbb x jmpe artifak bharge.. =( kalo nk taw ceritanya ley lah pekena mee bandung bentayan(kat bastand sblh astaka gerai belah kiri sekali dekat dgn tmpt tggu bas)haha.. pakcik tu la yg ceritakan kat ak sejarah sg muo tuh.. muo mang best, tmpat nk cari brg setempat. tp... ade gak yg berselerak sprti econsave kat jln pesta, giant kat seberang jambatan, K-Mall kat seberang gak sblh tmn tun syed nasir. haha.. Cinema ade gak cume x standard kat melaka.. tp, jgn risau, muo akn terima cinema baru. InsyaAllah. sbb skrg sdg dlm pembangunan yg pesat!!! Yeah!!! Muo gak bakal terima Universiti,(mgkin INDUK UTHM kat muo) sbb muo da ader ILP, Matrix, IKBN, MRSM, Skola men&rendah yg melambak sng cerita institusi pendidikan kat muo da lengkap cme Universiti jek on d way.. =)
Btw, SAYA SAYANG MUO!!!!!!!!!!!!! kakaka.. =))

p/s: opss!! sory mal kalo next post sal pendidikan. da tercerita lak.. keh3.. =P