PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Friday, January 7, 2011

Oh Muar! Daerahku permai (part 3: syurga makanan)

part ni paling saya suka untuk mencoret..haha...

sbab muar sememangnya popular dgn keunikan budaya serta makanannya...

apabila anda terdengar mengenai muar, apakah yang terlintas pada pemikiran anda?

bagi saya, saya mesti terliur dengan keenakan mee bandung muar, kenikmatan asam pedas parit jawa yang pastinya terangkat jika anda mencubanya....cendol parit jawa pula popular sehingga ke utara dek rasa cendolnya yg lembut juga halus....selain itu memang salah jika anda singgah ke muar jika tidak mencuba kopi 434....
bagi penggemar makanan laut, destinasi kegemaran anda semestinya medan sabak awor, menyediakan makanan laut bakar yang segar terus dari sungai/laut...

daerah muar juga sememangnya secocok dengan masyarakat jawa kerana majoriti besar penduduk muar adalah terdiri dari masyarakat jawa..di dalam msyarakat jawa itu sendiri mempunyai pelbagai jenis makanan yang eksotik serta tidak ditemui di perkampungan jawa di tempat lain...
menu utama masyarakat jawa ialah 'nasi ambeng', hidangan ini begitu istimewa kerana  ia sekarang sgt popular dan mudah di cari walau di tempat yang tiada masyarakat jawa...(sangat bangga)....

selain itu dalam masyarakat jawa, ad banyak lagi masakan yang menjadi identiti kami( saya guna frasa kami kerana saya juga adalah anak2 keturunan jawa, pure lagi..hua33) seperti pecel lele, tempe, kluban, jamalkunto,dan banyak lagi la..lau nk taw, explore daerah muar!!

tapi bagi saya yang paling best kat muar ni ialah mee bandung dengan asam pedas dia la..huhu..terbaik..dan memang lain, xdapat kat tempat lain..

mee bandung menu paling spesial kat muar dan menjadi identiti warga muar kerana hidangan ini hanya boleh didapati di muar sahaja..jika anda mencari di tempat lain memang ada, tapi tetap tidak sama rasanya dengan yang original. mee bandung ada pelbagai versi,tengok kepada tukang masak..versi ini mengikot kepada resipi mereka la, ad tukang masak gunakan udang geragau, ada yang gunakan ayam, ad daging berserta kacang tanah...mee bandung terbaik pernah saya rasa dia gunakan perencah udang, memang sedap giler!! sampai bengkak2 mulut sebab makan udang dia..huhu...



minuman yang best kt muar lak cendol parit jawa...actually saya x suka pon minum cendol..tp lepas minum cendol kt gerai ni saya jadi suka, yang jual kawan ayah saya serta ayah saya sendiri. gerai ni terletak di jalan masuk ke pasar parit jawa, depan dengan kedai ubat cina parit jawa, sedapnya cendol dia xyah cakapla, anda cuba sendiri baru taw! popularnya gerai ni sampai ke K.L, kedah, perak beb! ayah saya cerita la, mereka yang dr utara jika ke selatan memang akan singgah ke gerai ini untuk meneguk 3 hingga 4 mangkuk cendok..
huh! nafsu besar sungguh mereka ni kan..haha....

asam pedas pak ya..pernah masuk TV3 beb..memang terangkat lau cuba..hua3..

mee bandung muar..terliur x..??huhu....


bersambung kebahagian seterusnya.............

4 comments:

Syafiq Afandi said...

r,,,,,,,,,,,, homesick!!
huhuhuh

mEre HuMan Like Me said...

homesick juga..
T_T
dah lame kowt aq dok perak jew..
haha..ko balik sri menanti biLew mal??

Anonymous said...

- yasmine danny -
Wah!!! bukan takat meleleh air liuq daaaa... da cam nk bli tiket lek muo daa.. hahaha.. orak ngomong sal mee bandung.. pergh!!!~~ keren!!!! mkn cendol kat tgganu nggak arek pown,, tp kalo cendol kat muo.. Fush!!! wes arek pon tp mintak lg.. keh3~~ asam pedas??? mak ai~~~~~~ cair ak.. mal, ak mang rindu gler ahh kat makanan muo.. huhu.. apakan daya, bulan 5 t baru cuti lek muo.. huuu~~ T___T

Misz Nhh_1488 said...

hoi mal,xmaw tunjuk kan kampung kte yg indah permai tu ke???
hahaha