PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Thursday, May 26, 2011

Aku dan Kawan Aku yang Ada Blog.

Selamat Keceriaan semua.

pagi ni aku takde la nak update sangat. just td check dashboard aku, wow!!! aku tgok kawan2 aku semakin aktif dengan blog mereka..teruja aku nak baca satu persatu.bila aku baca, wah~bagus betul mereka ni..cepat belajar..yelah..bukan nak bangga diri kan, tapi 3,4 bulan yang lepas, ada la sorang dua kawan aku ni datang jumpa aku, "mal, ajarlah aku buat blog mal." haha..aku terkedu time tuh...kenapa mesti aku..?? haha..aku ni pn baru lagi dalam bidang blog..dan kata2 kawan aku..." ni je ke mal ko mampu bagi dalam blog kau? baru sehari dua buat blog dah ada fanpage FB blog..apelah~~kalau blog kau follower ramai takper gak...".. kepada kawan aku yang cakap benda ni, terima kasih aku ucapkan atas kritikan yang membina tersebut. aku pon tengah belajar. banyak lagi kekurangan dalam blog aku ni. setiap orang pon ada matlamat mereka sendiri buat blog kan.? secara peribadi, aku ada dua blog, ni blog yang public..aku ada lagi satu blog yang aku rahsiakan..khas untuk tatapan aku jer..haha..

aku tak nafikan, sejak akhir2 ni, banyak blog baru muncul macam cendawan tumbuh lepas hujan. perghh...so, ramailah dalam kalangan kawan2 aku ni yang mula berjinak-jinak dalam blog, lantas mereka mencari aku ..untuk ajar mereka buat blog..kenapa cari aku tu aku tak tahulah..selaku manusia yang baik..[hhaha..bajet baik jer an]..aku pon ajar lah mereka basic2 dalam blog..macamana nak post entry, macamana nak pasang widget..tapi tu je la yang termampu aku bagi..kalau yang superb2 tu aku tak la tahu sangat...sebab aku pon masih dalam belajar lagi. kita sama2 belajar yer~~bak kata seorang blogger yang aku agak tertarik dengan blog dia...."..kalau korang nak mahir dalam blog, korang kene carik sendiri,,google je senang..kalau semua nak kene kami otai blogger buatan memang tak dapat lah sebab dulu kami pon belajar sendiri..takde siapa yang ajar...".

kepada kawan2 aku diluar sana, teruskan kerjaya anda sebagai penulis blog. aku 100% menyokong usaha murni anda. kalau anda pernah kena serang atau apa sekalipon, pedulikkan bnda tu. aku sendiri pernah kena serang. BANYAK KALI. biarlah apa orang nak kata, walau pon mungkin aku tak follow korang, insyaallah kalau korang post link korang dalam FB korang insyaallah aku akan baca. PERCAYALAH. sebab entry yang korang tulis tuh seronok aku baca...kebanyakkan nya pasal bahan ilmiah la pasti..takpon pasal hidup korang yang agak sweet la untuk dibaca..ehehe...KEEP IT UP DUDE!!!haha..

sekian =)

Monday, May 23, 2011

Segalanya Musliha Akmallamka.

OK...Salam Kerinduan Buat USM. baru je seminggu lebih aku tinggalkan USM. da start rindu dah. mungkin sayang terlebih kot kat USM..hehehe...lagipon tak salah kot nak sayang lebih kat USM. U aku kot.haha.

baiklah. hari ni aku nak cerita pasal nama yang aku gunakan kat FACEBOOK. semua orang tau aku ni kaki facebook. sampai ada yang merungut. "kalau aku bukak FB je mesti nama kau yang penuh kat news feed aku...! menci taW~~~". yes! aku mengaku. memang aku suka post status. kadang2 5minit skali. tak pon aku akan share macam2 link kat wall aku. baiklah..[berat nak cakap] kalau korang tak suka dengan apa yang aku buat.aku memang tak boleh buat apa la, just HIDE my profile dari news feed korang..boleh kan..???tak pon kalau benci sangat..removed je aku terus. SENANG CERITA. aku tak halang. bukan nak sentap. bagi aku, takda masalah untuk aku  post status macam2. memang kadang2 aku post tu, aku marah2, aku tak puas hati dengan orang..tapi itu dulu, sekarang aku cuba untuk control perangai aku. aku cuba untuk tidak meluahkan apa sahaja yang belaku dalam hidup aku. sekarang aku cuba untuk menulis apa yang aku rasa aku nak share dengan orang lain.

kadang-kadang jugak status aku jiwang2. ini tandanya aku sedang dalam mood jiwang. mungkin aku teringat sesuatu yang lampau. mungkin aku teringat zaman remaja aku. ya, setiap orang berhak untuk meluahkan isi hatinya,macam tu jugak aku.so, aku post lah status yang jiwang2. dan kat sini, aku mengaku, aku memang sedang meminati seorang gadis yang bagi aku idaman aku. cuma takdela sampai tahap cipan nak admired gadis tuh giler2 an..just tetibe aku teringat kat si dia...tuh yang start menaip yang jiwang2 tuh..hahhhahahaha...

seterusnya, aku mintak maaf kalau aku menyusahkan korang dengan banyak sangat notifikasi pasal aku an, mungkin aku upload banyak2 gambar...pastuh aku tag korang[kalau ade kaitan dengan korang la] then kawan2 aku komen, kan menyemakkan noty korang kan? aku mintak maaf, kat profile aku memang banyak gambar, beribu2 dah kot. semua gambar tuh mengkisahkan perjalanan hidup aku.biarlah gambar tu tak secantik mana, takpe. yang penting kalau ade sesuatu event, aku amek gambar..pastuh aku upload...ia akan menjadi sesuatu yang akan dikenang sebagai "sweet memories" bersama2 kawan aku. ye la..kalau korang tengok pon, friend list aku dah nak mencecah 2K kot. semua tuh kawan2 aku yang aku 'collect' dari pelbagai aktiviti yang aku join, tak pon tu la kawan2 sekolah aku. almaklumlah kan, aku ni banyak kali transfer sekolah, konfirmlah banyak kawan aku. untuk pengetahuan korang, aku takkan add atau approve orang yang aku tak kenal UNLESS kalau tetibe aku nak carik kawan bau, or aku tengok profile picture dia, aku berkenan nak buat kawan..tapi...ada tapinya....aku akan remove orang tu kalau aku rasa dia bersikap dingin dengan aku. MAAF..itu polisi aku,

OK..ni berkaitan dengan nama pelik aku kat FB....MUSLIHA AKMALLAMKA...semua orang yang baru kenal aku takpon yang dah berkurun kenal aku tertanya-tanya, apa maksud disebalik nama MUSLIHA AKMALLAMKA tu? musliha tu nama awek aku ke.? pliss la weyh..aku ni kapel pon tak pernah taw..nak awek2 plak..haha...aku ni suci lagik la...HAHAHAHA...ok la..untuk pengetahuan korang, musliha tu adalah nama yang aku cipta dengan menggabungkan nama AYAH dengan MAK aku la.. nama ayah aku MUSLIM dan nama mak aku NOR REHA. aku amek MUSLIm dengan nor reHA...aku gabungkan..maka jadiklah MUSLIHA. kenapa musliha..?? sebab masa aku gabungkan nama ni aku tengah dengar lagu "MUSLIHA" dendangan Othman Hamzah..lagu retro ni, search je lah kat you tube kalau nak taw lagu apa tuh..dulu2 lagu ni hit gak...sedap didengar..aku sayang mak ngn ayah aku, tu yang aku letak nama mereka kat nama FB aku. Akmallamka lak..aku rasa korang sendiri boleh teka kot. kalau korang belajar math. korang akan belajar satu bab ni yang dinamakan sebagai LINEAR TRANSFORMATION. kalau mengikut hukum refleksi, nama akmal kalau direflekskan akan menjadi akmallamka.hahaha..tuh je la..simbolik dia, aku ni memang minat gile kat matematik..walaupon aku bukanlah genius matematik.takpe itu tak penting.

makin banyak dah aku melalut dalam blog ini. cukuplah kot. apa aku nak sampaikan ialah. aku mintak maaf kalau selama aku bersosial network dengan FB ni banyak menyusahkan korang. aku memang mintak maaf. tapi ada aku kisah?haha..account aku, sukahati au=ku la aku nak buat apa kan?haha..[xdela gurau je]....

the end.

Sunday, May 22, 2011

Pengorbanan Seorang Posmen.



yo!!! haha..hari kedua dirumah untuk cuti sem yang 4 bulan ni. agak bosan hari ni. habis semua orang aku mesej hari ni..wakakaka...kejam tak aku..??hehe


tengahari tadi..tengah2 lepak kat rumah, duduk depan pintu...


tiba-tiba.........................


aku ternampak posmen lalu depan rumah aku dengan menaiki motor EX5 merahnya dan dengan lajunya. dulu, masa aku sekolah menengah, ni la keja aku hari2...menunggu kehadiran posmen lalu depan rumah aku. motifnya? mestila tunggu surat..dulu time kanak2 aku suka masuk contest macam2 yang kat surat khabar tu, sirius..~~ahaahaaha..rajin gak la aku pergi pejabat pos, beli setem then pos la jadah contest yang aku masuk.macam2, teka silangkata, teka carik barang..etc...


walaupon aku tak pernah menang, tapi aku tetap rajin join contest bagai. semangat kot yang penting..macam cikgu aku selalu cakap dulu2 masa aku sekolah,,cikgu aku suruh je aku masuk macam2 pertandingan walau pada hakikatnya aku ni bukan ada bakat pon an~even cikgu suruh aku masuk pertandingan mengarang esei. dan semestinya aku kalah..dah memang aku takde bakat an~nak buat macamana. tapi cikgu aku keep on give me spirit lah..dia cakap..takpe..menang kalah tu kan adat pertandingan...dan ayat yang paling sadis pernah dia cakap.."kalau kau tak masuk pertandingan tu akmal,,sape lagi nak kalah kan..??hahaha.." =='


kembali kepada topik...aku selalu gak terfikir dengan tugas seorang posmen, takpon kerani kat pejabat pos. korang mesti pernah pergi pejabat pos kan? ha, kalau korang pergi pejabat pos, pernah tak korang mengira berapa banyak urusan yang boleh dijalankan di pejabat pos?? rasa berpuluh kot urusan yang boelh dijalankan kat pejabat pos. dari bayaran bil air, elektrik, bayaran bil telefon, mendepositkan duit simpanan, beli saham pon boleh dijalankan kat pejabat pos.dan tu belum lagi termasuk dengan urusan pos surat..dari surat biasa..kene timbang kalau berat..pos laju, pos ekspress...haha..mesti takde orang buat part time kat pejabat pos..hehe...


tu baru tugas kerani pejabat pos. sekarang tugas posmen lak. pernah tak korang bayangkan tugas posmen yang mungkin korang rasa ia takde lah berat, tapi cuba bayangkan kalau masa dia hantar surat tu, hujan lebat, mesti basah kan.? tapi pernah tak surat korang basah? tak kan? so, memang posmen ni seorang yang pengasih la kan..hehe...lagi satu, bila tengahari yang terik, mereka tetap hantar surat. biar pon panas terik..hurmm...


bagi aku, posmen banyak berjasa dalam hidup aku, surat tawaran ke asrama penuh dulu2, surat tawaran ke matrikulasi pon posmen yang hantar, even surat tawaran ke USM pon posmen hantar. kalaulah takde posmen..agak2 dapat ke aku masuk ke SBP? dapat ke aku masuk ke matrikulasi? dapat ke aku masuk ke USM..huhu...walaupon sekarang teknologi dah maju..dah ada internet, tapi pos mengepos tetap menjadi pilihan utama dalam menyampaikan sesuatu dokumen penting. lai2 kalau pos laju..mesti dokumen tu akan sampai right on time kan?




kalaulah guru, ibu, pekerja, semua ada hari khas untuk merayakan pengorbanan mereka, agak2 ade tak hari posmen sedunia?


hehe.......................

Thursday, May 19, 2011

Aku Dah Kurus...????

tadi aku pergi ke kebun.[ayat skema]
haha..semua kawan2 aku mesti tergelak kalau aku cakap aku pergi kebun. aku ni memang spesis paling malas nak kekebun.haha. tetibe terdetik kat kepala aku. . . . . .  .   .   .    .     .     .      .

kalaulah aku kurus............pernah tak korang bayangkan kalau aku kurus..???
adakah aku akan menjadi seperti ini-------------->

oh tidak!! an~tak mungkin jadi macam ni..at least  nama  ayah kami sama..haha
aku pernah bak bayangkan yang aku ni kurus..mcmana agaknya rupa aku ekk...haha..

tapi bila aku bayangkan aku kurus..banyak benda yang aku kene fikir gak. paling utama pakaian aku la kan...konfirmla kan nanti aku kene beli baju2 baru.wahh~~~~kos lagik..haha..kalau tak kurus..maintainkan aje berat badan yang ada..senang..hahaha....

tapi kalau aku tak kurus...ade ke awek nak lekat ngan aku..walaupon perempuan selalu cakap..lelaki CHUBBY mcm aku ni chomel..kih33...[jangan jeles]...

paper pon... kawan aku cakap..."always be proub with our own bodyshape.."hik33...


sekian.malas sebenarnya nak update.tp hati kata mau.

[dalam hati sebenarqnya nak gak berdiet.tp tak pernah menjadi.sesiapa ade petua nak kurus..meh la share]

Tuesday, May 17, 2011

Antara Lelaki Tinggi dan Lelaki Rendah, Mana yang Lebih Perempuan Suka.?

Salam Kehijauan Alam.Keindahan Ciptaan Tuhan.
[mood baru balik dari berPICNIC di Gold Coast Sepang a.k.a Pantai Bagan Lalang]

korang tahu, aku seorang yang suka bizibody dan suka mengambil tahu perkara yang tak sepatutnya aku amek tahu. HAHA.

suatu hari, aku pernah tanya pada kawan perempuan seUniversiti dengan aku, Universiti mana, itu dirahsiakan sebab untuk menjaga nama baik Universiti tersebut. hehe. soalan aku berbunyi begini:

"antara lelaki yang tinggi dan lelaki yang rendah, mana perempuan lebih suka?"
soalan yang agak sakarstik. itu ayat pertama yang kawan aku jawab pada aku. aku terperanjatlah. aku ingat soalan bodoh2 jer aku tanya kan. rupanya ada something yang sangat sensitif di sini. kawan aku ni jawab la pada aku, sebenarnya, ketinggian bukan la sesuatu yang perempuan amek kisah sangat zaman sekarang ni, bagi kaum hawa ada benda yang lebih penting mereka nilai sebelum tertarik pada seseorang lelaki.

aku tak nafikan, aku pernah dengar statement ni, lelaki tinggi dan PERKASA lebih laris dalam kalangan wanita berbanding lelaki yang kurang inci rendah. dan satu benda lagi yang aku tak nafikan ialah lelaki zaman sekarang tak macam zaman dulu, sekarang makin ramai yang macho2, kacak2, hensem2 dan JAMBU. ya, lelaki sekarang ramai yang jambu. dress up pon bukan kemain lagi ~jaga badan bagai atau erti kata mudahnya ialah METROSEKSUAL lah yer...orang cakap lelaki melayu dulu2 tak lah hensem mana, tapi entah sinar UV jenis ape ntah yang dah ubah sedikit demi sedikit DNA lelaki melayu zaman sekarang sehingga menjadi begitu kacak dan mempunyai paras rupa elok sebaris dengan lelaki dari golongan berkulit putih yang lain. sebagai bukti, muncul lah kumpulan K-pop Malaysia.haa[yang ni takde kaitan pon.sumpah aku geli dengan kumpulan tersebut.]

tapi suatu perkara lagi yang merunsingkan ramai gadis2 cantik molek diluar sana yang dahagakan kasih sayang[chewahh] semakin menjadi dilema. kawan aku yang tadi tu, menambah, sekarang ni, susah betul nak carik lelaki yang STRAIGHT dan TULEN. kadang2 kami lihat, "wahhhhhhhhhhhh~~~!!! kacak nye abang ni..." tapi lepas selidik2 rupanya dia ni punya nafsu yang cenderung pada kaum sejenis. senang cerita GAY lah~haha...

kenyataan di atas aku terima dengan hati yang ikhlas. ya! evolusi sekarang memang banyak dah mencerminkan perkara ini. aku malas nak cakap banyak. kalau korang tak percaya, bukak Facebook, search je "KELAB GAY SELANGOR" [ni contoh je]. tengoklah berapa ramai fan club dia. bukan selangor je ok~ SEMUA negeri ada fan club sendiri. termasuklah NEGERI JOHOR. sedih aku. bukan sikit fans dia. dan bukan muka pecah lobang masing2..semua boleh pergi jauh la ayat budak zaman sekarang ni kan.

yang kedua, aku lihat sudah menjadi trend zaman sekarang ni lelaki kaya mencari anak ikan lelaki muda yang ada paras rupa. mungkin statement aku gak HOT..tapi aku sendiri pernah nampak lelaki yang agak berada berpimpin tangan dengan seorang lelaki muda ynag agak jambu. dan lelaki itu adalah seorang mahasiswa! sekali lagi aku. sedih. dammmn~~ya ALLAH..kau bukakanlah hati mereka ini supaya kembali kejalan yang benar. kepada mahasiswa sekalian, aku nasihatkan, janganlah terjebak kejalan seperti ini. even korang terdesak duit sekalipun, ada banyak jalan lain untuk mencari reeki yang HALAL. sedih aku.

budaya GAY hari ini makin menjadi2. ntah la apa yang dalam pemikiran diorang. ada yang cakap.."saya gay dan saya OK.." [izinkan aku nak mencarut] WHAT DAAAAAAAAAAAAAAAA...................FFF!!!!! [maaf teremosi sikit] . tak payah fikir pasal hukum ISLAM la wahai kaum Adam sekalian. Undang-undang Malaysia pon langsung tak benarkan hubungan sesama jenis ni. kalau nak sentuh hukum Islam lagi la.. tunggu masa je Bumi Malaysia ni nak terbalik macam kaum Nabi Lut...Nauzubillah~

untuk kaum hawa diluar sana, nasihat aku, korang ada family~korang nasihatlah sendiri family korang. janganlah mereka terjebak kepada gejala tak bermoral ini. aku rasa semuanya bermula dari keluarga. mungkin kalau korang nasihatkan sedikit family korang akan membantu menangani masalah ini. kalau tak semua, tapi mungkin akan sedikit mengurangkan la kan..at least keluarga korang tak la terlibat dalam masalah ni. dan kepada gadis2 yang masih single dan pernah alami masalah yang aku mentioned kat atas ni..ape susah2..aku ni single lagi.haha..insyaallah~hehe..PEACE!!!

[~waallahua'lam~]

Monday, May 16, 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

tentu kalian pernah dengar kan sajak ini? 
ya..acap kali aku dengari sajak ini tatkala merayakan hari guru pada tanggal 16Mei. mengikut sejarahnya lagi, hari guru telah mula dirayakan semenjak 1956, sama tahun dengan tahun Laporan Razak 1956. bertitik tolak dari laporan ini, hari guru mula diraikan untuk menyedarkan masyarakat perihal pentingnya peranan guru dalam masyarakat mendidik anak bangsa. hari guru juga memangkinkan semangat ikhtisas dan muhibbah dalam kalangan guru selain memangangkat mertabat seorang guru dalam masyarakat.

tema hari guru berubah setiap tahun. bagi tahun 2011 pula, tema hari guru yang dipilih ialah 

"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

kalau nak sebut pasal guru kita, tak kiralah sesiapa sahaja, pasti kita akan ingat jasa mereka. termasuklah ibu bapa kita sendiri kan? mereka juga guru, guru yang mengajar kita pendidikan yang tidak formal kepada kita. 
kalau nak imbas kembali kenangan yang aku ada semasa sekolah rendah dahulu, memang tak terkira la..ada yang manis..ada yang pahit..adatlah kan.. kalau setakat kene rotan kat bontot tuh tak payah la cakap an. segala macam denda aku dah pernah rasa, dari berdiri atas kerusi, atas meja, duduk luar kelas sebab tak siap kerja rumah, kena tarik sideburn, 'jotos' [ni budak2 jawa je tahu apa] macam2 lagi la aku pernah kena dengan cikgu2 aKU. aku ni dulu nakal. SERIUS. memang nakal. 

tapi sekarang kalau lah aku aku dapat putarkan masa kembali, nak je aku ucap TERIMA KASIH cikgu sebab cikgu dah denda saya lepas je aku kena hukuman. benda ni la yang banyak sedarkan aku bahawa guru2 aku semua sayangkan aku. mereka sayangakan masa depan aku. mereka nak aku berjaya. mereka nak aku menajdi manusia yang berguna. kalaulah mereka tak sedarkan aku dari dulu lagi. aku rasa tak mungkin aku akan mengecapi kejayaan pada hari ini. 

buat guru2 yang pernah mengajar aku dari aku kecil sampai la sekarang. aku nak ucapkan selamat hari guru. semoga segala jasa dan pengorbanan yang guru2 sekalian telah lakukan akan mendapat balasan dari yang maha esa. kami tak mampu untuk membalas apa yang telah guru2 sekalian lakukan. teruskan usaha mendidik anak bangsa sebab tanpa guru gelaplah dunia anak bangsa.

'SELAMAT HARI GURU 2011'

Surat Cinta Layang.

heyo~~!!

semua orang taw aku dapat PPSL [Pembimbing Program Siswa Lestari]. dan semua orang tahu yang aku rahsiakan yanbg aku ni dapat PPSL. nampak benor aku ni HOT lagi COOL kan..haha..ramai orang nak stalk aku..hik33..

ok.bukan itu yang aku nak ceritakan. ini kisah aku selepas pulang dari kem latihan PPSL.

setibanya aku di desasiswa tercinta, Fajar Harapan, petang khamis..aku terus melabuhkan badan ke katil. penat yang teramat.haish...duk aku guling2 atas katil tuh [ayat macam aku ni kecik je nak guling2 atas katil bersaiz single bed] aku terpandang kepada sekeping kertas putih di atas lantai. aku sangat teruja untuk mengetahui kertas apa lah tu kan. aku terus la mencapai kertas tersebut.....

aku belek2..ade tulisan yang berunsurkan tulisan seperti ini:

kehadapan kekanda akmal yang dirindui,

kekanda, sudah sepurnama kita tidak bertemui. rindu sungguh adinda.
kekanda, tahu tak kekanda bahawa adinda sangat mencintai kekanda.
rasa macam sudah 1000 tahun kita berpisah kanda.
teringin benar adinda nak bertemu kekanda di tepian pantai morib seperti dahulu kanda.
kita bersama memadu asmara, ditemani siulan daunan nyiur yang melambai2.
kita berkongsi bersama semangkuk ABC,,,,
alangkah nikmatnya kanda.

kanda.
jika hati ini dibenar untuk bersuara.
bisa bergoncang dunia ini kanda.
ayuh lah kanda.
dinda teringin benar mahu ketemu sama kanda,
boleh ya kanda?

yang benar dinda yang merindui di perantauan....




haaaaaaaaaaaaaaaa...mcm tu lah surat yang aku baru terima.

aku sangat musykil.

3 perkara yang aku musykil

1)macamana dia tahu nama aku akmal?
2)macamana dia boleh tahu bilik aku?sedangkan aku cuma menumoang di bilik encik fahmi maelan?
3)macamana sia boleh jadik awek aku sedangkan aku tak pernah pon couple.

musykil an..???

pape pon "si dia" ni ade sediakan gambar untuk aku. katanya sebagai pengubat rindu untuk aku....

ni la gambar beliau----->

ni la gambar dia yang dia bagi. agak tak percaya la aku. tapi mungkin pelanduk dua serupa kot an..hehe
jangan jeles yer....aku ada scan lagi surat original tuh. sila buka new tab link ini untuk lihat surat original itu.

Saturday, May 14, 2011

Mari Melancong!!!

alhamdulillah. cuti semester 2 bagi Universiti Sains Malaysia dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya telah masuk [biarlah da seminggu mula, tapi aku baru nak cuti.]

aku mulakan cuti aku dengan pengembaraan ke rumah kawan aku di banting..yeeha~~~inilah banting [korang buat2 lah nampak ye..aku post entry ni kat banting.]

naik bas dari terminal bas sungai nibong jam 9.45pagi dan sampai ke 'pekan mato' klang sentral. maaflah kalau aku cakap pekan ni pekan mati..pada hakikatnya memang pekan mati..haha...bosan sungguh. sampai2 kat klang sentral je takde kedai makan. lapar ok!

petang aku baru balik rumah kawan aku. rumah kampung je..ok la..aku  pon duduk kat kampung an~hehe...malam ni nak round2 satu banting.jangan jeles....hahaha...

[motif post ni sebenarnya xde pape pon..saje je..berhabuk da blog ni lame tak update.hehe]

[koleksi gambar-sila buka kat new tab yer..sekian. gambar 1 , gambar 2 , gambar 3 ,gambar 4 , gambar 5 ]

Sunday, May 8, 2011

Perutusan Hari Ibu [Edisi Khas]

Selamat Pagi Ahad. Gloomy Sunday~

Hari I\ini adalah hari ahad. dan ahad ini bukan lah seperti ahad biasa yang lain. ahad dimana pelajar2 sekolah akan bangun pagi2 dah ready utuk outing [kantoi aku ada pengalaman.haha], ahad di mana kanak2 kecil kat rumah akan segera bangun pagi dan segera switch on tv masing2 dan tonton kartun, dan bukan  ahad di mana shopping2 complex akan di banjiri oleh manusia, baik spesis pendatang asing mahupun spesis anak tempatan yang tak sedar diuntung. ahad ini adalah ahad yang agak istimewa sebab ahad ini kita dikhaskan untuk merayakan hari ibu. ya HARI IBU!!!!

biarpun banyak mereka yang diluar sana yang mengatakan haram merayakan hari ibu, tapi bagi aku, ia harus malah dituntut. kerana apa? sebab kita ni manusia biasa yang memang lemah, punya pelbagai kekurangan. kadang2 kita tak sedar bahawa kita dah lupakan ibu kita sendiri, sebab kita terlalu asyik dengan dunia kita sendiri. kan bagus jika wujud satu hari di mana ada iklan2 kat tv, ad status2 kat FB...semua orang duk wish ibu masing2..kan indah tu.? bagi pon, pada hari ini kita hanya melakukan aktiviti seperti menghabiskan masa bersama ibu kita mungkin. bukannya kita lakukan sebarang perkara yang mungkar pon.

kepada rakan2 diluar sana, bagaimanakah anda mengahrgai ibu anda? tahun ni aku tak dapat nak bersama bonda tercinta di kampung sebab ada kerja sikit kat USM [lihat, manusia memang sibuk dengan urusan duniawinya]. bagi mereka yang masih punyai ibu, pergilah luangkan sedikit masa untuk bersama bermanja dengan ibu, kalau boleh hari ni kita layan ibu kita macam permaisuri. takkan tak boleh kot, ibu kita boleh layan kita dengan baik setiap hari, kita sehari takkan tak boleh kot. bagi mereka yang sudah tidak punya ibu. pergilah bacakan surah yaasin. sedekahkan alfatihah kepada roh ibu anda. dan ajaklah adik-beradik kita sama2 menghayati pengorbanan ibu anda kepada keluarga anda. 

marilah kita sama2 merasai kehadiran ibu kita, janganlah kita lukakan hatinya, dan selalulah kita minta maaf walau pun kita takda buat salah dengan ibu kita. mungkin kita tak perasan yang kita ada buat salah dengan ibu kita. jangan sampai bila ibu kita sudah tiada baru terhegeh-hegeh nak merasai nikmat itu~. 

teringat lak aku kat seorang kawan aku ni. dia dah lama kehilangan ibu dia. dia selalu cerita kat aku, dia teringin sangat nak kembali zaman kecil2 dia. dia teringin sangat nak makan masakan kegemaran yang di masak ibu nya sendiri. aku kadang2 menangis sedih jugak la bila dia ceritakan kisah hidup dia. dan dia memang marah kalau dia nampak seorang anak derhaka kat ibu mereka. 

akhir kata, sempenan hari minggu yang indah ni [ aik? bukan aku tulis  type gloomy ke td kat atas?] ambil lah masa sedikit. jenguklah ibu anda yer...

buat ibu-ibu diluar sana. tahniah! anda telah melaksanakan tugas anda dengan jayanya. 


"SELAMAT HARI IBU"

Job Vacancy Here.

salam hari ahad yang masih tengah malam lagi.

isu hari ini ialah cuti semester. alhamdulillah selesai semester 2 pengajianku di Universiti Sains Malaysia, setahun oatau santifiknya sesidang telah berlalu...sehalanya berjalan dengan penuh duri ranjau. dengan merangkak menatihkan diri. aku gagahi diriku ini untuk berdiri diplatform ku sekarang.walaupon aku sedar aku tidak lagi mampu untuk teruskan. namun aku terpaksa. terpaksa untukmengahrungi realiti yang aku pikul selama ini. semoga dengan sedikit ruang hajat yang aku simpulkan dapat merubah sedikit sebanyak yang aku alami hari ini,. Insyaallah...

ok..entry ni bukanlah nak bersedih2..haha...cuti sem dah bermula bagi pelajar ijazah pertama seluruh IPTA..cuti empat bulan weiii~~muai lar aku duduk rumah..haha..pada awalnya aku merancang nak bekerja cuti ni ..yela kan , cuti empat bulan kalau duduk wat lemak kat rumah je confirmlah mak aku bising...so, aku ingat nak kerja. ntahla..aku dok pikiaq dari arituh tak taw la nak reja pa nanti..haha..keluaq dah penang aku..hehe..sikit jah..baru blajaq lagi..hihi...

ini perancangan aku semasa cuti:

1) kerja kat sebuah minimarket kat tempat aku yang bernama 'Save n Save'. ayah aku cakap bos minimarket ni suruh aku datang interview. tapi akubelum sempat lagi nak pergi.

2) ajar tuisyen kat sekolah. ya, inilah bidang aku. aku sebenarnya minat nak jadik cikhu, tapi tak tahulah kenapa sejak aku lepas SPM, semua yang permohonan aku untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan tak pernah berjaya..haha.. aku ingat nak ajar junior2 aku kat SMK Seri Menanti. arituh cikgu ada jugak ajak aku. tapi aku tak dapat nak confirmkan lagi.

masalanya di sini ialah, kalau aku nak kerja kat save n save tu, aku kena balik ke USM pertengahan Jun ini hingga pertengahan Julai. sebulan duduk kat USM, ada gerak kerja Convex fasa I. haaaaaa...korang tahu Convex tu apa..? 

Convex is stand for Convocation Expo. haaa..expo konvokesyen usm la.setiap tahun memang akan ada pesta mcam ni. memang meriah taw. ini kali kedua lah aku join. tahun lepas aku join sebagai penyelaras Koridor Niaga, portfolio aku bahagian tapak. dan tahun ni alhamdulillah aku diberikan kepercayaan sebagai Timbalan Pengurus I Koridor Niaga. huh~!seram aku dengan jawatan ni. ni la jawatan kedua terpenting kat jabatan aku..haish..semoga dipermudahkan segala urusan aku....

lepas tu, macamana an aku ank kerja.. celup2 je ade kat rumah. ntahla.. nak amek lesen kereta lagi kalau boleh cuti ni. duit mana nak cekauu...????? ni yang merunsingkan aku sekarang. 

yang penting sekarang .....aku nak kerja jugak !!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, May 7, 2011

Wanita Ini Buah Hatiku

selaku lelaki yang agak normal, adalah bohong lah kalau aku cakap aku ni takda nafsu kat perempuan. BOHONG la weyh. lelaki mana yang tak stim terpikat kalau nampak perempuan gebu berbadan kerengga. kulit pulak macam ...putih melepak...haha..masyuukkk kot. aku selalu gak lepak2 dengan kawan2 aku yang spesis buaya darat sikit. mereka ni pantang lah kalau nampak perempuan spesis macam ni naik motor peluk2 dengan balak mereka yang muka.............[tetttttttttttttt]....

bak kata kawan aku seorang ni: "malang betul nasib awek tuh, dapat balak dah la gelap, muka pecah rumah pulak tuh...."

[hurmm no komen]

niat aku tulis type entry ni bukanlah aku nak bercerita awek tu cun, awek yang ni plak boleh pergi jauh, balak tuh macam artis KPOP malaysia, balak tuh muka macam jalan tak siap. bukan itu niat aku. bagi aku, kecantikan adalah satu perspektif yang terlalu subjektif yang kita boleh menilai sendiri, sebab tu kalau kalau kita lihat senario hari ini, lelaki tak hensem[pada pandangan anda la] dapat gadis comel nak mmmmm........[tak boleh mencarut]...

baiklah..malam ni aku nak perkenalkan seorang wanita yang selalu mendapat tempat terutama dalam hatiku..setiap hari aku akan merinduinya..setiap hari aku pasti akan lenguh2 tangan sebab menaip mesej demi si Dia yang aku sayangai ini. Insan ini amat bertuah kerana dikurniakan seorang lelaki seperti aku yang insyaallah akan setia menjaga Dia hingga akhir hayatnya..amin~

insan ini juga sebab dia sangat menyanyangi aku. yelah..dia berada di selatan. aku ni nun jauh di utara. susah nak jumpa. jarang sekalai dapat ketemu. setiap kali dapat jumpa, dia akan sediakan makanan kegemaran aku seperti mee bandung [ok.ini tipu, dia tak pandai pon buat mee bandung]. dia akan sediakan aku makanan air tangannya yang lazat2. memang aku takkan jumpa kat mana2.

insan yang bertuah yang telah bertakhta di hati ini ialah...
.
.
.
.
.
.
..
.

.
.
...

.
yang kiri tuh ya..bukan yang kanan.hehe
ini lag insan yang banyak berjasa kat aku. inilah insan  yang telah banyak mendidik aku. insan yang dah banyak keluarkan air mata sebab aku. insan yang telah banyak berkorban demi aku. insan yang telah banyak menhabiskan hartanya pada aku.

buat bonda yang tersayang.. Puan NORREHA BINTI HJ JAJRI

selamat hari IBU bang mal ucapkan.  setiap hari adalah hari ibu bagi bang mal. terima kasih sebab dah banyak bersusah payah untuk bang mal. nak type kat sini memang sangat banyak.. apa yang nak bang mal katakan, bang mal selalu berdoa agar bang mal diberikan kekuatan yang utuh untuk dapat balas jasa mak suatu hari nanti...insyaallah~

doakan bang mal diberikan kekuatan di sini, jauh berada di perantauan..

IBU..KAULAH RATU HATIKU...

.

Friday, May 6, 2011

Warkah buat si manja.

Buat awak yang berada di terengganu itu...

Assalamulaikum saya ucapkan.
awak, awak tahu tak hari ini hari apa? ya saya tahu awak mesti ingat lagi hari ini hari apa kan. sebab awak kan sayang sangat kat saya dulu, kan? awak, saya pon sayangkan awak jugak taw, dulu..hari ini dan hari esok, Insyaallah.

Awak, izinkan saya nak paggil awak 'manja' macam dulu2, masa kita masih hangat dibuai asmara cinta. Manjaku, kalaulah kita masih dalam armada cinta itu, sudah tiga tahun kan.? tapi kan manja, saya rasa macam baru semalam je kita berpisah. berderau darah saya taw manja.

manja, ingat lagi tak masa saya mula-mula lamar manja dulu? ala, saya pasti manja masih ingat, yang dekat tanjung mas dulu tu, ala..maaf le..masa tu kan kita masih sekolah..tahu2 je la..mana la saya tahu sangat nak bawak manja pergi jauh2.hee~sweet kan bila manja terima saya seadanya, pastu saya suapkan ABC kat manja. sedapkan ABC tanjung mas tu kan? manja tahu tak, bila saya rindukan manja, saya akan pergi sana, dan order ABC satu..terubat tau rindu saya kat manja....

manja, ingat tak masa manja merajuk dulu ngan saya, seminggu kita tak ketemu.. saya tahu, manja rindukan saya jugak, macam saya yang merindukan manja saya..setiap malam saya lepak depan rumah..sambil berkata-kata pada sang bulan...."manja, abang sayang manja...." dan ketika itu saya sangat berharap yang manja sedang berkata perkara yang sama pada saya. dan satu lagi awak, tak sangka lak memori ini bruno mars amek untuk lagu dia yang sekarang tengah top ni taw manja... lepas seminggukan tu kan manja, saya dah tak tahan, rindu sangat, masa tu la manja, saya baru paham dengan kata-kata, mandi tak basah, makan tak kenyang... masa tu kan manja, hari-hari saya update status kat myspace saya taw...ala myspace saya yang guna nama "prince indie" tu la manja..heee~ mesti manja tak dapat lupakan memori masa saya pujuk manja tu kan..sebab saya pon tak lupa taw..sampai sekarang..hee~apa tak nya, kalau saya teringat, saya mesti gelak sorang-sorang taw manja..hee~ apa taknya manja, ada ke bagi awak kekChocolate Mud Cake Secret Recipe yang saya beli dr batu pahat naik Ex5 cabuk saya tu tengah hari buta..lepas tu sampi je kat rumah hujan pulak kan..dah la cair..basah pulak tu..tapi time tu manja kata, sweet~~berbunga hati saya manja walau kena makan pakai straw~~

manja, ingat tak masa kita tingkatan 5 dulu, masa kita mula2 je kenal. manja tahu tak, seksa gila taw kalau nak call manja, saya bawak hp, tapi almaklumlah kan, sekolah asrama, haish..susah la manja..saya minta maaf lah ye manja kalau time2 kita tengah hanyut memadu asmara, bermanja-manja dalam telefon, tiba-tiba saya senyap, tu tandanya warden tengah meronda taw manja, time tuh, dalam dorm saya, saya sorang je taw tahu saya ada ehem2..semua kawan dorm saya tak tahu pon pasal hal ni..saya pasti dan confirm kalau mereka tahu mesti mereka jeles dengan kegebuan manja, dah la cantik, ikal mayang mata biru..fuhh~manja, saya rasa semacam da..hehe...

manja, ingat lagi tak masa kita ambil keputusan SPM dulu..manja dapat result gempak..saya pulak hampeh je..awak dapat tawaran ke UK, bukan ulu kelang taw..hehe...saya sangat bangga taw manja bila dpt tahu manja dapat tawaran sambung belajar medik kat sana..teruja taw..yela..kot2 kalau manja ada sakit hati ngn saya, manja dah boleh rawat sendiri..hehe..tapi kan manja, masa tu saya tak paham lagi  kenapa manja kata, manja tolak tawaran tu..saya terkesima taw..sayang betul manja pada saya an..hehe

manja, tahu tak berderau darah saya bila manja minta kita berpisah tanpa sebab..manja, sungguh saya tak sangka, tega manja buat saya macam tu masa itu manja..habis segala surat2 asmara yang manja bagi tu saya remuk2..tapi saya tak bunag sebab saya percaya dan yakin bahawa saya akan bahagia bersama manja satu hari nanti...tapi harapan saya tu manja berkecai bila mak manja call saya keesokkan hari nya...

manja, masa tu, saya tak tahu lah nak kata apa. hanya linangan air mata menyanyikan lagu pilu buat manja, saya solat sunat hajat, saya berdoa. berdoa agar berita yang saya dengar pasal manja tu hanya sebuah ilusi sahaja. dengan hati yang sayu, syahdu petang itu saya melangkah berat ke hospital Muar, terkedu bila saya menlihat tubuh manja yang terkujur di wad ICU..longlai saya. jatuh ke lantai. dah tak terkeluar air mata saya masa tu. mak manja suruh saya tabah. ya! saya tabah..saya bangkit. saya bisikkan kat telinga manja..."manja, jika itu ketentuan Ilahi, saya redha, saya pasrah, saya rela...mungkin itu yang terbaik buat manja..." lepas tu saya melangkahkan kai ke surau..saya ambil wudhuk..pada saat ini..hanya iringan doa dan bacaan surah yaasin sahaja yang mampu saya iringi manja dalam manja berjuang antara hidup dan mati...

selepas selesai..saya kembali untuk dapatkan semula manja. belum pon smpi, ayah manja dah peluk saya..."mal, sabar ye..Allah lebih menyayanginya.............................."

Ya Allah...sungguh besar ujian mu ini...Ya Allah..berikanlah aku kekuatan untuk mengahrungi semua ini. Ya Allah, aku redha jika ini yang terbaik buatnya....

**********
di saat terakhir aku menatapi wajah ayu insan yang paling aku kasihi...raut wajah yang selalu ceria..kini sudah terlalu pucat akibat sel-sel otak yang sudah mati..manja..baru saya paham kenapa manja tolak tawaran ke UK tu..dan baru saya paham kenapa manja minta untuk berpisah..manja....

buat manjaku..terima kasih sayang sebab sudi menjadi penyeri dalam kamar hati ini..terima kasih sebab menjadi peneman buat saya selalu,..akan saya pahat kenangan bersama manja di sanubari saya..sentiasa..insyaallah...

al-Fatihah buat manjaku~

amin.

Wednesday, May 4, 2011

Who Gonna Be My 100th Followers???

Salam Kebebasan..[mood lega exam sudah habis.tinggal tunggu keputusan]

lama dah tak buka blog ni sebab malas nak buka. almaklumlah, sudah 3 hari wifi USM ada masalah, masalah apa tu aku tak tahu lah.bukan kerja aku..haha...hari ni dah ok la sikit...memandangkan exam pon sudah habis, terlintas pulak nak buka blog kejap. hehe.. korang perasan tak nama blog aku dah baru? haaaaaaaa..rebranding sikit lah..saje je...huhu..tapi ada signifikan dengan nama itu.

belek punya belek blog ni, baru perasan, follower aku sudah mencecah 99 orang,,muahahaha, seorang sahaja lagi nak cukup 100!!! 100 bhai..susah kot nak dapatkan follower sampai 100 ni [mengikut keadaan blog aku lah..mungkin bagi orang lain ia mudah kot.hehe]. agak tertanya2 la jugak kan aku siapa lah bakal menjadi follower aku yang ke 100 ni..haha...tapi takde la aku nak bagi hadiah an untuk meraikan insan bertuah tersebut.

kalau korang imbau kembali sejarah blog ni kan, ha, blog aku dibuat pada 30 Ogos  malam, ye la, time tu kan keesokkan harinya cuti umum...birthday Malaysia giteww..hahha..so, aku buat la blog aku sendiri, dengan entri pertama bertajuk [Briefing of My Life]... masa ni blog aku biasa2 jer.. dah banyak kali la aku buat pembaharuan sikit pada blog aku..sampai la template yang ade sekarang ni.. aku ni bukan lah orang yang mahir dalam seni2 ni, tengoklah, blog aku, buruk gila..haha..teringin nak ada blog yang smart2 mcm orang lain.

kepada sesiapa yang sudah mem'follower' blog aku, aku ucapkan terima kasih la yer sebab sudi mengikuti blog aku yang entah apa-apa ntah ni kan..hehe..terima kasih sekali lagi..huhu..teruskan menyokong aku dalam arena blog ini yer...

kepada yang belum follow tu, bila lagi..?? kot2 menjadi insan bertuah folower aku yang ke 100 ke an~hehe...

dan jagan lupa untuk follow page ini [OmonganTempeJawa{dot}blogspot]

Sunday, May 1, 2011

Seharian di Parit Buntar (Part II)

p/s: entri ini adalah sambungan daripada bahagian pertama.

[baca bahagian pertama]

lepas je solat maghrib di Masjid Titi Serong, kami pon meneruskan perjalanan untuk pulang ke USM..sebelum tu kami rancang nak makan char kuey teow kat parit buntaq [dekat ngn menara jam] .orang kata spesial..tak tahulah kan..tuh yang nak cuba...

masa nak hidupkan enjin kereta kancil kesayangan kami tuh, kak huda boleh pulak buat lawak kan,
      "kenapa kereta ni tak nak hidup? kak huda serius ni..."
serius..memang enjin dia taknak hidupkan..haha..masa tuh semua orang terdiam..tahu..semua dah cuak..haha..aku lak dalam hati [demmmmmmmm..aku nak makan char kuey teow lah!!!haha].. punya la gelabah masa tuh..masing2 bajet anak dara kan tak reti nak buat apa, call la si arul [padahal time tuh segan gila nak call, dah la tak nak singgah dulu sebelum balik ke USM kan]. nasib baik la kak huda tergerak hati nak bukak bonet enjin depan kan..g usik2 wayar bateri kereta tu, gidek punya godek....
.
.
.
.
.
.
.
...
.
.
..jeng-jeng-jeng-jeng-jeng...
.
.
.
.
vroom..vroom..vroom..vroom

yeay! enjin kereta hidup kembali..haha..terserlah raut wajah kegembiraan dihati memasingkan...[aku lak punya la gembira pasal kompom la dapat singgah makan char kuey teow tuh..haha...]

sampai kat parit buntar, kami pon singgah untuk menikmati charkuey teow tersebut..haha..jangan terkejut kalau aku balun 2 pinggan! [nasib baik cuma RM3 je sepinggan]...dalam makan char kuey teow tuh sempat lagik memasing bergosip la kan..pasal PADU, DPNC, kak huda lak nak cerita pengalaman mereka yang pernah makan kat sini dulu2...

kuey teow tersebut sangat sedap ok, seriusly [dengan nada serius].kalau tengok gambar tahu dah memang sedap. tak percaya? [baca ini:sila buka pada tab baru yer]...seirus sedap. udang dia besar2, kuah dia pon sedap walau masin sikit, tapi masin air rebusan kerang kot. memang nikmat lah..kalau la aku ni student USM-kampus kejut memang kerapla aku melantak kat situ kan.haha. dengan suasana pekan parit buntar yang SWEET gitteww..haaaaa...penang ade?

lihatlah udangnya tersebut! urrghh~menggoda, kalah lisa surihani taw,,hehe
perut dah kenyang.hati pon dah suka sebab lepas hajat.kami pon pulang.
sekali lagi nak hidupkan enjin...DEMMMMMMMMMMMMMM!!!!!!!!!!! tak hidup lagi..tapi kami tahu dah trick dia..haha..so, godek je la ape yang patut kan..haha..lepastu, apa lagi, kami balik la ke USM..dah malam sangat...

bila perut dah kenyang, hati pon senang maka mata pon mengantuk..masalahnya bukan kami yang ngantuk tapi driver kami yang mengantuk..haish~bahaya ni..[aku belum kahwin]. bagi mengelakkan rasa mengantuk driver kami, kami pon mulakan cerita masing2..termasukla kak kasa yang menceritakan kisah cinta nya masa darjah 5,,,hahaha..kantoi sudah....opsss tertulis tertaip la pulak kan kat sini..hehe...

tepat jam 10.07 malam kami sampai ke fajar harapan terindah ini.haha..balik bilik...terus je tdur..penat..

buat kalian yang baca entri ni:

1st: tq sebab baca yer..
2nd:maaf kalau rasa semak ngn iklan dari SAYS.my...orang kata, hidup kena pandai cari duit kan?haha
3rd:kalau agak2 tergoda ngan apa yang aku tulis taip ni, sila2 lah ke parit buntar yer..tak jauh mana pon..lebih kurang 45minit je dari USM. sungguh, anda akan seronok kalau ke sini.
4th:sila la klik pada 'LIKE' button kat bawah ni serta komen lah something yer~hehe..tq~

~ADIOS AMIGOS~

Seharian di Parit Buntar

Salam Hari Ahad dan Selamat Hari Pekerja terutama buat ayah dan mak aku.
[biarlah ayah aku hanya seorang petani dan mak aku hanyalah suri rumah sahaja]. sampai ada orang post pasal sejarah hari pekerja. [baca sini]

baiklah. entry kali ini nak menceritakan detik2 kegembiraan bersama Kak Huda, Kak Kasa, dan Ammar semalam kerana semalam kami pergi berjimba ke parit buntar [also known as paghit buntaq]. sepatutnya entry ini perlu di post dari malam tadi lagi melalui sebuah resolusi yang dipersetujui bersama-sama kami iaitu nak post pasal benda yang sama malam tadi jugak sebagai tribute kepada azrul yang telah melayan kami sebagai tetamu dengan 'mesra' gila...haha..tapi apakan daya, sampai bilik je sudah penat dan..................[nasib baik sempat sembahyang isyak]....

perjalanan bermula sekitar jam 11 pagi, kami memulakan ekspidisi kami di kafe Fajar Harapan tercinta dengan menaiki sebuah kereta HONDA CITY kancil merah bernombor pendaftaran ADL....sebuah kereta yang mewah dan selesa untuk digunakan..haha...[mata ke atas, tangan kebahu] dalam lebih kurang jam 11.45 kami tiba di Universiti Sains Malaysia -Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal [skema gila ayat]..

kami singgah di USM-kejut sebab nak jumpa adik Ngah kesayangan aku [ayat semacam je?] iaitu encik Harry Potter Ahmad Fahmi B Rosli.
ni la gambar dia..hensem tak? ha, tengoklah siapa abang Long dia kan?haha
Fahmi ni kawan baik aku la sejak kem MRS tahun lepas. walaupon kami hanya kenal dalam masa 3 hari, tapi ntahla, kami terus boleh rapat sampai sekarang. ada kemistri kot.haha.

selepas jumpa fahmi, kami meneruskan perjalanan ke rumah Azrul a.k.a Bio Syahmi [nama pesbuk beliau].
sebenarnya inilah tujuan asal kami berjalan hari ni, nak pergi rumah beliau. 

nak tahu kenapa kami begitu beriya-iya nak kerumah beliau?



sampai sahaja dirumah azrul, semua orang terpukau melihat keindahan rumah persekitaran rumah azrul..sawah padi yang menghijau terbentang luas, ratusan binatang berkeliaran sekeliling rumah. [biarlah kat rumah aku pon ada suasana mcam ni, aku tetap nak teruja gak]. masuk2 je rumah, terus dapat makan. memang feveret akulah kalau pergi rumah orang dapat makan free ni. haha. lauk yang disediakan memang spesial.

nasi putih
ayam selasih  [tak tahu nama sebenar] masak kari
telur puyuh masak sambal
ikan puyu goreng
kacang panjang goreng
buah oren
air sirap

spesial tak spesial kan makanan yang mak azrul sediakan. tak sia-sia2 kami menapak  datang ke sana. terima kasih banyak2 diucapkan kepada mak beliau serta seluruh ahli keluarga beliau.

lepas makan kena basuh pinggan, peraturan..haha..tapi aku ni memang spesis tak reti basuh pinggan. macamana? nasib baik ada kak huda ngn kak kasa. thx u'allzzzzzz..haha

lepas makan rehat sekejap.pastuh solat zuhur.lepas solat zuhur aku boleh pulak terlelap kan. haish..penat sangat kot. yela malam sebelumnya aku memang tak tidur sebab study menunggu pukul 4 pagi. [rumate sem depan aku nak balik muar da naik motor, kena la tunggu dulu..hehe]. so memang letih la aku disamping hati yang memang sangat risaukan keselamtan perjalanan pulang rumate  aku tersebut. 

[syukur dia selamat sampai di rumah pada jam 3.15 petang]

agak2 dalam pukul 4, kami mengunjungi zoo kandang haiwan dibelakang rumah beliau. wah~ aku sangat teruja sebab aku dapat lihat ostrich buat kali pertama depan mata aku secara LIVE...haha...kalau yang haiwan2 lain tuh aku takle hairan sangat sebab dah selalu jumpa, tapi yang burung unta tuh memang aku sangat la teruja beb. seriusly..[ini tandanya aku sangat serius ok.] aku memang respect la kat family azrul ni.

si ayah: walaupun seorang tukang berjaya, beliau mampu menjadi penternak hebat, siap ada mesin pengeram telur ayam buatan sendiri taw.
si ibu: seorang yang dedikasi ngn anak2nya serta pandai masak.
azrul: seorang yang sangat mencintai haiwan. tengok adiknya macam kurang sikitla berbanding beliau..

lepas penat melawat tapak kandang haiwan tersebut [ayat bajet macam menteri la pulak kan], kami masuk semula dalam rumah. sekali lagi perut ku sangat bertuah sebab mak azrul hidangkan spaghetti..wow! haha..kenyang punya la pasal kan makan sambil2 tu dok bergosip ngn mereka2 sambil juga mengenakan kak huda bersama pasangan hawt nya iaitu afiq hahaha....berdekah2 gelak petang tuh.

lepas tuh azrul bawak kami berjalan2 ke pantai Ban Pecah. menikmati keindahan petang di situ. dia janji nak bawak makan ABC, tapi takda...~punyala meroyan aku time tuh sebab teringin gila nak makan ABC di tepi lautkan..haish~dalam dul lepak2 tuh boleh pulak kami berbincang pasal PJJ,KSCP akademik la segala bagai..[nampak sangat ciri2 pelajar USM tuh..haha] duk bergosip2 tepi laut tekak pon haus..order la air kat satu warung tuh sambil makan rijak pak USU [masuk tv3 tau...haaaaaaaaaaaa..kau ade?].order air bandung laici jer..tapi sejam baru sampai ..haha...ada akak meja belakang kami tuh siap suruh anak dia g cakap kat orang warung tu "cakap kat abg tu, kami kat meja 35 ni dah tercekik bang air tak sampai2....'hahaha..sumpah lawak akak tuh suruh anak dia p cakap kat owner warung tuh...haha...agak2 dah nak gelap tu baru kami beransur pulang. tak nak dah singgah rumah azrul lagi, kesian kat mak dia kena masak untuk makan malam pulak kan..haha..so, kami hanya singgah di Masjid Titi Serong untuk solat maghrib....

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....ini adegan paling best ni....

[nak tahu apa yang best sangat tu?????????nantikan sambungan..haha..penat lah type entry yang panjang sangat ni..hehe...]


bersambung............................