PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Sunday, May 1, 2011

Seharian di Parit Buntar

Salam Hari Ahad dan Selamat Hari Pekerja terutama buat ayah dan mak aku.
[biarlah ayah aku hanya seorang petani dan mak aku hanyalah suri rumah sahaja]. sampai ada orang post pasal sejarah hari pekerja. [baca sini]

baiklah. entry kali ini nak menceritakan detik2 kegembiraan bersama Kak Huda, Kak Kasa, dan Ammar semalam kerana semalam kami pergi berjimba ke parit buntar [also known as paghit buntaq]. sepatutnya entry ini perlu di post dari malam tadi lagi melalui sebuah resolusi yang dipersetujui bersama-sama kami iaitu nak post pasal benda yang sama malam tadi jugak sebagai tribute kepada azrul yang telah melayan kami sebagai tetamu dengan 'mesra' gila...haha..tapi apakan daya, sampai bilik je sudah penat dan..................[nasib baik sempat sembahyang isyak]....

perjalanan bermula sekitar jam 11 pagi, kami memulakan ekspidisi kami di kafe Fajar Harapan tercinta dengan menaiki sebuah kereta HONDA CITY kancil merah bernombor pendaftaran ADL....sebuah kereta yang mewah dan selesa untuk digunakan..haha...[mata ke atas, tangan kebahu] dalam lebih kurang jam 11.45 kami tiba di Universiti Sains Malaysia -Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal [skema gila ayat]..

kami singgah di USM-kejut sebab nak jumpa adik Ngah kesayangan aku [ayat semacam je?] iaitu encik Harry Potter Ahmad Fahmi B Rosli.
ni la gambar dia..hensem tak? ha, tengoklah siapa abang Long dia kan?haha
Fahmi ni kawan baik aku la sejak kem MRS tahun lepas. walaupon kami hanya kenal dalam masa 3 hari, tapi ntahla, kami terus boleh rapat sampai sekarang. ada kemistri kot.haha.

selepas jumpa fahmi, kami meneruskan perjalanan ke rumah Azrul a.k.a Bio Syahmi [nama pesbuk beliau].
sebenarnya inilah tujuan asal kami berjalan hari ni, nak pergi rumah beliau. 

nak tahu kenapa kami begitu beriya-iya nak kerumah beliau?



sampai sahaja dirumah azrul, semua orang terpukau melihat keindahan rumah persekitaran rumah azrul..sawah padi yang menghijau terbentang luas, ratusan binatang berkeliaran sekeliling rumah. [biarlah kat rumah aku pon ada suasana mcam ni, aku tetap nak teruja gak]. masuk2 je rumah, terus dapat makan. memang feveret akulah kalau pergi rumah orang dapat makan free ni. haha. lauk yang disediakan memang spesial.

nasi putih
ayam selasih  [tak tahu nama sebenar] masak kari
telur puyuh masak sambal
ikan puyu goreng
kacang panjang goreng
buah oren
air sirap

spesial tak spesial kan makanan yang mak azrul sediakan. tak sia-sia2 kami menapak  datang ke sana. terima kasih banyak2 diucapkan kepada mak beliau serta seluruh ahli keluarga beliau.

lepas makan kena basuh pinggan, peraturan..haha..tapi aku ni memang spesis tak reti basuh pinggan. macamana? nasib baik ada kak huda ngn kak kasa. thx u'allzzzzzz..haha

lepas makan rehat sekejap.pastuh solat zuhur.lepas solat zuhur aku boleh pulak terlelap kan. haish..penat sangat kot. yela malam sebelumnya aku memang tak tidur sebab study menunggu pukul 4 pagi. [rumate sem depan aku nak balik muar da naik motor, kena la tunggu dulu..hehe]. so memang letih la aku disamping hati yang memang sangat risaukan keselamtan perjalanan pulang rumate  aku tersebut. 

[syukur dia selamat sampai di rumah pada jam 3.15 petang]

agak2 dalam pukul 4, kami mengunjungi zoo kandang haiwan dibelakang rumah beliau. wah~ aku sangat teruja sebab aku dapat lihat ostrich buat kali pertama depan mata aku secara LIVE...haha...kalau yang haiwan2 lain tuh aku takle hairan sangat sebab dah selalu jumpa, tapi yang burung unta tuh memang aku sangat la teruja beb. seriusly..[ini tandanya aku sangat serius ok.] aku memang respect la kat family azrul ni.

si ayah: walaupun seorang tukang berjaya, beliau mampu menjadi penternak hebat, siap ada mesin pengeram telur ayam buatan sendiri taw.
si ibu: seorang yang dedikasi ngn anak2nya serta pandai masak.
azrul: seorang yang sangat mencintai haiwan. tengok adiknya macam kurang sikitla berbanding beliau..

lepas penat melawat tapak kandang haiwan tersebut [ayat bajet macam menteri la pulak kan], kami masuk semula dalam rumah. sekali lagi perut ku sangat bertuah sebab mak azrul hidangkan spaghetti..wow! haha..kenyang punya la pasal kan makan sambil2 tu dok bergosip ngn mereka2 sambil juga mengenakan kak huda bersama pasangan hawt nya iaitu afiq hahaha....berdekah2 gelak petang tuh.

lepas tuh azrul bawak kami berjalan2 ke pantai Ban Pecah. menikmati keindahan petang di situ. dia janji nak bawak makan ABC, tapi takda...~punyala meroyan aku time tuh sebab teringin gila nak makan ABC di tepi lautkan..haish~dalam dul lepak2 tuh boleh pulak kami berbincang pasal PJJ,KSCP akademik la segala bagai..[nampak sangat ciri2 pelajar USM tuh..haha] duk bergosip2 tepi laut tekak pon haus..order la air kat satu warung tuh sambil makan rijak pak USU [masuk tv3 tau...haaaaaaaaaaaa..kau ade?].order air bandung laici jer..tapi sejam baru sampai ..haha...ada akak meja belakang kami tuh siap suruh anak dia g cakap kat orang warung tu "cakap kat abg tu, kami kat meja 35 ni dah tercekik bang air tak sampai2....'hahaha..sumpah lawak akak tuh suruh anak dia p cakap kat owner warung tuh...haha...agak2 dah nak gelap tu baru kami beransur pulang. tak nak dah singgah rumah azrul lagi, kesian kat mak dia kena masak untuk makan malam pulak kan..haha..so, kami hanya singgah di Masjid Titi Serong untuk solat maghrib....

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....ini adegan paling best ni....

[nak tahu apa yang best sangat tu?????????nantikan sambungan..haha..penat lah type entry yang panjang sangat ni..hehe...]


bersambung............................

4 comments:

NURULHUDA ABD MUTALIB said...

xsaba nak tunggu sambungan..suspen jeeeeeeeeeeeee

Musliha Akmallamka said...

haha..kan.........biarlah kita ni watak kat tempat kejadian..memang suspen..yg nak menaip pon saspen..haha

norhidayu said...

:)

Musliha Akmallamka said...

:)