PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Sunday, May 8, 2011

Perutusan Hari Ibu [Edisi Khas]

Selamat Pagi Ahad. Gloomy Sunday~

Hari I\ini adalah hari ahad. dan ahad ini bukan lah seperti ahad biasa yang lain. ahad dimana pelajar2 sekolah akan bangun pagi2 dah ready utuk outing [kantoi aku ada pengalaman.haha], ahad di mana kanak2 kecil kat rumah akan segera bangun pagi dan segera switch on tv masing2 dan tonton kartun, dan bukan  ahad di mana shopping2 complex akan di banjiri oleh manusia, baik spesis pendatang asing mahupun spesis anak tempatan yang tak sedar diuntung. ahad ini adalah ahad yang agak istimewa sebab ahad ini kita dikhaskan untuk merayakan hari ibu. ya HARI IBU!!!!

biarpun banyak mereka yang diluar sana yang mengatakan haram merayakan hari ibu, tapi bagi aku, ia harus malah dituntut. kerana apa? sebab kita ni manusia biasa yang memang lemah, punya pelbagai kekurangan. kadang2 kita tak sedar bahawa kita dah lupakan ibu kita sendiri, sebab kita terlalu asyik dengan dunia kita sendiri. kan bagus jika wujud satu hari di mana ada iklan2 kat tv, ad status2 kat FB...semua orang duk wish ibu masing2..kan indah tu.? bagi pon, pada hari ini kita hanya melakukan aktiviti seperti menghabiskan masa bersama ibu kita mungkin. bukannya kita lakukan sebarang perkara yang mungkar pon.

kepada rakan2 diluar sana, bagaimanakah anda mengahrgai ibu anda? tahun ni aku tak dapat nak bersama bonda tercinta di kampung sebab ada kerja sikit kat USM [lihat, manusia memang sibuk dengan urusan duniawinya]. bagi mereka yang masih punyai ibu, pergilah luangkan sedikit masa untuk bersama bermanja dengan ibu, kalau boleh hari ni kita layan ibu kita macam permaisuri. takkan tak boleh kot, ibu kita boleh layan kita dengan baik setiap hari, kita sehari takkan tak boleh kot. bagi mereka yang sudah tidak punya ibu. pergilah bacakan surah yaasin. sedekahkan alfatihah kepada roh ibu anda. dan ajaklah adik-beradik kita sama2 menghayati pengorbanan ibu anda kepada keluarga anda. 

marilah kita sama2 merasai kehadiran ibu kita, janganlah kita lukakan hatinya, dan selalulah kita minta maaf walau pun kita takda buat salah dengan ibu kita. mungkin kita tak perasan yang kita ada buat salah dengan ibu kita. jangan sampai bila ibu kita sudah tiada baru terhegeh-hegeh nak merasai nikmat itu~. 

teringat lak aku kat seorang kawan aku ni. dia dah lama kehilangan ibu dia. dia selalu cerita kat aku, dia teringin sangat nak kembali zaman kecil2 dia. dia teringin sangat nak makan masakan kegemaran yang di masak ibu nya sendiri. aku kadang2 menangis sedih jugak la bila dia ceritakan kisah hidup dia. dan dia memang marah kalau dia nampak seorang anak derhaka kat ibu mereka. 

akhir kata, sempenan hari minggu yang indah ni [ aik? bukan aku tulis  type gloomy ke td kat atas?] ambil lah masa sedikit. jenguklah ibu anda yer...

buat ibu-ibu diluar sana. tahniah! anda telah melaksanakan tugas anda dengan jayanya. 


"SELAMAT HARI IBU"

No comments: