PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Thursday, May 26, 2011

Aku dan Kawan Aku yang Ada Blog.

Selamat Keceriaan semua.

pagi ni aku takde la nak update sangat. just td check dashboard aku, wow!!! aku tgok kawan2 aku semakin aktif dengan blog mereka..teruja aku nak baca satu persatu.bila aku baca, wah~bagus betul mereka ni..cepat belajar..yelah..bukan nak bangga diri kan, tapi 3,4 bulan yang lepas, ada la sorang dua kawan aku ni datang jumpa aku, "mal, ajarlah aku buat blog mal." haha..aku terkedu time tuh...kenapa mesti aku..?? haha..aku ni pn baru lagi dalam bidang blog..dan kata2 kawan aku..." ni je ke mal ko mampu bagi dalam blog kau? baru sehari dua buat blog dah ada fanpage FB blog..apelah~~kalau blog kau follower ramai takper gak...".. kepada kawan aku yang cakap benda ni, terima kasih aku ucapkan atas kritikan yang membina tersebut. aku pon tengah belajar. banyak lagi kekurangan dalam blog aku ni. setiap orang pon ada matlamat mereka sendiri buat blog kan.? secara peribadi, aku ada dua blog, ni blog yang public..aku ada lagi satu blog yang aku rahsiakan..khas untuk tatapan aku jer..haha..

aku tak nafikan, sejak akhir2 ni, banyak blog baru muncul macam cendawan tumbuh lepas hujan. perghh...so, ramailah dalam kalangan kawan2 aku ni yang mula berjinak-jinak dalam blog, lantas mereka mencari aku ..untuk ajar mereka buat blog..kenapa cari aku tu aku tak tahulah..selaku manusia yang baik..[hhaha..bajet baik jer an]..aku pon ajar lah mereka basic2 dalam blog..macamana nak post entry, macamana nak pasang widget..tapi tu je la yang termampu aku bagi..kalau yang superb2 tu aku tak la tahu sangat...sebab aku pon masih dalam belajar lagi. kita sama2 belajar yer~~bak kata seorang blogger yang aku agak tertarik dengan blog dia...."..kalau korang nak mahir dalam blog, korang kene carik sendiri,,google je senang..kalau semua nak kene kami otai blogger buatan memang tak dapat lah sebab dulu kami pon belajar sendiri..takde siapa yang ajar...".

kepada kawan2 aku diluar sana, teruskan kerjaya anda sebagai penulis blog. aku 100% menyokong usaha murni anda. kalau anda pernah kena serang atau apa sekalipon, pedulikkan bnda tu. aku sendiri pernah kena serang. BANYAK KALI. biarlah apa orang nak kata, walau pon mungkin aku tak follow korang, insyaallah kalau korang post link korang dalam FB korang insyaallah aku akan baca. PERCAYALAH. sebab entry yang korang tulis tuh seronok aku baca...kebanyakkan nya pasal bahan ilmiah la pasti..takpon pasal hidup korang yang agak sweet la untuk dibaca..ehehe...KEEP IT UP DUDE!!!haha..

sekian =)

1 comment: