PEMINAT AKU...haha

SILA TINGGALKAN LINK DI SINI

bukti aku kaki facebook....haha

Sila Klik LIKE

Monday, May 16, 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

tentu kalian pernah dengar kan sajak ini? 
ya..acap kali aku dengari sajak ini tatkala merayakan hari guru pada tanggal 16Mei. mengikut sejarahnya lagi, hari guru telah mula dirayakan semenjak 1956, sama tahun dengan tahun Laporan Razak 1956. bertitik tolak dari laporan ini, hari guru mula diraikan untuk menyedarkan masyarakat perihal pentingnya peranan guru dalam masyarakat mendidik anak bangsa. hari guru juga memangkinkan semangat ikhtisas dan muhibbah dalam kalangan guru selain memangangkat mertabat seorang guru dalam masyarakat.

tema hari guru berubah setiap tahun. bagi tahun 2011 pula, tema hari guru yang dipilih ialah 

"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

kalau nak sebut pasal guru kita, tak kiralah sesiapa sahaja, pasti kita akan ingat jasa mereka. termasuklah ibu bapa kita sendiri kan? mereka juga guru, guru yang mengajar kita pendidikan yang tidak formal kepada kita. 
kalau nak imbas kembali kenangan yang aku ada semasa sekolah rendah dahulu, memang tak terkira la..ada yang manis..ada yang pahit..adatlah kan.. kalau setakat kene rotan kat bontot tuh tak payah la cakap an. segala macam denda aku dah pernah rasa, dari berdiri atas kerusi, atas meja, duduk luar kelas sebab tak siap kerja rumah, kena tarik sideburn, 'jotos' [ni budak2 jawa je tahu apa] macam2 lagi la aku pernah kena dengan cikgu2 aKU. aku ni dulu nakal. SERIUS. memang nakal. 

tapi sekarang kalau lah aku aku dapat putarkan masa kembali, nak je aku ucap TERIMA KASIH cikgu sebab cikgu dah denda saya lepas je aku kena hukuman. benda ni la yang banyak sedarkan aku bahawa guru2 aku semua sayangkan aku. mereka sayangakan masa depan aku. mereka nak aku berjaya. mereka nak aku menajdi manusia yang berguna. kalaulah mereka tak sedarkan aku dari dulu lagi. aku rasa tak mungkin aku akan mengecapi kejayaan pada hari ini. 

buat guru2 yang pernah mengajar aku dari aku kecil sampai la sekarang. aku nak ucapkan selamat hari guru. semoga segala jasa dan pengorbanan yang guru2 sekalian telah lakukan akan mendapat balasan dari yang maha esa. kami tak mampu untuk membalas apa yang telah guru2 sekalian lakukan. teruskan usaha mendidik anak bangsa sebab tanpa guru gelaplah dunia anak bangsa.

'SELAMAT HARI GURU 2011'

2 comments:

Anonymous said...

terharu pulak fiera...sebab fiera pun guru...=)

Musliha Akmallamka said...

tq~~~hee~~